Bernoulli
31 Oktober, 2008 at 11:03 am | In Life, Soal Hati | 16 CommentsTags: bernoulli, halaju, makan, shokudo, tekanan
Update la blog ni even sebenarnye takde bende menarik nk tulis.. Tak tau la knapa akhir2 ni aku terasa malas nk beraktif di internet.. friendster tak tukar pape, gambar tak upload,tak kasi komen kat orang,tapi orang still gak kasi komen kat aku.. time kasih~ Akaun youtube pon tak update lagu baru.. entah la.. kenapa ek.. Kadang2 aku rasa benci hidup depan pc ni.. sejak datang Jepun, hidup berteman kan pc.Ape2 pun pc.Makan, tidur, menguap, garu kaki, ketip kuku.. suma depan pc.Balik kelas penat tahap gaban pun, buka2 pintu je terus on pc.Tapi biasa nya 24jam je ber on pc tu..
Sunyi.Tu la sebab utama hari2 ku berteman kan pc.Masa kat KL dulu, mane de pc kat bilik.. Hidup di kelilingi member2 yg sama2 best.. Tak la di nafikan internet ngan pc jadi penting bila sampai Jepun ni.. tapi tu la.. asik2 pc.. muak gak tapi duk gak mengadap pc sehari-harian.
Terasa gembira plak sejak dari lepas balik dari Malaysia aritu.. Hari2 pun sengih je.. Kene marah ngan sensei kenkyu pun buleh sengih sorang2 5,6 minit lepas kene marah.. Makin banyak bersosial ngan bbudak melayu kat Ube membuat kan aku rasa malas dah nk tegur member2 nihong yg mcm best sgt tu.Tapi bile aku jadi malas, time tu la diorang nk beramah mesra, dan bertegur sapa..
“Azlan, shin neta nai?” {Azlan, takde lawak baru ke?}
“Nai..” {Takde}
“Sokka.Ashita nanka tsukure yo.” {Esok buat la apa2 lawak..}
Setakat nk cakap tu je.. pastu blahh. Tapi berbanggi gak la.. Terasa ada gak bbudak ni nk tegur aku buat lawak bodoh.. Terasa diri ini best plak..
Soal Hati
Teori Bernoulli.. Bila halaju tinggi, tekanan pada kawasan berhalaju tinggi tu akan turun.. Maksudnya, halaju berkadar songsang dengan tekanan.. Simboliknya, dalam satu masa, satu keadaan, satu tempat, susah untuk tumpukan dua benda.. Sama ada tekanan yang akan tinggi, atau halaju.. Mahu atau tidak, salah satu je yg akan tinggi.. So, terpulang kepada orang yg mengaplikasi kan teori ni untuk tentukan mana yang tinggi.. tekanan atau halaju..
Kenapa tinggikan halaju bukan tekanan?? Kenapa tinggikan tekanan bukan halaju?? Kalau kita nk buat kapal terbang, kita kena tinggikan halaju untuk dapat kan tekanan rendah supaya kapal terbang tu boleh terangkat naik.. Tapi kalau kita nak buat rumah, kadang2 kita kena pikir bentuk bumbung rumah supaya tak mengubah angin yg lalu dekat bumbung tu jadi laju sekaligus mengurangkan tekanan dan mmbuatkan bumbung terbang.. lebih2 lagi kalau angin kuat masa ribut..
Situasi, Keadaan, Tempat, dan macam2 lagi faktor boleh pengaruhi pemilihan antara halaju dan tekanan..
Takda siapa yang bersalah.. antara kita, halaju, tekanan mahupun Bernoulli.. Hidup dalam dunia Tuhan ni, tak boleh lari dari lumrah..
Kalau aku salah.. aku minta maaf..
Shokudo
Sejak datang sini, aku memang makan dekat shokudo (dewan makan,kantin) asrama. Makcik tu pakai daging halal.Orang pejabat dulu, dia tak kasi berenti makan kat shokudo sbb dia kata tak adil bagi student Jepun.Tapi bagi plak kitorang masak sndiri sabtu ahad.. So, skarang orang pejabat tu dah tukar orang baru yg nmpak lebih berhati mulia.Dia kasi la berenti shokudo.
Start bulan 11 aku dengan rasminya tak makan kat shokudo dah.So kejap lagi adalah hiru meshi (lunch) merangkap menu terakhir yg akan aku makan dekat shokudo.
Buat makcik2 yang telah bersusah payah,..
hobo 3nen kang, iro iro, osewa ni narimashita!!
Juken
Still tak berputus asa untuk masuk U.Oita Universiti terpaksa dilupakan sbb permohonan nk ke Oita kene ada recommended sensei.. Aritu dah mntak kat sensei tapi dia terpaksa tolak sbb tak memenuhi kelayakan yg dibolehkan di recommend.. Sabar je lah.. Misi seterusnya.. Nagasaki Universiti.. Haa.. msti yang kat Malaysia tu penah dengar kan? Yea~ betul la tu.. tmpat yg kene bom atom dulu.. tapi tu la.. hujung dunia la Nagasaki ni.. tapi apa2 pun, akan ber try dengan sepenuh hati.. Harap2.. ada la rezki kat situ.. Insya Allah..
Gambarimasu~
Penyek
17 Oktober, 2008 at 3:16 am | In Life, Susah Faham | 1 CommentTags: susah hati
Bertensi sungguh malam ni.. terasa jarum saat yang bergerak tu aku tenung satu-satu gerakkan dia.. Lama sungguh malam ni.. Letih. Kesel ( sebutan ; Kedai Selangor , bukan Ikan Kekek Sepah Barang ) orang jawa cakap.Entah kenapa malam ni bila aku tgk blog bebudak lain, ramai gak yang bertensi malam ni.. Lebih-lebih lagi bebudak Yamaguchi..
Runsing fikirkan masa depan yang tak pasti lagi.. bila semangat berkobar-kobar, ada la pulak halangan-halangan datang tetiba.. Dalam hidup ni, hidup kita, bukan kita yang tentukan sorang.Ada juga pengaruh orang lain.Yang bila kita berusaha dan merancang, tapi orang lain kata “Sorry, tak bleh..” maka tak semena-mena, kita pon terpaksa angguk kepala dan ikut kata “Tak pe la, kalau dah tak bleh, nak buat macam mana..” Dan secara tak langsung, kobaran semangat tadi, kita padamkan sendiri..
Salah siapa?? Bukan saat menuding jari mencari penyebab. Tarik nafas dalam-dalam.. sedapkan hati sendiri.. sedapkan hati sendiri.. sedapkan hati sendiri.. Cari kekuatan.. dan kemudian, mula balik dan teruskan langkah kaki yang terhenti tadi..
“Kene tolak, tak semestinya jatuh..”
“Kalau jatuh, tak semestinya tak boleh bangun..”
“Kalau tak boleh bangun, tak semestinya lumpuh..”
“Boleh je berguling-guling..”
“Kalau jatuh,tak bangun,lumpuh??”
“Maybe ada orang hulur tangan, papah kita bawak balik…”
Raya-rayi
2 Oktober, 2008 at 11:23 pm | In Life, Soal Hati | 9 CommentsTags: abah, ain, along, dikna, Family, keluarga, mak, raya, saya
Assalamualaikum..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. (konon2 sebut ramai2 mcm ucapan ramai2 kat dlm tv) .Memula serba salah gak nk letak record ni ke tak nak.. Tapi pikir punya pikir, mungkin ada sesapa yg dgr terasa insaf ke.. so buleh la berkongsi pahala.. Apa-apa pun.. daripada dgr recording ni, bek la buat kerja rumah ke main gitar ke tolong mak sidai kain ke..
Tapi kalau aku rasa ttiba berubah pikiran, kang aku letak password, sbb tak mo ramai orang dgr kang malu plak orang kata aku ngada-ngada ngan mak aku.Haha.. Tapi lantak la.. tu mak aku.
Buat yang jauh di perantauan.. susah payah studi, perit jerih hidup , sunyi siput hari-hari kita kat sini.. Ingat lah, Masih Ada Yang Sayang..
Buat yang di Malaysia, jaga lah family anda.. sayangi lah mereka.. hargailah raya anda.. tolong raya kan untuk kami skali di sini..
Dalam hilai tawa mak, ada sedu yang tersembunyi..
Dalam ceria suara abah, ada sepi yang terasa..
Kalo tak bleh dengar kat situ, korang nk gak dengar, dengar kat sini..
Menyampah plak kat wordpress.Huh!!
Sayonara.. Ram
1 Oktober, 2008 at 3:16 am | In Mari Fikir, Seni, Susah Faham | 3 CommentsTags: insaf, letih, penat, sesal
Datang mu kali ini,
Tidak ku sambut se ada nya,
Kau tak ku usir,
Kau tak ku halau,
Tidak untuk musim ini,
Tapi ku palit contengan hina,
Terhitam dalam episod,
Mencari Laila jauh sekali,
Dan hari ini kau pergi,
Tinggalkan aku dengan kenangan,
Kekesalan mungkin,
Harap kau sudi singgah lagi,
Dalam musim yang menyusul,
Dan ketika itu,
Moga aku bukan lah aku episod ini,
Buatmu,
Untuk kali ini,
Dariku,
Sayonara…
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.









