1+1=1

1 November, 2009 at 10:31 am | In Life, Mari Fikir | 3 Comments

Selamat Pagi semua rakan-rakan dan para pembaca,

Saya baru sahaja selesai bersarapan di restoran Umi, berdekatan rumah.Makan nasi lemak telur goreng dan nestlo ais, abah pula makan nasi impit dan teh tarik serta air suam.

Niat di hati saya nak bayar, tapi tiba-tiba datang seorang member abah, lalu duduk makan semeja, dan terus membayar kan semua makanan yang ada di atas meja.Itulah di namakan rezki.Alhamdulillah

Oh, mungkin ada di luar sana yang tertanya-tanya, mengapa kami tidak makan di rumah sahaja.Emm..soalan yang baik. Sebenarnya, mak tiada di rumah hujung minggu ini.Mak pergi Pulau Pangkor, hari Jumaat lepas, berkursus dan akan pulang ke Banting hari ini.

Terasa sunyi pula mak tiada.Berdua dengan abah.Kalau dulu kecil-kecil, masa abah bekerja lagi, bila mana abah pergi outstation atau kursus, terasa kosong rumah tanpa abah.. Masa tu, mak belum lagi bekerja.Suri rumah sepenuh masa.Tapi antara saya dan abah, pasti nya abah lebih merasai ketiadaan mak di rumah.

Imbas kembali,memori masa saya masih bersekolah.Mak berkursus selama seminggu.Lepas mak pergi je, abah demam.Hu hu hu.Teruk pulak tu.Merana la dia sorang-sorang.Tapi bila mak balik, sekejap sahaja abah kembali pulih.

Hu hu hu..

Sekian, saya akhiri ke skema an ini.

Sehingga berjumpa lagi ye..

Sona

17 Oktober, 2009 at 11:35 am | In Bergelak Kah?, Life, es_ei_sa | 9 Comments

8 taun tak update blog..

Ok, mari bercerita tentang kehidupan aku yang terbaru..

1] Buat pengetahuan semua orang, aku bukan lah orang yang slalu bawak kereta.. tapi ada la lesen.. lesen antarabangsa pon ada.. hu hu hu.. tapi jarang bawak kereta.. selalu aku bawak kereta pon takat pegi kedai Rajeswari yang jarak nya dari rumah ada la lebih kurang 100 meter kot.. tak sampai pon 100meter..

2] 3 oktober 2009, Sabtu, sekitar pukul 9 malam.. aku bertolak dari rumah, bwak kete bapak aku, wira 1.5cc, manual transmision, aku pegi klia.. antar esa balik nihong.. bukan hantar dia la, tapi tgk dia balik.. so sebagai peneman, amir syaripun aku jadi kan kawan.. Time tu mak bapak aku takde, diorang pegi sekolah adik aku, ada sembayang hajat.. tapi aku pegi bukan tak bagitau.. tapi just cakap.. “Mak, angah nak keluar jap bawak kereta jalan2..”

3] Waktu nak ambik amir kat rumah dia, camne tah aku silap masuk jalan yang ada khemah kenduri, so kene undur.. pastu aku undur la.. Then, telanggar kereta orang india.. hu hu hu.. Aku kuar kereta, kasi dia RM20.. “Sorry la tak perasan.. gelap la..”

4] Tapi aku rasa, walaupun agak geli la aku bawak kereta tu, tapi aku berjaya gak ar pegi klia nek kereta.. hu hu hu.. hebat gak la kot.. hu hu hu.. tapi ucapan terima kasih gak la kat amir, sbb menemankan aku dengan setia nya.. hu hu hu

5] Hari yang sama, petang tu sebelum pegi klia, aku ngan padil pegi rumah hidayu, makan kenduri.. tapi entah camne, kesilapan teknikal, kitorang terkasi sampul kosong takde duit kat bapak hidayu.. walaupun bapak dia tak kenal aku, tapi kalo bapak dia perasan, kat sampul tu ada tulis kecik, “Lan”.. sbb tu sampul duit raya kakak aku kasi.. Hu hu hu

6] Aku dah beli kereta.Hu hu hu. Proton persona 1.6 Medium Line.. So sekarang tiap2 bulan, aku ada benda yang mana boleh tak boleh, kena bayar..

7] Aku dah berenti kerja dari Teletech secara rasminya semalam.Niat di hati nak kerja sampai ujung minggu depan, tapi nampak nye hajat tak kesampaian.. Aku kene berenti bernotis kan 2 minggu, atau pun bayar gaji 2 minggu.. hanya 2 option tu je ada.. tak buleh kerja seminggu pastu seminggu lagi bayar gaji.. tak boleh.. Aku pon berenti la secara rasminya semalam.. dengan berbuktikan surat berenti yang tulis tangan sahaja..

8] Aku dah pun sign kontrak dengan Hewlet Packard yang ber head quarters di Damansara.. tapi kerja kat Cyberjaya.. start kerja 26 Oktober.. itu la pasal kenapa aku terpaksa tak boleh nak berenti bernotiskan 2 minggu.. Position? Japanese IT Analyst.. entah la.. tak tau la best ke tak..

9] Kenapa berenti? Aku kadang2 terpikir gak, aku nak kerja relek gaji sikit ke or kerja susah/tensi gaji banyak.. Biasa nya, kerja yang bergaji best ni, ada la yang tak best nya masa kerja.. Ikutkan, aku dah tak mo dah la pindah2 kerja ni.. penat.. aku pon nak cari kerja stabil gak.. menetap satu tempat betol2.. lama2.. dah mula pikir nak simpan duit nak buat family.. Tapi.. tak tau ar..

10] Harap2 la kerja HP ni best and tak la tensi sangat sampai nak berenti kerja.. nak berenti kene kasi notis sebulan plak tu.. tu kalo belom confirm.. kalo dah confirm, 2 bulan.. hu hu hu..

11] Hari ni plan nak gi medical check up untuk HP tapi tak pegi2 lagi..

12] Tadi macam bnyak nk tulis.. tgk2, tak la bnyak pun.. hu hu..

Sakunen no Kyou

14 September, 2009 at 12:07 am | In Cerpen Remaja, Soal Hati, es_ei_sa | 11 Comments

Malam itu, aku tido di rumah Lupang..

Buka mata.Rasa nak sambung balik tidur tapi tak boleh.Aku bangun dan terus ke bilik air.Mandi pagi-pagi.Jarang rasa nya mandi pagi dekat Jepun ni..

Keluar bilik air, aku tgk henset ada msg..

“Aku dah dekat rumah Wan.”

Lepas Lupang siap pakai baju suma, Lupang pun tanya..

Dia tunggu dekat rumah dia ke?”

“Tak la, dia dah dekat rumah Wan..”

“Korang tgk la bedua.. aku ngan Teng nak main bowling.. Ha ha ha..”

“Wei, takkan ko nak biar kan aku tgk wayang bedua plak ngan dia?!”

Aku pujuk-pujuk Lupang.. walaupun sebenarnya aku tak kesah.. Yang penting dapat tgk Ultraman.. tak tgk sorang2 pun dah rasa bertuah..

Lepas semua ada dalam kereta, begerak la kami berempat ke Fuji Grand.. dengan kereta Honda Fit Lupang.. yang sekarang ni ada dekat Malaysia dan didaftarkan di JPJ atas nama aku.

Sampai di Fuji Grand, Lupang dan Teng memang merealisasikan apa yang diperkatakan selama ni..

“Korang pegi la tgk.. aku ngan Teng main bowling.. Karang dah abis, korang balik la sendiri.. Ha ha ha..”

Aku sengih.Siot.

Walaupun sebenarnya takde la siot sangat..

Berdua la kami beratur beli tiket.. bersama sekumpulan kanak-kanak sekitar usia alam tadika bersama ibu dan bapa mereka..

tiket ultraman

tiket ultraman

Bila wayang mula, aku pun tumpukan la perhatian pada apa yang memang aku nantikan selama ni.Ultraman.. dan dia, kadang kala tanya bertanya kenapa?siapa?dan macam mana? Aku dengan kesungguhan yang ada, menjelaskan apa yang mampu..

Seusai menonton, si dia mengaku tertidur..

“Aku kalau tgk wayang memang tetidur la.. “

“Ooo.. tidur..”

Kami cuba menghubungi Lupang dan Teng tetapi gagal.. Mereka sekali lagi merealisasikan apa yang dikata..

Kami balik ke rumah berjalan kaki..

“Nama penuh kau ape..”

“Akmaliyana..”

“Tu je..”

“Aah.. Akmaliyana bt Abdul Aziz..”

“Ooo..”

“Nama kau plak?”

“Alan..”

“Alan?”

“Mohd Shahrul Azlan..”

“bin?”

“Md Ansor..”

“Ooo..”

“…….”

“…….”

“Kau orang mana.. ko dok KL kan..”

“Aku dok Ampang.. tapi mak aku orang Kelantan.. bapak aku Terengganu..”

“Ooo.. Aku dok Banting.. bapak aku Jawa tapi aku tak..”

“Tau.. ko sekampung dengan Adib.. “

“Ha ye la.. dulu kecik2 slalu gak la jumpa..”

“……..”

“……..”

Malam tu, aku berbuka di rumah dengan Lupang dan Teng.Si dia msg..

” Datang la ambik lauk.. banyak lauk buka dengan orang Iran tadi..”

Aku dan Lupang datang mengambil lauk.. sambil teman si dia menunggu van untuk ke tempat kerja sambilan nya..

“Ok, aku pegi dulu..”

“Bye..”

“Bye..”

Dan untuk kali yang kedua,

Malam itu, aku tido di rumah Lupang..

lagi..

Itu lah kisah hari ini..

Setahun yang lalu..

1 nen kang, otsukare sama deshita..

hiki tsuzuki, yoroshiku onegai itashimasu..

Isshouni, gambari mashou..

————————————————————————————————

Sakunen no Kyou = Hari ini pada tahun lepas

Operator ka..

7 September, 2009 at 11:59 pm | In Bergelak Kah?, Life, Soal Hati | 9 Comments

Lama tak mengupdate blog ini.. baiklah, tanpa membuang masa, mari saya ceritakan tentang kerjaya baru saya..

Saya sekarang tidak lagi bekerja di Shah Alam.Saya juga tidak lagi duduk di Putra Heights.Saya telah berpindah ke Pandan Perdana yang beralamat di Kuala Lumpur.Oh, bermakna, tiada lagi bil air percuma.

Saya telah bekerja sebagai tukang angkat telefon.Tukang angkat telefon untuk sebuah syarikat barang2 computer..

————————————————————————————————-

Ok, tak best la tulis camtu..

Sejak kerja baru ni, aku rasa penat betol la.Even dah duduk dekat gak ngan tempat kerja tapi berpenat gak.. Penat doh angkat tepon, pastu bila dapat customer yang marah-marah, lagi la tension..

Aku dan lagi 9 orang member cover untuk Japan.So hari-hari pun berdepan dengan masyarakat Jepun yang mempunyai pemikiran, Pelanggan adalah raja..

Emm.. sebenarnya aku nak tulis “customer is always the king” tapi tak de keyakinan plak.. ha ha ha..

Setakat ni, aku baru angkat telefon 6 hari, termasuk hari ni.. tapi yang best bila dapat settle kan problem orang yang call tu.Ada satu hari tu, sorang pakcik umur 75 tahun call, suruh ajar dia camne nak install software.. So buat la satu-satu.. start dari masukkan cd, sampai la suruh restart pc.. total call, 1jam30minit..

Tapi seronok la juga, sbb last2 pakcik tu berterima kasih atas apa yang kita buat.. ha ha ha..

Yang tak seronok nya, bila customer call terus marah-marah.. kenapa produk ni tak boleh guna.. kenapa rosak.. pastu bila kita nak tolong, skali tak jadi.. kene lagi marah.. ha ha ha.. memang tensi ar.. tapi tempoh je la.. cari pengalaman kerja macam2.. hu hu hu..

————————————————————————————————

Hari ni dah nak masuk malam 17 ramadhan dah.. Dah lebih setengah bulan puasa dah.. tak bnyak plak lagu raya kedengaran di radio-radio.. agaknya diorang tunggu 20 ramadhan kot.. hu hu hu.. Harap2 la raya tahun ni, aku seronok betul raya kat Malaysia lepas dah 3 tahun raya aku kat Jepun..  Jangan la ada anasir-anasir tak best yang mengganggu keseronokkan raya..

Huhu.. harap2 juga, ramadhan tahun ni, bagi keinsafan dekat diri aku, dan orang lain juga.. sedarlah kita ni dan dunia ni juga, dah tak lama dah..

————————————————————————————————-

————————————————————————————————–

————————————————————————————————–

————————————————————————————————-

mesti korang ingat kat atas tu ada tulis pape kan.. ee temalu sebenarnya takde.. ha ha ha..

————————————————————————————————-

Buat esa,

Dah nak setahun dah kita ni.. selamat setahun harapnya.. moga kita sama-sama tabah tempuh semua2 nya.. Amin..

————————————————————————————————-

Bapak aku dah suh beli kereta ar.. cam takut ar.. Aku ni tak suka di perintah-perintah.. di suruh-suruh.. and rasa terkongkong.. Bila ada kereta, bermakna setiap bulan, ada satu kekangan atau kongkongan pada perbelanjaan.. kene ada satu simpanan tetap sebanyak sekian sekian..

Tapi fikir-fikir balik, sampai bila nak takde kereta.. lagi tunggu lama, lagi la abis utang lambat nanti.. emm.. entah.Still dalam pertimbangan tapi dah berat sikit ke “nak beli”..

————————————————————————————————-

Dah ar.. sambung len kali.. Slamat berpuasa.. oh, dah boleh start beli kad raya dah ek..

Nenek..

10 Ogos, 2009 at 11:42 pm | In Uncategorized | 8 Comments

Isnin (3 Ogos 2009)

Aku mulakan langkah cergas pagi itu.Semangat berkobar mengenangkan temuduga yang dipanggil tiba-tiba tanpa perlu di pohon seperti temuduga2 kerja yang lain.. Rezki barang kali..

KLCC.. menara itu yang jadi tatapan harian satu ketika dulu.. kini kembali lagi ke pandangan kasar bola mata.. Temuduga kali ini penuh dengan pelbagai ujian.. bertulis,lisan.. Tiada tekanan langsung.. mungkin kerna tidak terdesak dan sekarang pun sedang bekerja.. santai dan bersahaja dengan jawapan yang tak perlu fikir panjang.. hentam saja.. Cuma sedikit kelam-kabut bila berbahasa Inggeris.. Perkara biasa dalam diri.. Perlu perubahan..

Nenek  masuk wad, demam.Mak dengan abah balik Muar.Malam ni atau esok mak balik Banting balik.Macam mana temuduga hari ini?? – Mak (sms)

Nenek macam mana?? Teruk ke?? – Aku (sms)

Masuk wad, doktor pasang gas kat mulut.Mak balik ngan abah naik kereta papa mama.. – Mak (sms)

Orang tua bila sakit, gementar rasa nya. Umur di hujung senja, janji Tuhan kadang kala tiba nya bila-bila masa.. Nenek yang sudah berkerusi roda kehulu kehilir, masih mampu senyum kala anak cucuk pulang ke kampung..

Dalam raut tua itu, ada manis di wajah.. tanda ikhlas nya sebuah sedekah..

Ahad (9 Ogos 2009)

Di kampung halaman, Banting , Selangor..

Berjalan-jalan bersama mak dan abah. Beli baju serba sedikit. Baju lama dah sendat. Terasa bagaikan semua benda sentiasa nak emak di sisi. Baju sendiri pun nak mak yang pilihkan..

Nenek dah keluar hospital ke belum mak?? – Aku

Belum.. tapi dah tak duduk wad kritikal. Hari tu kritikal. Sekarang dah duduk wad biasa.- Mak

Ingat kan dah keluar hospital.. – Aku

Belum.. – Mak

Esok, Isnin yang sejarah.Isnin yang kembalikan aku ke kota batu, Kuala Lumpur.. sesuai dengan nama.. penuh lumpur, tapi umat adam berlumba sakan, menimba rezki dari tanah Maha Esa itu..

Isnin (10 Ogos 2009)

Sekian lama aku tinggalkan fajar sadiq, kali ini aku bangun.. bangun untuk tunduk kepada Pencipta.. Kadang kita lupa, kita hanya berusaha untuk sesuatu, sesuatu yang kita tidak tahu, betul atau tidak? berhasil atau tidak? jadi atau tidak? Namun tetaplah usaha.. kerna hujung nya usaha itu, bukan kita untuk tentukan..

Tiada apa yang menarik tentang kerja.. kecuali terasa diri ini termuda dalam 12 yang lain.. juga ter ‘rendah’ dari yang lain.. Kecil hamba mu ini ya Allah..

Panggilan.. – Along

Tak jawab.. – Aku

Panggilan.. – Ana

Tak jawab.. – Aku

Sedang dalam sesi penerangan tentang keyboard dan tetikus.. tak mampu untuk jawab..

Panggilan.. – Ana

Tak jawab.. – Aku

Lan, along telefon kau tak dapat. Nenek dah meninggal.Pukul 4.30 tadi.Kau tanya dikna, Along pun tau dari dikna.Mak abah dah sampai Johor.. – Along (sms)

………….. – Aku

Nenek dah meninggal.Angah tak dapat balik tak apa la.. sedekahkan fatihah saja.. – Mak (sms)

Terngiang suara nenek.. saat aku pulang ke kampung 3 bulan lepas.. ada satu macam kelainan yang dapat aku rasakan dengan nenek. Entah apa.. sukar dijelaskan.. ada harapan yang nenek selitkan dalam kalimah nya..

Dua jiwa.. rasai dua alam.. dalam satu masa..

Buat abah, tabah la hadapi kenyataan.. Ibu mu sudah tiada.. redhakan segalanya.. pergi nya baik.. moga bila tiba giliran kita nanti, segalanya baik juga harapnya..

Innalillahi wainna ilaihi raji’un..

Alfatihah buat Allahyarhamah Hajah Rufiah bt Idris.

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempat kan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

abah dan nenek , raya tahun 2008

abah dan nenek , raya tahun 2008

Last Day at Hirose

8 Ogos, 2009 at 2:18 pm | In Life | 11 Comments
dari kiri; ika,pakcu,kudin,aku,shah,apis

dari kiri; ika,pakcu,kudin,aku,shah,apis

Semalam hari last dekat Hirose.Semalam juga lah aku hantar surat resign.Mat daus ngan apis pon hantar semalam gak.Dalam 3 orang tu aku orang yang last antar.

Tak sangka sesingkat ini perjalanan kerja aku dekat Hirose.Lebih kurang 3 bulan 20 hari.Hari Jumaat lepas, (31 Julai) aku dapat call offer datang interview.Hari Isnin (3 Ogos) aku pegi, Khamis (6 Ogos) aku datang medical check up, and sign agreement,Semalam (7 Ogos) aku antar surat berenti pastu senin ni (10 Ogos) aku start kerja baru..

Macam tak percaya suma ni berlaku sekelip mata ja.Walaupun satu ketika dulu aku sebenarnya pernah berangan aku lah yang akan ganti tempat Rizal nanti tapi tu la..kita ni merancang n berangan2 je..Tuhan juga la akhirnya..

Jelas kekecewaan Cik Rizal bila aku cakap aku nak berhenti walaupun sebenarnya dia dah boleh hidu sejak Isnin lagi.Ura-ura Mat daus nak berenti adalah gosip yang paling hangat sejak Syukri berenti sbb Mat daus tension suma kerja dekat dia..

Kemudian, apis plak ada kata dia dpt offer pergi interview.. dan berani nya apis, rabu tu dia jumpa Cik Rizal personal, bagitau dia dah pergi interview tapi dia 50-50 lagi.. Tapi apis bgtau, lepas Yajima , orang paling atas dekat Hirose Shah Alam tu menakut2kan dia tentang tmpat kerja baru tu, dia pun makin tak suka dekat Hirose..

Aku plak, memandangkan aku dah abis tempoh 3 bulan, n sepatutnya dah confirm, tapi tak dapat2 lagi surat confirmation, aku pon pegi la interview walaupun takde niat pon nak melarikan diri.. Kebetulan aku cuti isnin tu sbb lari dari kene present ape tah.. hu hu hu.. Aku la yang paling senyap sekali dan takde sape pun sangka aku nak berenti.. Aku takmo cerita kat sape2 sebab aku takmau tersebar gosip kata aku nak berenti, dan admin mengambil langkah kasi surat confirm cepat2 supaya aku tak leh berenti. Ikut law, kalau nak berenti lepas confirm, kene kasi surat sebulan sebelum boleh keluar dari kilang..

Buat kesekian kalinya aku tempuh saat-saat sedih berpisah ngan life dan orang yang hari2 kita gaul.. Even 3 bulan lebih je, tapi tak sangka la aku buleh jumpa geng2 huru-hara ke geli ke ape ke kat kilang ni.. Keputusan tinggalkan kerja sekarang ni bukan satu keputusan mudah.Bukan cam pilih nak beli kuih apa pukul 3 waktu rehat petang.. Berat hati, tapi kalau fikir masa depan, peluang depan mata, dan kekucar-kaciran management kat kilang, aku pun mengambil langkah menolak tepi kesedihan yang ada..

Simpati dekat Cik Rizal bila dia terus terang kata dia frust sbb 3 orang skali keluar.. dan ketiga-tiga nya, pergi kerja tempat yang sama.. Dia cakap lagi, dia kene marah dengan Yajima dan kene buat report hantar ke Japan.

Buat Cik Rizal yang dah berjasa kat aku, baik betol ngan aku, jaga betol sbb taknak kitorang lari, sampai kan ada officer lain yang mengungkit-ungkit, boss tak layan diorang macam tu dulu.. Tapi tu la hakikat dunia ni.. Seumpama ayam yang mati di makan manusia.. walaupun kita sembelih ayam tu, tapi kita makan selamba je tak kesian langsung kat ayam..

Untuk warga Hirose Malaysia dan Hirose Japan mahupun Sales Department Hirose Japan, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan sehingga semalam.Kalau jumpa di mana-mana janganlah malu-malu nak tegur ya.

Ha ha ha..

Hirose bagus sebenarnya, tapi kedekut la sikit.. huhuhu..

Buat cik Rizal, 2 rangkap pertama lagu Hujan ni saya tujukan buat cik Rizal..

3 nen kang ijyou, iro iro, osewa ni narimashita.. mata itsuka..

   Bila, aku sudah tiada
   Simpan semua lagu ku
   Jangan di tangis selalu

   Mungkin, itu sementara
   Bila jumpa pengganti ku
   Jangan di lupakan aku

Syakai Jin

5 Ogos, 2009 at 12:07 am | In Uncategorized | 9 Comments

Semalam aku try2 je pegi interview.Tak sangka plak malam tu juga dia sms bgitau suruh datang buat medical check up ari khamis or jumaat..kerja help desk.Gaji agak lumayan la kalau compare gaji sekarang..

Apa sebenarnya yg aku cari dalam kehidupan bekerja ni?

Aku pun tak paham la.. kerja macam mana yg boleh kasi puas. Aku kejar duit ke?

Bidang asal yang aku blajar dekat jepun dulu, engineering.Paling kuat pon, kalau jadi engineer,3k lebih la kot.. tu paling kuat.. starting masuk kerja nak dapat 3k lebih aku rasa agak susah.. Di mana akhirnya seorang engineer? dia akan jadi senior engineer kot.

Aku tak suka kene pressure bila buat kerja.Aku rasa mmg aku kene kerja sendiri la..Kalau la aku kerja sendiri, aku nk kerja apa? berniaga? syok ke berniaga?Jual goreng pisang ke?

Entah la.. tapi yang pasti, aku nak kerja yg mmg membuat kan aku tak hilang Japanese yang aku ada sekarang..

Kerja baru ni pun kerja yang berdepan dengan manusia. Lama mana kita nak kerja yg lari dari manusia.Engineer sekalipun, satu hari bila sampai satu tahap, dia akan jadi Manager atau jawatan lagi besar, yang memerlukan kemahiran berdepan dengan manusia.Time tu nak lari mane?

Takkan nak duduk takuk lama je sampai bila-bila..

Disebalik kemurahan rezki dapat kerja ni, apa la agaknya yang jadi lepas ni..

Tersungkur ke.. jatuh bangun balik ke.. atau putus asa sampai berlama-lama..

Lek la, baru 23..

Cari pengalaman hidup.. penuhkan ilmu di dada.. tengok semua benda..

Yosh!!

………….

Entah ar.. takde keputusan nak pegi ke tak.. hu hu hu..

Glosari

Syakai jin : Masyarakat bekerja / bukan student lagi dah

Senja Ahad

19 Julai, 2009 at 9:42 pm | In Life, Nihong Bye2 | 4 Comments

Esok kerja..  Minggu depan ari sabtu kerja..

Teringat lak last day dekat Tokuyama..

Hari tu kene kosong kan bilik, lepas tu pegi ke Ube, lepak sana sampai la malam 29 Mac, naik bas dengan Lupang n Kreng, ke Kansai Airport, dan bertolak pulang ke Malaysia ke esokkan nya..

Sebelum balik, sempat la jumpa guru kelas, Ike Chan, Sensei Research, Halima n Pakcik Hostel, Kanemoto San..

Pemandangan dari Kosen

Pemandangan dari Kosen

Antara view yang tercantik penah tengok

Antara view yang tercantik penah tengok

dari pintu depan kosen

dari pintu depan kosen

Hostel

Hostel

Sayonara Tokuyama

Sayonara Tokuyama

Sekali lagi lagu kat bawah ni takde kaitan apa2.. Cuma masa tulis post ni aku dengar lagu ni.. tapi ada kaitan sikit-sikit kot.. hu hu hu..

Exec

17 Julai, 2009 at 10:32 pm | In Life, Mari Fikir, Soal Hati | 16 Comments

17 Julai 2009,

Jumaat,

8:57pm (waktu tempatan)

Shah Alam,

Baru balik dari kerja.Berpenat…

Betul la kata sesetengah manusia, alam kerja memang tak sama dengan alam belajar. Ada yang kata alam belajar senang dari alam kerja.Tapi pada aku la, aku tak rasa belajar tu senang.Kalau ada orang suruh terus terang, aku buleh kata, aku grad kat Jepun adalah atas dasar kasihan sensei-sensei kat sana.Tapi memanglah bukan nya aku tak usaha langsung.Tapi sikit sangat.

Hari ni, macam biasa, tak la tensi sangat kerja.Tapi takde la sampai tak tensi langsung.Cuma time nak balik tadi, ada something yang buat aku rasa terguris sikit.

Aku kerja kilang. Ha ha ha.Mamat kilang rupanya aku ni.Ha ha ha lagi skali, Ha ha ha. Ada satu proses kat kilang tu, yang kitorang kat kilang panggil sebagai, overpack.Proses ni adalah memasukkan kotak-kotak yang kecil ke dalam kotak-kotak yang lebih besar.Kotak besar tu takde la besar sangat , dalam ukuran maybe 100 cm x 100 cm x 70 cm. Satu kotak tu buleh isi dalam 4 kotak kecil.Then selotep kotak tu, tampal label, n masukkan dalam lori.Tak mau la cerita panjang-panjang.

Aku officer kat production control.Kira executive la..tapi gaji tak la besar, cukup la makan mee goreng. Tadi aku buat over pack, join budak-budak cleark yang buat pack, sebab aku rasa macam tak cukup orang, and nanti lagi lmbat kalo yang buat tu sikit orang je.

Pastu ada sorang tegur, budak department lain, “Ko pon buat kerja ni??Ko dok la depan pc ko..”

Ok, disini, saya terasa hati.. ha ha ha..

Budak tu memang biasa dengan aku.Tapi tu la..Aku tak salah kan dia pun.Akhir-akhir ni, aku dah terasa tak best nak buat overpack.Padahal dulu masa mula2 masuk kerja, tu la kerja aku hari-hari.

Executive dengan pekerja biasa ada jurang.

Hakikat tu memang wujud.Tapi tu la.Seronok bila berkawan dengan worker.Ceria.Gelak-gelak.

Kalo tgk muka exec macam Manager, Assistant Manager.. Kadang-kadang je sengih.Pastu nk buat lawak pon tak berapa nak buleh..

Ye la, takkan ko nak gi kat Assistant Manager, pastu ko cucuk-cucuk tepi perut dia sambil kata, “Boss, boroi la perut U.. Ha ha ha..”

Tapi bila baik dengan worker, tapi kita di kedudukan exec, adalah sesuatu yang tidak kene..

Bila hari-hari kau gelak-gelak dengan worker, satu hari kau kata kat worker   ” Bedah,  Tolong fotostat kan kertas ni..” then bedah akan jawab, “Kejap ye, saya buat benda ni kejap.. kejap lagi saya fotostat..” dan kesudahan nya, bedah lupa fotostat..

Kalau exec yang serius setiap hari kata kat bedah camtu, bedah akan senyap dan ambil kertas tu lalu ke mesin fotostat.

Itu bezanya.

Exec atau leader akan tekan orang bawah dengan kerja dan macam-macam benda, tanpa memikirkan perkataan “kasihan”, “penat”, “tak ikut turutan” dan sebagai nya.Kalau kita baik orang bawahan, kita akan dengar keluhan diorang dan kutukan diorang terhadap golongan exec.

Hakikatnya, tanpa tekanan exec ni, kerja takkan jadi lancar..

Sebab tu lah, aku kadang-kadang percaya dengan kata-kata..

Tak boleh baik sangat dengan orang bawahan..

Bila fikir-fikir, baru lah terasa, manusia ni tak perfect.Sampai bila pun, kita tak mampu nk puaskan hati semua orang, even kita try sungguh-sungguh.. Last-last, hati sendiri jadi korban, hati sendiri yang tak puas..

Cukup lah untuk kali ini.

Kita jumpa lagi di lain hari..

Assalamualaikum..

Lagu dibawah tiada kaitan apa-apa.Cuma masa menulis post ni, aku dengar lagu ni.

Natsukashi

5 Julai, 2009 at 10:09 pm | In Bergelak Kah?, Life | 9 Comments

Gaduh

Jumaat lepas, gaduh ngan assistant manager..

Aku tak suka sebenarnya gaduh-gaduh ni, tapi panas plak bila dipersalah kan atas perkara yang rasa nya bukan salah aku.

Tapi ye la kan, production control ni kene berurusan dengan manusia hari-hari.Manusia plak ada perasaan, hati, akal, nafsu.. ha, macam-macam la karenah nya.. Kalo kerja dengan mesin, mesin tu ikut program kita, kita kata A, mesin pon A lah.. kita kata B, mesin pon, B lah~  tapi ye la, mesin pon kadang2 rosak gak.. tapi biasa nya, mesin tak lah lari dari ape yang kita nak..

Tak syok la bila bermasam muka ngan orang yang kita akan jumpa selalu.Tapi ramai yang kata, kerja memang gitu.Hari ni gaduh, esok gelak-gelak.Huhu, entah la.

Natsukashi

Natsukashi adalah perkataan adjektif dalam bahasa Jepun yang bermaksud, perasan yang kita rasa bila teringat atau terjumpa benda or something yang kita dah lama tak buat.. atau.. apa-apalah yang dah lama tak buat ke.. entah ar.. tak kisah la, asalkan kata kerja..

Tadi pegi men badminton kat Dewan Semarak, Kanchong Darat, Banting.Kanchong ni, buat pengetahuan sape yang tak tau, adalah kampung Haji Sidek, yang anak dia Misbun, Rashid n tah ada la lagi tak nak sebut ramai-ramai nanti penat.Kitorang yang duduk pekan banting ni, memang kampung sebelah ngan kanchong ni.

Teringat cerita masa dulu-dulu, men badminton kat dewan tu, sekitar sekolah zaman awal sekolah menengah..

Ada sekali tu, kitorang pegi ber lima.. aku,padil,che nash,azli(bukan nama sebenar) ngan abu(bukan nama sebenar).Naik 2 motor, aku ngan padil, abu ngan azli, nash sorang.Oh,silap.3 motor rupanya.

Di pendekkan cerita, masa balik, lepas abis main badminton tu, kitorang pon bercadang nak singgah kedai runcit kat ujung jalan sambil beli air tin, minum sekejap.. So, abu ngan azli, nash pon jalan dulu.. tunggu la kat kedai ujung tu..

Tapi yang pelik nya, aku ngan padil, nash sampai dulu.Persoalan nya, mana abu dan azli. Ooo..rupanya diorang lambat sikit.Kat sini persoalan lagi skali, apsal lambat sikit.. Haa..belum terjawab lagi..

Bila abu sampai, dia pon masuk kedai beli air.Time abu dalam kedai tu, tiba-tiba ada 2 orang brother datang.Nek motor rxz.kaler merah.2 motor.

Mane budak tadi!!

Brother tu jerit. Aku ngan padil tertanya-tanya sambil seram.Eh,apa kena brother ni.

Pastu, brother tu pegi kat motor abu, dia ambik plat motor dalam bakul tu pastu.. PAK!! dia patahkan plat tu kat handle motor..pastu dia campak kat semak tepi kedai tu.

Huh!Agak ganas disitu.. Tak semena-mena, abu pun keluar dari kedai dengan satu tin air di tangan.Kalo tak silap.Muka blur.

Kau datang kampung orang, jangan nak buat kurang ajar!!

Jaga sikit mulut ko!!

Time tu brother tu ditenangkan oleh member dia lagi sorang.Member dia pon kata kat abu,ntah tak ingat apa dia kata, tapi dia cam bagi nasihat elok2 ar.Tanpa ada unsur tengkingan.

Time tu nash dah cabut dulu dah.Pastu abu pon terus blahh tanpa ambik balik plat motor dia.Tapi yang paling cool, Aku ngan Padil.Lek je kitorang minum air tin dekat depan kedai tu sambil tgk adegan dramatik atas motor tanpa mengetahui punca sebenar terjadi pergaduhan.

Tak sampai seminit lepas abu blah, brother tu tengking aku ngan padil plak,

Ko nak aku patahkan reket korang plak!!

Aku ngan Padil pon,

oklah-oklah..kitorang blahh..

tapi cakap dalam hati ar..

Masa balik tu, tejumpa Abu ngan azli ngan nash tengah gelak-gelak.. Abu pun cerita la..

Abu kata, masa tadi tengah dalam perjalanan nak balik.. tiba-tiba plat motor dia tejatuh tak pasal-pasal depan rumah sorang brother tu.Pastu abu pun patah balik nak ambil plat tu.Time tu dia tgk brother tu tgh pegang-pegang plat tu. Dia cakap kat abu,

Dah kaya sangat ke dik, buang-buang plat?

Abu pun macam diam.Tak tau nak kata apa.

Tapi yang geli nya, lepas ambik plat motor tu, lepas dah jauh sikit, Abu pandang belakang, pastu jerit

Tak lawak!!

Kat sini, mungkin pembaca pelik.Kenapa Abu begitu.Haa~~ tu la.Dia memang geli.Perkataan tak lawak tu masa tu memang tengah popular ar..menjadi siulan anak-anak muda ke mana sahaja. Ha ha ha..

Pastu brother tu cam tersilap dengar aku agak.Sebab tu ar dia kejar abu.Aku fikir, dia ingat Abu mencarut kot.Hu hu.. tak tau ar..

Lepas abis kisah tu, kitorang still datang lagi main badminton kat Dewan tu, even brother tu ada cakap, kalo dia nampak muka kitorang lagi, abis la kitorang.Hu hu hu..

Tapi sebab kitorang ganas, kitorang tak kesah.Ha ha ha..

Lepas dekat 8 tahun, dewan tu still ada lagi.. memori tu pun still tak lupa lagi di ingatan.Kedai runcit tu pon masih ada lagi.Cuma dewan tu dah ada renovate skit2.. kedai tu pun mcm dah tambah sikit2..

Cuma hari ni, yang main badminton, ada aku ngan padil je, member2 yang ada dalam kejadian tu.Yang lain member2 yang takde dalam kejadian tu.

Huhu.. kenangan kadang-kadang buat hari-hari tensi jadi indah seketika..

Esok kerja.Hu hu.

Oh, tazkirah sekejap.Tadi siang ke semalam tah, ada terbaca, hadis, tak ingat yang penuh, tapi mafhum dia, antara sebab-sebab yang bawa orang masuk neraka, adalah 2 rongga badan, mulut dan kemaluan.

Bawak-bawak la beringat..

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.