Selamat Jadi

27 Jun, 2009 at 12:00 am | In Uncategorized | 3 Comments

筆箱さん、

今日、お誕生日、誠におめでとうございます。あっという間に24歳になりましたよね。最近、お互いに忙しくて、なかなか過ごす時間がなくて、本当に、申し訳ございません。

今日から、あなたが新しい年で、人生を感じていきます。色々な新しいことがやってくるから、焦らないで前へ向かって、自信を持って、歩んでください。

苦しんだら、回りの人たちがきっと、いるから、心強く、頑張りなさい。喜んだら、神様にありがとうを忘れないでください。

僕と今までも我慢しておいて、有難うございます。また、いつか、僕に何かできることがあれば、えんりょなく、言ってくだださい。

24歳、お誕生日、おめでとうございます。

カラス より

Abah

22 Jun, 2009 at 1:06 am | In Life | 8 Comments
saya dan abah

saya dan abah

Zaman kanak-kanak dulu, abah garang..

Penah satu time, abah penah marah aku, sebab tulis nombor “9″, macam huruf “a” , abah mengamuk betul time tu, dia suruh aku tulis no 9 dalam buku conteng.. tulis betul-betul.. sampai dah nak separuh buku tu.. nangis-nangis aku masa tu.. ye la budak kecik, sekolah rendah lagi..

Esok tu aku demam.. mak marah abah, salahkan abah sebab marah aku sampai demam.. huhu.. tapi tu dulu.. masa abah muda-muda.. biasa la tu..

Tapi abah tak penah pukul aku..

Ada satu time tu, masa makan nasi, aku tercekik tulang ikan.Sejak tu, aku jadi fobia makan ikan.Abah tak mahu aku jadi takut makan ikan, tiap-tiap kali makan, dia cubitkan ikan, pastikan takde tulang, then letak kat pinggan aku..

Ada satu time tu, aku makan nasi sampai tak boleh nak bangun.Bersandar je sbb kenyang sangat.Abah pun bangun ambik senduk kat dapur, dia urut-urut blakang aku.”Satu kasi atuk.. satu kasi nenek..” kata abah.. Entah petua Jawa mana la saya tak tau.. pastu elok la buleh sendawa..

Ada satu time tu, motor abah tak boleh start.Abah cuba-cuba start kat luar rumah.Lepas tu dia keluar ngan mak.Tinggal aku sorang kat rumah.Abah lupa nak tarik kunci kat motor.So aku pon try start.Buleh plak.. Aku yang tak tau naik motor lagi masa tu, gi masuk gear, pastu pulas kuat-kuat.

Motor tu terus jalan langgar pasu bunga kat luar rumah.. time tu petang, sume orang tengah rehat-rehat kat luar rumah.Jiran ramai-ramai datang tolong angkat motor.Nasib baik tak masuk parit.Motor abah pecah lampu signel ngan ada rosak2 lagi ape tah.

Aku lari nyorok dalam bilik air.Bila abah balik, dia dapat tau dari jiran.Dia terus marah aku.Tapi abah nak nangis masa marah tu.Tak lama lepas tu, abah jual motor tu.Motor yang ada kenangan lama dengan dia, motor yang dia bawak pegi kerja sekian lama.Tapi abah kata, “Sebab motor ni anak aku jatuh..”

Hari ini, abah dah pencen.Abah dah duduk rumah tiap-tiap hari.Dah ada tanda-tanda tua kat muka abah.Mungkin hari ni abah boleh senyum tengok anak-anak dia jadi manusia yang elok.Tapi suma tu tak akan berhasil kalau abah tak usaha gigih masa dulu.

Dalam gelak tawa abah hari-hari, ada tanda kerut di wajah nya yang bagitau, membesarkan anak-anak perlu kan perit jerih dan pengorbanan..

Buat abah,

Selamat Hari Bapa.

Lesu

11 Jun, 2009 at 12:33 am | In Life, es_ei_sa | 5 Comments

Kehidupan akhir-akhir ini..

1) Bergerak

Jadual kehidupan berubah.Tak sama dengan yang di Jepun dulu, dan masa belum bekerja, masa menganggur 2,3 minggu lepas balik ke Malaysia.

Hari-hari bangun, mandi n pergi kerja sekitar pukul 7:40 am, target sampai sebelum 7:50 am sbb ada semacam meeting kecil pagi2 pukul 7:50 am.Tak datang meeting pun tak pe tapi bersegan la kalo tak datang or datang lambat, nnti boss jeling-jeling.Masuk kerja sebetul nya / slot card kene buat sebelum pukul 8:00 am.

Aku pegi kerja naik motor je.Huhu.. Kalo orang tanya kenapa, aku jawab sebab jem, memang la alasan nya jem tapi alasan lain, sebab takde kereta.Huhu lagi.. Kenapa tak beli kereta? Belum mampu la nak bayar bulanan.. down payment lagi.. dengan nak save duit bulan2 lagi.. nanti la dulu bila ada rezeki..

Kenapa tak bawak balik kereta dari Jepun? Entah la.. Aku rasa kalau ada keinginan nak bawak balik kereta dari Jepun, korang kena la ada cukup modal untuk segala urusan dari jepun sehingga la kereta tu lepas JPJ kat Malaysia nanti.Untuk itu, saving masa kat Jepun amatlah penting.Kalo tak saving, kurang kena la mempunya duit di Malaysia. Mungkin ada yang kata apsal tak pinjam pakcik makcik ke? Jawapan nya masih sama.. Entah la.. saya tak suka pinjam-pinjam ni kalau boleh.Rasa macam menyusahkan orang.Hu Hu Hu..

2) Penat

Buat  masa ni, Hirose balik pukul 5:00 pm.Dulu sebelum gawat balik pukul 5:30 pm.Tapi buleh OT, syarat nya paling kurang 2 jam, so sampai pukul 7:00 pm la.Dan dalam setiap bulan, biasa nya memang akan ada satu hari Sabtu yang wajib bekerja.Aku ni bukan la suka sangat OT, sebab penat.Dapat pun tak la banyak mana 2 jam, tapi ye la, rezki kena la cari.Tapi biasa nya, buat masa sekarang ni, aku kadang-kadang OT sbb tolong-tolong orang lain buat kerja, sebab diri sendiri tak berapa nak ada kerja.So tolong la diorang..

Tapi nanti, bila dah ada kerja, aku akan OT sbb buat kerja aku pulak.Hu Hu Hu.. Time jadi student, slalu gembira bila kelas takde, or hari khamis sbb balik pukul 3:00 pm. Balik-balik je terus tido petang, bangun makan malam nanti. Tapi sekarang, kalau balik pukul 7:00 pm, mmg rasa tak larat buat apa.

3) Toubang

Rumah kitorang ni, kitorang duduk berlima.Rumah teres 2 tingkat.Dalam kalangan kitorang ber empat (yang sorang lagi tu mcm tak offer diri) , kitorang ada giliran masak malam.So, kalo hari tu kene giliran ko, tak la di galak kan ber OT. Tapi ok la, buleh la jimat sikit.

Lepas makan, biasa nya kitorang akan duduk-duduk tgk tv.. rasa mcm dah penat tgk tv, aku akan naik atas, (bilik aku tingkat 2) untuk mandi.Lepas mandi, akan turun lagi tengok tv lagi, muvie ke hape.Time tu mmg biasa nya tgk 20 minit je paling kuat pun, kalau ada cerita best, lama la sikit. Lepas tu, aku naik, untuk termenung.. dah tak larat nak buat apa.. Time ni la aku nak lepak2 depan pc.. men2 tenet..

4) Tensi

Bila kita penat, kita akan senang nak marah.Tenaga untuk bersabar akan susut.Lagi-lagi, kalau kat office tadi bertensi. Kadang-kandang, bila balik kerja penat-penat, ada prob lain pulak datang.. tak kesah la apa-apa pun, sakit perut ke.. itu rusak la ini rusak la.. tak buleh bukak pintu sbb kunci ketat la.. Memang masa tu, rasa nak nangis.. nak meleleh air mata..

Ni aku belum start kerja betul-betul.. Still ada Mat Daus buat kerja, aku tolong-tolong je, kang lepas ni Mat Daus dah serah semua kat aku, mau aku gigit pintu rumah tu hari-hari ke apa.

5) Distance

Memang lumrah, bila jauh.P Ramlee kata, lidah yang dalam mulut tu, yang rapat dengan gigi pun, buleh kene gigit, apa lagi yang jauh.. yang tak dapat tengok hari-hari. Bukan taknak.. tapi tu la.. macam-macam alasan ada..

Ramai geng-geng kat kilang yang dah kawin.Bila tanya diorang,

Ko takde gaduh-gaduh ke dengan bini ko??

Diorang nanti jawab,

Biasa la tu, nanti ko kawin ko tau la..

Kita pun tanya balik,

Tak tension ke gitu..

Dan dia buat kita senyum bila dia kata..

Kau bayang kan.. kau penat-penat kerja, lepas tu kau balik maghrib-maghrib, sampai rumah, kau bukak pintu, anak kau ada kat situ gelak-gelak panggil kau  ” Ayah..”

Kau akan rasa, penat-penat kau sampai pukul 7 tadi tu hilang.. terbang.. melayang..

Kita pun senyum la sorang2.. berangan2..

Tapi lepas 2,3 saat, kau tak jadi senyum.. sebab kau baru perasan kau tak kawin lagi.. kau pun tak de anak nak panggil kau “Ayah..” cam member kau..

Tapi ada gak la bantal2 peluk ngan ultraman atas katil tunggu.. jadilah~~

6) Tawakal

Ya Allah,  berilah aku ketenangan, ketabahan, kekuatan, kesabaran dalam menempuh ujian, cabaran dan kehidupan yang engkau telah tentukan hujung nya. Tetapkan lah hatiku.. imanku.. dan berilah aku hidayah mu agar dalam perjalanan ini, aku di temani cahayamu, moga aku berjaya dalam segalanya..

Amin..

Glosari

Touban = Giliran

Dilindungi: Dikir Barat

7 Jun, 2009 at 9:55 pm | In Uncategorized | Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


Aka Iro no Fude Bako

1 Jun, 2009 at 2:29 am | In Mari Fikir, Soal Hati, Susah Faham, es_ei_sa | 12 Comments

Katakan lah saya seorang budak sekolah rendah.

Ya, saya pernah jadi budak sekolah rendah.Pensel, adalah nadi utama sebagai budak sekolah rendah.Tanpa pensel, budak sekolah rendah tak boleh menulis.

Pensel di simpan dalam bekas pensel.Saya ada sebuah bekas pensel.Bekas pensel saya warna merah.Saya suka warna merah.Saya sayang bekas pensel saya.Hari-hari saya bawa bekas pensel saya ke sekolah.Saya jaga elok-elok.. Saya simpan alat-alat tulis saya dalam bekas pensel saya.Termasuk pensel, nadi utama saya sebagai budak sekolah rendah.

Bekas pensel tak pernah lalai menjaga pensel saya.Ada ketika nya, tanpa sengaja, saya terjatuhkan bekas pensel saya.Tapi pensel saya tak pernah rosak.Semua disebabkan bekas pensel yang bagus.

Sekarang, saya bukan lagi pelajar sekolah rendah.Saya sudah bekerja.Saya dah tinggalkan dunia sekolah rendah.Namun, bekas pensel kesayangan masih setia menjaga pensel saya.Dari dulu hingga sekarang, apa yang saya simpan dalam bekas pensel, tak pernah rosak.Tapi, macam mana agak nya bekas pensel merah saya. Adakah dia rosak di dalam walaupun luaran nya elok?

Entah la, kesian bekas pensel saya.Dah beberapa kali dia jatuh.Tapi dia masih menyimpan pensel saya dengan elok.Saya tak buat apa-apa pun untuk bekas pensel saya yang setia menjaga pensel saya.

Saya harap, pensel saya takkan rosak bersama bekas pensel merah kesayangan saya.Biar lah dia menjadi satu-satu nya bekas pensel saya.Sampai bila-bila..

Akai Iro no Ude Bako

Aka Iro no Fude Bako

Glosari

1)  Aka Iro no Fude Bako :  Pensel Box berwarna merah

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.