My Story is History
25 September, 2008 at 1:11 am | In Life, Mari Fikir | 18 CommentsTags: cerita saya, kad raya, misi delila, universiti
1) Dalam keriuhan 61 orang yang saing datang sini buat diploma kat Jepun, negara matahari terbit la konon2.. sekarang tinggal lebih kurang 10 orang je yang tak tetap lagi nk sambung degree dekat mana.. n dalam 10 orang tu.. ada la plak AKU..
Memulakan ekspedisi (camne eja ni??) mencari daigaku start dari Nagaoka Gijutsu Daigaku (8,9 Julai) , pastu Fukui Daigaku (15 Julai) plak.. pastu hampa kali pertama 17 Julai (result nagaoka) pastu hampa kali kedua 25 Julai (result fukui).. Pastu, balik Malaysia barang seketika konon2 release tension padahal mmg rindu nk balik then ambik lagi exam kat Yamagata Daigaku (30 Ogos).Namun, hanya lah sekadar meneruskan siri2 kehampaan pada 19 September (result yamagata).
And then, berbelah bahagi nk ambik Akita Daigaku n Muroran Daigaku ke tak.Tarikh exam 2 Universiti tu jatuh plak dekat dgn tarikh present research untuk separuh masa pertama awal bulan 10 nanti.. Pikir punya pikir.. takpe lah.Aku relakan je la Akita n Muroran berlalu pergi.. Target seterus nya.. Oita Daigaku sekitar bulan 11.Huh!Penat naik ke utara, kita turun la pulak ke selatan.Harap2, ada lah rezki dapat masuk U kat sini..Tak mahu pulang dengan diploma. Hu~ Hu~ Hu~
2) Serba sedikit tentang balik Malaysia aritu. 2minggu yang di isi dengan kegembiraan bersama kengkawan Banting n family.Kuar gi midvalley skali, kuar gi klcc skali.Terharu gak ar buat geng2 yang pulang Banting memenuhkan cuti aku dgn aktiviti bersama korang.Trima kasih~~
Tgk rumah yg dah di renovate, terasa sayu je.. Macam tak caya rumah dah besar.Rezki la.. Tapi sedih plak terkenang abah kata “Rumah dah besar, tapi abah dengan mak kau je duduk sini berdua..” Hoho.. tak tau nk kata apa.Sume adik bradik pun dah besar, masing2 ada haluan cita2 masing2.
Singgah kubur atuk.Sebak tgk kubur.Pulang ke Malaysia hanya untuk menatap kubur.Kubur yg tertanam jasad yg pernah sama2 mewarnai hidup aku.Alfatihah buat atuk.Yang pergi tetap pergi.Kita yg hidup, teruskan lah dengan tabah.. usaha,doa dan tawakal.
Balik ke Jepun semula.Macam biasa la berat nk tinggal kan Malaysia tercinta.Tapi paling sedih, bila aku terlupa nk letak air zam zam dalam beg besar yang masuk kargo.Aku bawak 3 botol.2 aku letak kat beg kecik.Sangkut kat tempat scan beg.Hoh!Burn gitu je 2 botol.Lagi sebotol pon aku tak bawak pegi yamagata masa nk exam.Tinggal kat bilik kohai masa kalut2 nk bertolak dari nagaoka ke yamagata aritu.Macam dah bagi hint plak nk bgtau tak berjaya kat Yamagata.
4) Tgk ultraman tak seorang.. hihi.. tapi kesimpulan yg dapat di buat, Ultraman masa tahun 2006 lagi best ar dari yang baru2 ni.. maybe sbb jalan cite yg dulu best n yg kali ni cam mengarut sikit.Apapun, still puas hati..
5) Baru2 ni, mimpi gigi geraham tertanggal.Besar plak tu gigi tu.Tak macam gigi.Macam hape tah.No comment pasal alamat mimpi tercabut gigi but minta di jauhkan dari segala yang tak menyenangkan hati.Aminn!!
6) Arini kad raya dari Along sampai.. n ari Jumaat aritu sampai gak dari Misi Delila sekeping.Huhu.. 2 2 comel n sangat menggembirakan hati.. Trima kasih la buat yang sudi hantar..Susah2 je.. Sorry ar tak reply.. tahun depan antar la lagi.. huhuhuhu..
Kelas dah nak start.Bingit balik la otak ni dgn macam2 bebanan lepas ni.Akan berbizi la dengan research yang tah hape2 tah.Hal daigaku tak lepas lagi pulak tu.Sabar je la.Mohon di berikan kekuatan dan akhir nya kejayaan.Aminn!!
Update (Khamis,25 September)
Hari ni dapat lagi satu kad raya from UPSI.. huhu.. kaya kad raya plak tahun ni.. tapi pengirim dia mntak pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas plak.. emm.. camne ek..
Macam ada lagi je kad raya menyusul lepas ni.. huhu~ gumbiranya~
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.















