Berdeka!!
1 September, 2008 at 10:42 pm | In Mari Fikir | 37 CommentsTags: avril, inul, merdeka
Malam 31 Ogos aritu,aku dalam densya..dalam perjalanan pulang dari Yamagata ke Nagaoka.. tapi kol 12 malam waktu Jepun aku dah sampai Nagaoka ar.. Tersentak sekejap hati dalam densya masa tu.. Apa sebenarnya yang kita rasa bila sambut merdeka.. Kebanyakan manusia yang melayari internet dan mungkin tgh baca artikel ni adalah golongan pasca merdeka, mereka yang lahir lepas zaman merdeka.. Apa yang korang tau dengan perkataan MERDEKA??
Sebelum exam kat Yamagata aritu, aku balik Malaysia 13hari.. singkat tapi macam PUAS!! Apa yang puas tah aku pun tak tau.. tapi rasa nya kepulangan kali ni macam terisi n segala apa yang aku fikirkan nk buat kat Malaysia sebelum balik aritu macam dapat buat.. Alhamdulillah. Sempena meraikan bulan kemerdekaan Malaysia, dalam flight masa balik Malaysia aritu, aku usha cite Hati Malaya;1957.Entah apsal,tersentuh plak hati aku tengok cite tu.. tetiba tersebak.Nasib bek kohai sebelah tu tak perasan.
Cite tu tunjukkan perjuangan nk dapat merdeka tu bukan senang.. Ideologi,pendapat,kaum.. macam2 benda berbeza tapi suma pon nk dapat merdeka.Nak lari dari kongkongan penjajah.. Tak kesah la Tunku Abd Rahman ke Burhanuddin Helmi ke Dato Onn ke.. Diorang sume berjuang susah2 nk dapat kemerdekaan.. tapi hari ni camne anak2 muda raikan merdeka??
3 hari sebelum merdeka, Siti Avril datang Malaysia.. meraikan merdeka yang bakal di sambut dengan rakyat2 yang kebanyakan manusia pasca merdeka.. melaungkan semangat cinta kan negara bersama Siti Avril tersayang.. Aku tgk ulangan melodi petang tadi.. Mitchel (camne tah eja nama minah cina fasih bm ni) pegi konsert tu n tanya bebudak kat situ.. “Setuju tak bantahan yang di buat pihak2 tertentu terhadap konsert ni??” Ada gak la sorang dua muka serba salah tak tau nak jawab ape, tapi ada gak yang tak tau malu gi kata “Diorang tak patut buat macam tu..” Kenapa la Siti Avril tu datang masa nak merdeka.. tak paham betul ar aku.. Orang atas pun luluskan plak minah tu buat konsert.. dekat Stadium Merdeka lagi.. tempat laungan merdeka 51 tahun lepas..
Hari tu Inul datang.. beriya2 la suma pihak membantah.. sampai kan saat2 akhir Ratu Gerudi tu pengsan n pitam sbb baru tau konsert dia batal.. Kesian plak kat Inul.. bukan sbb ape.. tapi sbb di batalkan saat akhir.. Bagitau ar awal2.. ni esok nk konsert, petang ni bagitau “Konsert ko esok batal, alasan nya tak bleh bagitau, rahsia..” Aku bukan peminat Inul tapi just nk compare dan menampakkan kita ni mengagungkan sangat orang-orang luar.
Renung-renung la balik.. di saat kita gembira sambut merdeka bersama Siti Avril.. Allah letak Ramadhan kat sebelah tarikh merdeka tu.. suruh kita jangan merdeka kan “perut” kita..
p/s:Peringatan untuk diri sendiri gak.
37 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







ko fikir mcm cara yg baik utk raikan merdeka? bg aku merdeka tu maksudnya tidak dijajah. malaysia diperintah oleh malaysia, bkn british, jepun, portugis atau trinidad dan tobago.
psl siti avril tu. apa kene mengena avril ngan merdeka? konsert tu mengganggu sambutan merdeka ke?
antara avril dan inul apa bezanya? aku rasa takde beza pun. cuma inul kene ban sbb aksi berahi yg mungkin dilakukannya di atas pentas. malaysia mmg mcm tu. kalu live tak bleh lucah sket. tp kalu dlm tv ok je.
pasal mengagungkan org luar. aku tak rasa yg org luar diagungkan. cuma diminati. lagi pun jangan la tgk org bukan malaysia sebagai org luar. cuba kita tgk org bukan malaysia sebagai individu. kita semua sama manusia sejagat. tp apa yg avril bawa tu mmg le tak elok.
Komen oleh lizuh — 2 September, 2008 #
gile ar …sape yg emosi ni ?
Komen oleh meor — 2 September, 2008 #
peringatan untuk aku gak…
Komen oleh miellza — 2 September, 2008 #
for lizuh;
Aku pun mcm tak tau camne sambutan yang paling best utk sambut merdeka.. tapi apa maknanya sambut merdeka bersama avril?? Kalo avril datang masa bukan dalam masa nk sambut merdeka, aku tak de rasa apa sangat.. bagi aku sepatut nya kita sambut merdeka kita kene kenang jasa orang dulu2 yang susah2 memerdekakan malaysia ni..
Pasal Inul plak.. mcm tak tau sangat nk cakap ape sbb aku pon suka lagu Inul yang tajuk dia Goyang Inul..
for meor;
Sesekali emo ape salah nya.. hakhak..
for miellza;
marilah beringat beramai2..
Komen oleh alanbest — 2 September, 2008 #
sokong lizuh:
Bantahan kedatangan Siti Avril tu harus dilihat dari sudut lain. Siti Avril boleh datang Malaysia, tapi kena pilih waktu yang sesuai. Alasannya bukan terhad ke atas sambutan kemerdekaan saja.
Secara jelas, umat Islam di Malaysia sedang dalam persediaan menghadapi bulan Ramadan. Sambutan kemerdekaan kali ni pun tidaklah semeriah mana memandangkan 31 Ogos adalah hari melihat anak bulan Ramadan.
Arkhh.. komen skema untuk member aku yang baru berpindah ke wordpress. Rasa geli pun ada. Haha..
Komen oleh SangPelangi — 2 September, 2008 #
Baju kurung aku bawak balik tak?
Komen oleh Voltron — 2 September, 2008 #
to sangpelangi;
Huh,sokong la sape pon ko suka..
to voltron;
Baju melayu aku pon aku tak bawak.. pakai yang tahun lepas je la..
Komen oleh alanbest — 2 September, 2008 #
hg pakai wordpress ka.sama cam sabul dulu.aku ada cadangan.apa kata hg gnti wat sabul baru.polis mesia pun xleh nak tngkap hg.hahaha
Komen oleh ayam — 2 September, 2008 #
to ayam;
Haha.. skrg sabul dah tukar kat blogspot ar aku rasa.. tapi myb dia tak guna nama sabul dah..
Komen oleh alanbest — 2 September, 2008 #
kepulangan alan bermakna sebab dapat berdating~ =D
Komen oleh seatea — 3 September, 2008 #
Apa tu sabul?
Komen oleh Voltron — 3 September, 2008 #
to voltron;
Haha..sabul tu kawan aku.. hahahaa..
Komen oleh alanbest — 3 September, 2008 #
seatea
3 September, 2008, 12:46 am
kepulangan alan bermakna sebab dapat berdating~ =D
haha..
nice one ar t.
aku baru nk komen benda yang sama.
PUAS dan bermakna kerana dpt kluar dating ngn awek..
apa ayat dia kt ko t?
lepas dating macam angau?
hahahha..
kepulangan tahun ni diserikan dengan bunga2,tak seperti kepulangan tahun lalu.
tahniah2~
Komen oleh eZ — 3 September, 2008 #
to ez ngan ct;
Siot..bila plak aku gi dating?sape kata aku angau??mane de.. memandai je korang.. cis cis cis..
Komen oleh alanbest — 3 September, 2008 #
eleh..
nk berdalih plak.
tunjuk bukti kang..
huzil la tu
Komen oleh eZ — 3 September, 2008 #
to easy;
bukti?ape ni??bukti ape??cis..
Komen oleh alanbest — 3 September, 2008 #
weh alan mat blagak
nnti kita upload gambar ayam tgh beraksi nak???
haha..erti kemerdekaan bg ayam
pasai avril lavin tu..aku rasa ok ja dia mai buat konsert kat mesia,maybe salah tarikh ja la kot..btw,aiman tak kesah
Komen oleh amir5656 — 3 September, 2008 #
Ha tepek la kat sini rakan2. AKu nak tengok. Lepastu kita join gelak ramai2. Kekekkeke.
Komen oleh Voltron — 4 September, 2008 #
to amir;
haha.. buleh gak.. pastu upload gmbar ang tgh halau pai kluar bilik.. haha.. lawak gilak.. sasuga presiden rtm
to voltron;
ko asik nk gelakkan orang je.Pe kata ko tepek gmbar ko menari n nyanyi lagu hindustan.. pastu bleh gelak ramai2.. kekekekeke..
Komen oleh alanbest — 4 September, 2008 #
Kakakka. Sory2. Delete ah komen tu. Huhu.
Komen oleh Voltron — 4 September, 2008 #
to voltron;
dah!!
Komen oleh alanbest — 4 September, 2008 #
Hak hak hak. Apsal rahsia sangat? Tu nama alam maya kau ke? Huh sedap pandai kau pilih nama. Tapi tak bleh lawan nama Esah aku.
Komen oleh Voltron — 4 September, 2008 #
kerahsiaan tu identiti.. haha.. baru maco.. tang nama tu,aku mmg berbakat memilih nama yang sesuai.. kang klo ko ada sesapa anak sedara ke tak tau nk letak nama ape.. nnti aku tolong ko.. ko kasi nama sutinah..
Komen oleh alanbest — 4 September, 2008 #
Lizuh tu.. Adakah Elejab? Baru perasan Lizuh punya gaya bahasa sebijik habis dengan Elejab sampai aku hampir pasti mereka adalah orang same. Huhu.
Komen oleh Voltron — 4 September, 2008 #
ade byk bukti..
nak ke?
Komen oleh eZ — 4 September, 2008 #
to easy;
haha..taknak..
Komen oleh alanbest — 4 September, 2008 #
Jawap la soalan sye kat atas tu. Lizuh betul la awak ni.
Komen oleh Voltron — 4 September, 2008 #
Lizuh ~ Huzil
Komen oleh miellza — 4 September, 2008 #
to voltron;
identiti pengomen tu mane la tau.. dia bukan letak alamat ke ape ke.. dia letak emel je..
to miellza;
huh,keterbalikkan~
Komen oleh alanbest — 4 September, 2008 #
Huh kau baru perasan ke pasal Lizuh tu. Hish lembap macam dataran Irrawadi la Huzil ni.
Komen oleh Voltron Hebat — 4 September, 2008 #
jgn gelak ye, huzil tu apa maknanye…
Komen oleh miellza — 4 September, 2008 #
to miellza;
takde makna khusus.. perkataan yg di reka2 dan buleh digunakan bila rasa tak puashati ke bengang ke.. ha gitu..
Komen oleh alanbest — 4 September, 2008 #
Huzil betul la Mielza ni. Kekekekek.
Komen oleh Voltron Hebat — 4 September, 2008 #
esah.. ko jgn menghuzilkan kengkawan aku plak.. hish!huzil la ko ni..
Komen oleh alanbest — 4 September, 2008 #
ooo, bru tau… ko ketawakan aku ye voltron… xpe, xpe… huhuhu…
Komen oleh miellza — 5 September, 2008 #
to ez ngan ct;
Siot..bila plak aku gi dating?sape kata aku angau??mane de.. memandai je korang.. cis cis cis..
haha,alan buat2 taktau…geli haku~
Komen oleh seatea — 7 September, 2008 #
ish.. mmg tak tau ar.. ape ni.. (siot siot siot)
Komen oleh alanbest — 7 September, 2008 #