My Story is History
25 September, 2008 at 1:11 am | In Life, Mari Fikir | 18 CommentsTags: cerita saya, kad raya, misi delila, universiti
1) Dalam keriuhan 61 orang yang saing datang sini buat diploma kat Jepun, negara matahari terbit la konon2.. sekarang tinggal lebih kurang 10 orang je yang tak tetap lagi nk sambung degree dekat mana.. n dalam 10 orang tu.. ada la plak AKU..
Memulakan ekspedisi (camne eja ni??) mencari daigaku start dari Nagaoka Gijutsu Daigaku (8,9 Julai) , pastu Fukui Daigaku (15 Julai) plak.. pastu hampa kali pertama 17 Julai (result nagaoka) pastu hampa kali kedua 25 Julai (result fukui).. Pastu, balik Malaysia barang seketika konon2 release tension padahal mmg rindu nk balik then ambik lagi exam kat Yamagata Daigaku (30 Ogos).Namun, hanya lah sekadar meneruskan siri2 kehampaan pada 19 September (result yamagata).
And then, berbelah bahagi nk ambik Akita Daigaku n Muroran Daigaku ke tak.Tarikh exam 2 Universiti tu jatuh plak dekat dgn tarikh present research untuk separuh masa pertama awal bulan 10 nanti.. Pikir punya pikir.. takpe lah.Aku relakan je la Akita n Muroran berlalu pergi.. Target seterus nya.. Oita Daigaku sekitar bulan 11.Huh!Penat naik ke utara, kita turun la pulak ke selatan.Harap2, ada lah rezki dapat masuk U kat sini..Tak mahu pulang dengan diploma. Hu~ Hu~ Hu~
2) Serba sedikit tentang balik Malaysia aritu. 2minggu yang di isi dengan kegembiraan bersama kengkawan Banting n family.Kuar gi midvalley skali, kuar gi klcc skali.Terharu gak ar buat geng2 yang pulang Banting memenuhkan cuti aku dgn aktiviti bersama korang.Trima kasih~~
Tgk rumah yg dah di renovate, terasa sayu je.. Macam tak caya rumah dah besar.Rezki la.. Tapi sedih plak terkenang abah kata “Rumah dah besar, tapi abah dengan mak kau je duduk sini berdua..” Hoho.. tak tau nk kata apa.Sume adik bradik pun dah besar, masing2 ada haluan cita2 masing2.
Singgah kubur atuk.Sebak tgk kubur.Pulang ke Malaysia hanya untuk menatap kubur.Kubur yg tertanam jasad yg pernah sama2 mewarnai hidup aku.Alfatihah buat atuk.Yang pergi tetap pergi.Kita yg hidup, teruskan lah dengan tabah.. usaha,doa dan tawakal.
Balik ke Jepun semula.Macam biasa la berat nk tinggal kan Malaysia tercinta.Tapi paling sedih, bila aku terlupa nk letak air zam zam dalam beg besar yang masuk kargo.Aku bawak 3 botol.2 aku letak kat beg kecik.Sangkut kat tempat scan beg.Hoh!Burn gitu je 2 botol.Lagi sebotol pon aku tak bawak pegi yamagata masa nk exam.Tinggal kat bilik kohai masa kalut2 nk bertolak dari nagaoka ke yamagata aritu.Macam dah bagi hint plak nk bgtau tak berjaya kat Yamagata.
4) Tgk ultraman tak seorang.. hihi.. tapi kesimpulan yg dapat di buat, Ultraman masa tahun 2006 lagi best ar dari yang baru2 ni.. maybe sbb jalan cite yg dulu best n yg kali ni cam mengarut sikit.Apapun, still puas hati..
5) Baru2 ni, mimpi gigi geraham tertanggal.Besar plak tu gigi tu.Tak macam gigi.Macam hape tah.No comment pasal alamat mimpi tercabut gigi but minta di jauhkan dari segala yang tak menyenangkan hati.Aminn!!
6) Arini kad raya dari Along sampai.. n ari Jumaat aritu sampai gak dari Misi Delila sekeping.Huhu.. 2 2 comel n sangat menggembirakan hati.. Trima kasih la buat yang sudi hantar..Susah2 je.. Sorry ar tak reply.. tahun depan antar la lagi.. huhuhuhu..
Kelas dah nak start.Bingit balik la otak ni dgn macam2 bebanan lepas ni.Akan berbizi la dengan research yang tah hape2 tah.Hal daigaku tak lepas lagi pulak tu.Sabar je la.Mohon di berikan kekuatan dan akhir nya kejayaan.Aminn!!
Update (Khamis,25 September)
Hari ni dapat lagi satu kad raya from UPSI.. huhu.. kaya kad raya plak tahun ni.. tapi pengirim dia mntak pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas plak.. emm.. camne ek..
Macam ada lagi je kad raya menyusul lepas ni.. huhu~ gumbiranya~
Acchu
13 September, 2008 at 3:23 am | In Bergelak Kah?, Life | 15 CommentsTags: bersin, empe, halima, kenkyu
Jumaat malam Sabtu..
Sekitar 2 30 am
From Adib’s house.Aku kat umah adib wlopon adib takde aku masuk pastu wat cam rumah sendiri.Adib tu budak yamadai,dulu dok Banting sebelah rumah Fadhil n sebelah rumah Nadzmi..Nama sebenarnye Amar..camne leh jadi Adib lepas smpai sini pon aku tak tau..
Kebusanan tahap melampau dan Kegersangan nak bergaul bersama masyarakat Melayu meruntun hati aku nk beramah mesra dgn bbudak sini.Akan tetapi,kesibukan berkenkyu akibat desakan Empe dan Halima mewujudkan kekangan dan halangan untuk datang sini pada hari2 bukan ujung minggu.Lagipun janji2 manis bebudak yamadai ni yg kata nk teman kan tgk ultraman esok pun adalah antara sebab musabab aku bermusafir ke sini.
Jumaat pagi..
Sekitar 10.40 am
Baru bangun dari tidur.. plan nak pegi kenkyu jap lagi.. pegi pagi so buleh balik dalam kol 12 lebih then kemas2 beg..chow gi yamadai.Nek densya dari eki kol 3 54ptg buleh la sampai ube pkol 5 30..So ambik bas gi eki dlm kol 3 suku nescaya akan sempat lah..
Sekitar 11.30 am
Bagi ohayo kat pakcik pejabat,Kanemoto san.. then jalan kaki gi bilik ryutai.. kalo jalan kaki biasa, 7 minit sampai.. kalo lari2 anak, dalam 5 minit sampai..
Sampai je bilik ryutai, Nobu dah ada dah.. Halima pon macam biasa ada gak.Aku masuk kasi ohayo, pastu burak2 ngan Nobu sikit pastu start la buat kerja kenkyu.
Arini abiskan jikken paksi z yang tinggal 2 batang lagi..pastu buat graf then buleh berbalik.. dalam pukul 12lebih abis la kot..
Niat jikken.
Maka bertungkus lumus lah aku buat jikken..wlopon tak brapa sempurna n agak cincai sbb nk balik n otak dah pk nk gi yamadai.. abis jikken, aku mengadap pc plak buat graf.. semakin nk siap graf, semakin terasa gembira.
Sekitar 12.40 pm
Soro-soro nk siap buat graf..
Azlan.. dah kene start buat persediaan untuk presentation bulan 10 nnti.. kalau tak, tak sempat..
Kata-kata Halima mengundang rasa tak best.
Tapi saya tak abis lagi buat jikken..
Cari alasan walaupon dah abis sebenarnya..
Takpe.Dah kene mula buat sikit2..
Halima merenggut riak2 seronok.
Baiklah..
Taktau nk kata apa.
Sekitar 1 pm
Aku dah gelisah tak tau nk buat apa.Nak balik tapi takut plak Halima tak kasi sbb tak buat apa2 junbi present.Ahh..Huzil.. tapi last2 aku dapat idea gak walaupun macam tah pape..
Aku start “pura-pura bersin”
Scene A
“Acchu!!” (camne tah bunyi orang bersin)
lagi skali.. kali ni lagi kuat
“Acchu!!”
Dituruti bunyi sedut hingus.. n mengeluh sbb kene selsema tetiba..
Kemudian.. keluar gi bilik air.. basuh muka.. n kembali semula ke bilik ryutai.
Ulang scene A. dan ulang lagi skali.Kuat kan suara bersin agar buleh di dengar oleh Halima yg duduk jauh sikit dari meja aku.
Azlan tak pape?Selsema ke?
Tetiba Nobu tanya..
Haah..tu la. Dah la puasa ni..
Owh.. macam sangat susah.Abis macam mana nk makan ubat??
Terpaksa la tungu malam.
Owh. Bertahan lah..
Tetiba terasa puas.Sekurang2 nya scene A berjaya pada Nobu.
Sekitar 1.15 pm
Nobu keluar for jikken.Tinggal aku ngn Halima dalam bilik tu.Senyap2.. aku masukkan barang dalam beg, n zip.Bangun, n keluar senyap2.. sambil lindungkan beg dari sudut yg boleh Halima nmpak.Konon2 macam pegi tandas la.Keluar je bilik ryutai, terus aku lari2 anak…
Sekitar 1.30pm
Lega gila bila sampai hostel.Terus call ejat n gelak2 cite pasal kes “pura-pura bersin”.Tak sedar plak burak2 sampai dkat pkul 3.. pastu terkocoh2 nk smbayang zuhur lantas tertinggal bas.Haha.. ape2 pun sampai gak ar yamadai dlam kol 6.Beza stgh jam dari sasaran awal..
GLOSARI
Yamadai = Yamaguci daigaku = Universiti Yamaguchi
Fadhil = kawan kat banting
Nadzmi = sepupu, merangkap jiran fadhil
Kenkyu = research
Empe dan Halima = Cikgu Pembimbing research aku.
Densya = train
Ube = nama tempat dalam yamaguchi
Eki = stesen kretapi
Ryutai = fluid
Ohayo = Slamat Pagi
Jikken = experimen
Soro-soro = dah nak..
Junbi = preparation
Hacibus!!
11 September, 2008 at 2:35 am | In Bergelak Kah?, Cerpen Remaja, Life | 9 CommentsTags: kolej kedua, ppktj, puasa, ramadhan, sakit mata, utm, wangsa maju
Based on A True Story..
Sekitar tahun 2005..
Balik kelas petang itu,mata Supil gatal.. digosok-gosok matanya.. makin gatal.. makin merah..
“Apsal bnyak taik mata plak ni..”
Sekejap-sekejap tahi mata baru datang dan datang lagi..
Esok paginya bangun tidur Supil tidak ke sekolah.. SAKIT MATA.Bengkak matanya.Sakit,berair.Ketika itulah dia teringat Kusin bilik sebelah yang terjangkit sakit mata dari siapa entah pagi sebelum nya..
“Ahh!!Siot..Kusin nye pasal la ni..”
Hari berikutnya..
“Weh..aku plak dah kena.Berjangkit ko la ni..”
Jerit Jaizul.
“Owh.. ye ke”
Supil tak tau nak kata apa.Rasa bersalah tapi bukan salah dia.
Besok nya,sama-sama Jaizul ke klinik minta MC, kemudian hantar ke En. Yoloya Guranipo, guru bahasa Uganda.Saat Yoloya terpandang mereka berbengkak di mata, terus terhambur gelak dekah bertubi-tubi.
“Hahaha.. Apa kena mata kau.Hahaha..”
dalam bahasa Uganda.Tetiba datang Usil Lukit dari belakang.Join gelak skali.Supil dan Jaizul bengang di gelakkan.Tapi nak salah kan sapa??Sakit mata tu menyerang tiba-tiba.Petang itu,Jaizul menampal senarai nama pelajar2 yg terjangkit di pintu bilik mereka.Lebih kurang 5,6 orang pesakit semua nya.
Pesakit-pesakit mula risau.. Minggu depan exam plak.. dan lagi best, nak masuk bulan puasa.Cantik ar!!
Suatu Sabtu hening,sekitar pukul 1 petang..
5,6 orang pesakit memenuhi bilik Supil dan Jaizul.Konon2 sedar diri dan mengkuarantinkan diri sendiri.Sayang kawan.. Masa tu,ada juga antara pesakit terasa hati sbb ada kawan-kawan yang menjauh kan diri,tapi mereka pun paham kenapa keadaan tu berlaku.
Masing-masing memegang buku di tangan.. Studi nak exam.. meleleh-leleh air mata membasahi pipi.. tanda gigih menghafal tulisan berbelit dari Uganda.Terkehel lidah menyebut..
“Ahh!!Tak tahan aku.”
Supil tetiba bangun.Dia seakan merancang sesuatu.Berbincang bersama yang lain.
“Aku tak mau ar.Aku rasa aku ok lagi.”
Jaizul menolak.
“Takpe ar.Sape yang nak je ar.Korang kumpul bilik Hacibus.Biar aku ngan Hacibus je pegi.”
Supil berlagak hero.
Supil membonceng Hacibus.Sambil menggalas beg hitam dan bercermin mata gelap.. Sekitar 3 petang, waktu tempatan.
Sampai di pasar ramadhan, 3, 4 gerai saja baru di buka.. Mujur ada gerai jual nasi dan lauk.Tapi makcik berbadan besar pula penjual nya.Timbul ragu-ragu dan takut di hati.Tapi di gagah kan jua.. demi perjuangan mendapatkan sesuap nasi.. Nasib baik makcik besar tak bising-bising..
Lauk pauk di larikan dalam beg hitam.Supil menghela nafas lega setiba di bilik Hacibus.Di situ,semua pesakit-pesakit telah bersila menanti.Pintu di kunci.Upacara pembukaan dimulakan dengan bacaan doa makan.Apapun kata-kata sinis dari pelajar lain, tujuan Supil dan rakan-rakan nya hanya satu. “MAKAN UBAT”.
Akhir-akhir wabak,nama-nama di pintu mencatatkan hampir 30 orang pesakit terjangkit.
Encik Ultra
3 September, 2008 at 4:38 pm | In Life | 68 CommentsTags: cinema, ultraman, wayang
16 September 2006.. Sempena meraikan ulang tahun ke 40 Ultraman “wujud” di dunia ni, pawagam-pawagam seluruh Jepun membuat tayangan serentak, Ultraman Mebius and Ultraman Brothers. Masa tu aku atas dasar semangat cintakan Ultraman, aku gi tgk wayang sorang-sorang sbb takde sape nk temankan.
Dan sekarang, lepas 2 tahun berlalu.. cerita ultraman baru datang lagi kat wayang.. membawa tajuk Cho Ultra Hachi Kyoudai.Kalo translate Bm, jadi Sangat2 Ultra 8 Beradik.Haha..cam lawak plak.Tayangan seluruh Jepun 13 hbln September ni.. So, kepada mereka yang duduk Jepun, buleh la pi panggung wayang berdekatan untuk menyaksikan.. Jangan ketinggalan menyaksikan kehebatan Ultraman di layar perak.. Tapi aku rasa macam yang 2006 nye lagi best kot sbb lagi bnyak ultraman lama2 yang turun padang.. Cerita baru ni 4 ultraman baru, n 4 ultraman zaman dulu2.Ultraman baru2 ni cam tak best sangat la bagi aku.. tapi apa2 pun, aku still akan pi tgk.
p/s;aku tgh cari teman sape nk tgk same ngan aku
Berdeka!!
1 September, 2008 at 10:42 pm | In Mari Fikir | 37 CommentsTags: avril, inul, merdeka
Malam 31 Ogos aritu,aku dalam densya..dalam perjalanan pulang dari Yamagata ke Nagaoka.. tapi kol 12 malam waktu Jepun aku dah sampai Nagaoka ar.. Tersentak sekejap hati dalam densya masa tu.. Apa sebenarnya yang kita rasa bila sambut merdeka.. Kebanyakan manusia yang melayari internet dan mungkin tgh baca artikel ni adalah golongan pasca merdeka, mereka yang lahir lepas zaman merdeka.. Apa yang korang tau dengan perkataan MERDEKA??
Sebelum exam kat Yamagata aritu, aku balik Malaysia 13hari.. singkat tapi macam PUAS!! Apa yang puas tah aku pun tak tau.. tapi rasa nya kepulangan kali ni macam terisi n segala apa yang aku fikirkan nk buat kat Malaysia sebelum balik aritu macam dapat buat.. Alhamdulillah. Sempena meraikan bulan kemerdekaan Malaysia, dalam flight masa balik Malaysia aritu, aku usha cite Hati Malaya;1957.Entah apsal,tersentuh plak hati aku tengok cite tu.. tetiba tersebak.Nasib bek kohai sebelah tu tak perasan.
Cite tu tunjukkan perjuangan nk dapat merdeka tu bukan senang.. Ideologi,pendapat,kaum.. macam2 benda berbeza tapi suma pon nk dapat merdeka.Nak lari dari kongkongan penjajah.. Tak kesah la Tunku Abd Rahman ke Burhanuddin Helmi ke Dato Onn ke.. Diorang sume berjuang susah2 nk dapat kemerdekaan.. tapi hari ni camne anak2 muda raikan merdeka??
3 hari sebelum merdeka, Siti Avril datang Malaysia.. meraikan merdeka yang bakal di sambut dengan rakyat2 yang kebanyakan manusia pasca merdeka.. melaungkan semangat cinta kan negara bersama Siti Avril tersayang.. Aku tgk ulangan melodi petang tadi.. Mitchel (camne tah eja nama minah cina fasih bm ni) pegi konsert tu n tanya bebudak kat situ.. “Setuju tak bantahan yang di buat pihak2 tertentu terhadap konsert ni??” Ada gak la sorang dua muka serba salah tak tau nak jawab ape, tapi ada gak yang tak tau malu gi kata “Diorang tak patut buat macam tu..” Kenapa la Siti Avril tu datang masa nak merdeka.. tak paham betul ar aku.. Orang atas pun luluskan plak minah tu buat konsert.. dekat Stadium Merdeka lagi.. tempat laungan merdeka 51 tahun lepas..
Hari tu Inul datang.. beriya2 la suma pihak membantah.. sampai kan saat2 akhir Ratu Gerudi tu pengsan n pitam sbb baru tau konsert dia batal.. Kesian plak kat Inul.. bukan sbb ape.. tapi sbb di batalkan saat akhir.. Bagitau ar awal2.. ni esok nk konsert, petang ni bagitau “Konsert ko esok batal, alasan nya tak bleh bagitau, rahsia..” Aku bukan peminat Inul tapi just nk compare dan menampakkan kita ni mengagungkan sangat orang-orang luar.
Renung-renung la balik.. di saat kita gembira sambut merdeka bersama Siti Avril.. Allah letak Ramadhan kat sebelah tarikh merdeka tu.. suruh kita jangan merdeka kan “perut” kita..
p/s:Peringatan untuk diri sendiri gak.
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.





















