ShiRoI KoKorO

18 Disember, 2008 at 3:40 pm | In Life, Soal Hati, Susah Faham | 13 Comments
Tags:

MiNgGu PaLiNg MaLaS DaLaM DuniA!!

Minggu ni aku rasakan adalah minggu paling malas dalam dunia.. kot?? Memandangkan kolej akan bercuti start dari 23 Disember sampai la 7 Januari nnti baru la bukak kelas balik, serba serbi minggu ini dibuat dalam keadaan terpaksa..

Hari ni dah hari Khamis.. Aku tak pegi langsung kenkyu sampai hari ni.. Kalo esok pon aku tak pegi, genap lah 5 hari or buleh dikatakan seminggu aku tak pegi kenkyu sbb sekolah 5hari je seminggu..

Apsal tak pegi?? Entah la.. Merajuk ar ngan sensei.. Aritu silap buat kerja sikit, dah kene tengking.. pastu dia cover balik gelak2.. siot ar.. Apa la salah nya ajar aku elok2, memangla aku wat silap yg mungkin tak sepatutnya.. tapi bukan tak leh delete pon.. bukan aku rosakkan pc pon.. bukan aku pi bakar bilik dia pon.. silap copy paste guna excel je pon..

Senin tak pegi, selasa tak pegi gak.. rabu plak tak gi kelas terus sehari sbb tak sihat.. arini khamis.. pon tak pegi gak.. esok jumaat.. kemungkinan tak pegi gak.. Semalam teman sekenkyu, Nobu pun bersms tanya kenapa tak datang.. aku reply kata tak sihat..

Shiroi Kokoro

Bergambar bersama bekas pejuang Bahasa Jepun.. tah sape tah nama dia.. gambar di tangkap masa pegi lawatan pelajar foreign ke shikoku

Ok, sebelum sesapa kutuk.. korang pk la dulu, dan beranggapan lah bahawa korang tak tau apa yang aku rasa.. Tak lah gembira mana sebenarnya berstudi kat Jepun ni ha.. lagi-lagi hidup keliling masyarakat Jepun budak-budak.

Kita duduk atas kerusi biru.Depan kita ada kerusi merah.Kita pun kata dalam hati, “Oh.. kerusi merah itu cantik.” Semua orang pun kata kerusi merah tu cantik.. Tetiba kita dapat peluang duduk kat kerusi merah tu.Rupanya kerusi merah tu tak best.Keras.Sakit punggung.Tak sedap.Tapi orang kat kerusi biru sume kata.. “Best la ko dapat duduk kerusi merah..” Kita pun balas.. “Tak de la best mana..”

Menyesal?? Tak!!Tak sama sekali..

Ahh.. dah la.. merungut sorang-sorang..

Biasa la hidup.. ada masam, ada manis nya.. hari ni masam, esok manis.. kot?? tak esok, lusa.. tak lusa, tulat.. tulat pun takde, dah lepas la tu manis.. dia datang manis dulu kot baru masam..

*kenkyu=research

Dilindungi: Tah iDung

16 Disember, 2008 at 11:28 pm | In Bergelak Kah?, Life, Mari Fikir | Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen
Tags: , ,

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


Pem impi

5 Disember, 2008 at 2:21 am | In Life, Seni, Susah Faham | 4 Comments
Tags: , , ,

Bangunlah! Kejar mimpi mu!!

Lusuh mana pembaringan itu..

Hapak mana bantal itu..

Biar kan, jelek tenungan mereka..

Biar kan, robek kata mereka..

Hanya kau yang mengerti..

Kerna kau yang disitu..

Kerna ia mimpimu..

Bangunlah, Kejar mimpimu!!

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.