Lesu

11 Jun, 2009 at 12:33 am | In Life, es_ei_sa | 5 Comments

Kehidupan akhir-akhir ini..

1) Bergerak

Jadual kehidupan berubah.Tak sama dengan yang di Jepun dulu, dan masa belum bekerja, masa menganggur 2,3 minggu lepas balik ke Malaysia.

Hari-hari bangun, mandi n pergi kerja sekitar pukul 7:40 am, target sampai sebelum 7:50 am sbb ada semacam meeting kecil pagi2 pukul 7:50 am.Tak datang meeting pun tak pe tapi bersegan la kalo tak datang or datang lambat, nnti boss jeling-jeling.Masuk kerja sebetul nya / slot card kene buat sebelum pukul 8:00 am.

Aku pegi kerja naik motor je.Huhu.. Kalo orang tanya kenapa, aku jawab sebab jem, memang la alasan nya jem tapi alasan lain, sebab takde kereta.Huhu lagi.. Kenapa tak beli kereta? Belum mampu la nak bayar bulanan.. down payment lagi.. dengan nak save duit bulan2 lagi.. nanti la dulu bila ada rezeki..

Kenapa tak bawak balik kereta dari Jepun? Entah la.. Aku rasa kalau ada keinginan nak bawak balik kereta dari Jepun, korang kena la ada cukup modal untuk segala urusan dari jepun sehingga la kereta tu lepas JPJ kat Malaysia nanti.Untuk itu, saving masa kat Jepun amatlah penting.Kalo tak saving, kurang kena la mempunya duit di Malaysia. Mungkin ada yang kata apsal tak pinjam pakcik makcik ke? Jawapan nya masih sama.. Entah la.. saya tak suka pinjam-pinjam ni kalau boleh.Rasa macam menyusahkan orang.Hu Hu Hu..

2) Penat

Buat  masa ni, Hirose balik pukul 5:00 pm.Dulu sebelum gawat balik pukul 5:30 pm.Tapi buleh OT, syarat nya paling kurang 2 jam, so sampai pukul 7:00 pm la.Dan dalam setiap bulan, biasa nya memang akan ada satu hari Sabtu yang wajib bekerja.Aku ni bukan la suka sangat OT, sebab penat.Dapat pun tak la banyak mana 2 jam, tapi ye la, rezki kena la cari.Tapi biasa nya, buat masa sekarang ni, aku kadang-kadang OT sbb tolong-tolong orang lain buat kerja, sebab diri sendiri tak berapa nak ada kerja.So tolong la diorang..

Tapi nanti, bila dah ada kerja, aku akan OT sbb buat kerja aku pulak.Hu Hu Hu.. Time jadi student, slalu gembira bila kelas takde, or hari khamis sbb balik pukul 3:00 pm. Balik-balik je terus tido petang, bangun makan malam nanti. Tapi sekarang, kalau balik pukul 7:00 pm, mmg rasa tak larat buat apa.

3) Toubang

Rumah kitorang ni, kitorang duduk berlima.Rumah teres 2 tingkat.Dalam kalangan kitorang ber empat (yang sorang lagi tu mcm tak offer diri) , kitorang ada giliran masak malam.So, kalo hari tu kene giliran ko, tak la di galak kan ber OT. Tapi ok la, buleh la jimat sikit.

Lepas makan, biasa nya kitorang akan duduk-duduk tgk tv.. rasa mcm dah penat tgk tv, aku akan naik atas, (bilik aku tingkat 2) untuk mandi.Lepas mandi, akan turun lagi tengok tv lagi, muvie ke hape.Time tu mmg biasa nya tgk 20 minit je paling kuat pun, kalau ada cerita best, lama la sikit. Lepas tu, aku naik, untuk termenung.. dah tak larat nak buat apa.. Time ni la aku nak lepak2 depan pc.. men2 tenet..

4) Tensi

Bila kita penat, kita akan senang nak marah.Tenaga untuk bersabar akan susut.Lagi-lagi, kalau kat office tadi bertensi. Kadang-kandang, bila balik kerja penat-penat, ada prob lain pulak datang.. tak kesah la apa-apa pun, sakit perut ke.. itu rusak la ini rusak la.. tak buleh bukak pintu sbb kunci ketat la.. Memang masa tu, rasa nak nangis.. nak meleleh air mata..

Ni aku belum start kerja betul-betul.. Still ada Mat Daus buat kerja, aku tolong-tolong je, kang lepas ni Mat Daus dah serah semua kat aku, mau aku gigit pintu rumah tu hari-hari ke apa.

5) Distance

Memang lumrah, bila jauh.P Ramlee kata, lidah yang dalam mulut tu, yang rapat dengan gigi pun, buleh kene gigit, apa lagi yang jauh.. yang tak dapat tengok hari-hari. Bukan taknak.. tapi tu la.. macam-macam alasan ada..

Ramai geng-geng kat kilang yang dah kawin.Bila tanya diorang,

Ko takde gaduh-gaduh ke dengan bini ko??

Diorang nanti jawab,

Biasa la tu, nanti ko kawin ko tau la..

Kita pun tanya balik,

Tak tension ke gitu..

Dan dia buat kita senyum bila dia kata..

Kau bayang kan.. kau penat-penat kerja, lepas tu kau balik maghrib-maghrib, sampai rumah, kau bukak pintu, anak kau ada kat situ gelak-gelak panggil kau  ” Ayah..”

Kau akan rasa, penat-penat kau sampai pukul 7 tadi tu hilang.. terbang.. melayang..

Kita pun senyum la sorang2.. berangan2..

Tapi lepas 2,3 saat, kau tak jadi senyum.. sebab kau baru perasan kau tak kawin lagi.. kau pun tak de anak nak panggil kau “Ayah..” cam member kau..

Tapi ada gak la bantal2 peluk ngan ultraman atas katil tunggu.. jadilah~~

6) Tawakal

Ya Allah,  berilah aku ketenangan, ketabahan, kekuatan, kesabaran dalam menempuh ujian, cabaran dan kehidupan yang engkau telah tentukan hujung nya. Tetapkan lah hatiku.. imanku.. dan berilah aku hidayah mu agar dalam perjalanan ini, aku di temani cahayamu, moga aku berjaya dalam segalanya..

Amin..

Glosari

Touban = Giliran

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.