Berdeka!!

1 September, 2008 at 10:42 pm | In Mari Fikir | 37 Comments
Tags: , ,

Malam 31 Ogos aritu,aku dalam densya..dalam perjalanan pulang dari Yamagata ke Nagaoka.. tapi kol 12 malam waktu Jepun aku dah sampai Nagaoka ar.. Tersentak sekejap hati dalam densya masa tu.. Apa sebenarnya yang kita rasa bila sambut merdeka.. Kebanyakan manusia yang melayari internet dan mungkin tgh baca artikel ni adalah golongan pasca merdeka, mereka yang lahir lepas zaman merdeka.. Apa yang korang tau dengan perkataan MERDEKA??

Sebelum exam kat Yamagata aritu, aku balik Malaysia 13hari.. singkat tapi macam PUAS!! Apa yang puas tah aku pun tak tau.. tapi rasa nya kepulangan kali ni macam terisi n segala apa yang aku fikirkan nk buat kat Malaysia sebelum balik aritu macam dapat buat.. Alhamdulillah. Sempena meraikan bulan kemerdekaan Malaysia, dalam flight masa balik Malaysia aritu, aku usha cite Hati Malaya;1957.Entah apsal,tersentuh plak hati aku tengok cite tu.. tetiba tersebak.Nasib bek kohai sebelah tu tak perasan.

Cite tu tunjukkan perjuangan nk dapat merdeka tu bukan senang.. Ideologi,pendapat,kaum.. macam2 benda berbeza tapi suma pon nk dapat merdeka.Nak lari dari kongkongan penjajah.. Tak kesah la Tunku Abd Rahman ke Burhanuddin Helmi ke Dato Onn ke.. Diorang sume berjuang susah2 nk dapat kemerdekaan.. tapi hari ni camne anak2 muda raikan merdeka??

3 hari sebelum merdeka, Siti Avril datang Malaysia.. meraikan merdeka yang bakal di sambut dengan rakyat2 yang kebanyakan manusia pasca merdeka.. melaungkan semangat cinta kan negara bersama Siti Avril tersayang.. Aku tgk ulangan melodi petang tadi.. Mitchel (camne tah eja nama minah cina fasih bm ni) pegi konsert tu n tanya bebudak kat situ.. “Setuju tak bantahan yang di buat pihak2 tertentu terhadap konsert ni??” Ada gak la sorang dua muka serba salah tak tau nak jawab ape, tapi ada gak yang tak tau malu gi kata “Diorang tak patut buat macam tu..” Kenapa la Siti Avril tu datang masa nak merdeka.. tak paham betul ar aku.. Orang atas pun luluskan plak minah tu buat konsert.. dekat Stadium Merdeka lagi.. tempat laungan merdeka 51 tahun lepas..

Hari tu Inul datang.. beriya2 la suma pihak membantah.. sampai kan saat2 akhir Ratu Gerudi tu pengsan n pitam sbb baru tau konsert dia batal.. Kesian plak kat Inul.. bukan sbb ape.. tapi sbb di batalkan saat akhir.. Bagitau ar awal2.. ni esok nk konsert, petang ni bagitau “Konsert ko esok batal, alasan nya tak bleh bagitau, rahsia..” Aku bukan peminat Inul tapi just nk compare dan menampakkan kita ni mengagungkan sangat orang-orang luar.

Renung-renung la balik.. di saat kita gembira sambut merdeka bersama Siti Avril.. Allah letak Ramadhan kat sebelah tarikh merdeka tu.. suruh kita jangan merdeka kan “perut” kita..

p/s:Peringatan untuk diri sendiri gak.

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.