Abah
22 Jun, 2009 at 1:06 am | In Life | 8 Comments
saya dan abah
Zaman kanak-kanak dulu, abah garang..
Penah satu time, abah penah marah aku, sebab tulis nombor “9″, macam huruf “a” , abah mengamuk betul time tu, dia suruh aku tulis no 9 dalam buku conteng.. tulis betul-betul.. sampai dah nak separuh buku tu.. nangis-nangis aku masa tu.. ye la budak kecik, sekolah rendah lagi..
Esok tu aku demam.. mak marah abah, salahkan abah sebab marah aku sampai demam.. huhu.. tapi tu dulu.. masa abah muda-muda.. biasa la tu..
Tapi abah tak penah pukul aku..
Ada satu time tu, masa makan nasi, aku tercekik tulang ikan.Sejak tu, aku jadi fobia makan ikan.Abah tak mahu aku jadi takut makan ikan, tiap-tiap kali makan, dia cubitkan ikan, pastikan takde tulang, then letak kat pinggan aku..
Ada satu time tu, aku makan nasi sampai tak boleh nak bangun.Bersandar je sbb kenyang sangat.Abah pun bangun ambik senduk kat dapur, dia urut-urut blakang aku.”Satu kasi atuk.. satu kasi nenek..” kata abah.. Entah petua Jawa mana la saya tak tau.. pastu elok la buleh sendawa..
Ada satu time tu, motor abah tak boleh start.Abah cuba-cuba start kat luar rumah.Lepas tu dia keluar ngan mak.Tinggal aku sorang kat rumah.Abah lupa nak tarik kunci kat motor.So aku pon try start.Buleh plak.. Aku yang tak tau naik motor lagi masa tu, gi masuk gear, pastu pulas kuat-kuat.
Motor tu terus jalan langgar pasu bunga kat luar rumah.. time tu petang, sume orang tengah rehat-rehat kat luar rumah.Jiran ramai-ramai datang tolong angkat motor.Nasib baik tak masuk parit.Motor abah pecah lampu signel ngan ada rosak2 lagi ape tah.
Aku lari nyorok dalam bilik air.Bila abah balik, dia dapat tau dari jiran.Dia terus marah aku.Tapi abah nak nangis masa marah tu.Tak lama lepas tu, abah jual motor tu.Motor yang ada kenangan lama dengan dia, motor yang dia bawak pegi kerja sekian lama.Tapi abah kata, “Sebab motor ni anak aku jatuh..”
Hari ini, abah dah pencen.Abah dah duduk rumah tiap-tiap hari.Dah ada tanda-tanda tua kat muka abah.Mungkin hari ni abah boleh senyum tengok anak-anak dia jadi manusia yang elok.Tapi suma tu tak akan berhasil kalau abah tak usaha gigih masa dulu.
Dalam gelak tawa abah hari-hari, ada tanda kerut di wajah nya yang bagitau, membesarkan anak-anak perlu kan perit jerih dan pengorbanan..
Buat abah,
Selamat Hari Bapa.
8 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.




Fudebako likes this. (Style facebook)
Komen oleh Fudebako — 22 Jun, 2009 #
Aku ingat abah hang amik senduk tu nak katuk kepala. Sebab makan sampai takleh bangun. Rupanya nak urut belakang. Satu kasi atuk, satu kasi nenek. Ko tak cuba tanya ke sebab apa dia cakap lagutu? Rasa macam ada maksud mendalam pulak.
Komen oleh batuterang — 22 Jun, 2009 #
Salam bro.
Walaupun style penulisan yang agak bersahaja tapi makne disebalik tu amat mendalam. Waktu kecik2 kite xfaham, tapi parents kite wat sume tu utk kebaikan kite pada mase depan kn.
Wahai incik Alan, balasla jasa dorang ye.hehe.
Tu r ko alan, pas kena marah sampai demam2.mmg manje. tapi disebabkan latihan tu, tulisan ko skang ni agak dah boley dibaca r. bagus2. teruskan latihan tu.hehe.
Komen oleh The Dreamer — 22 Jun, 2009 #
fudebako ; huh, gitu plak..tiru style facebook
batuterang ; entah, tak tanya plak.. tapi bapak aku kata tu petua orang
Jawa.Entah, ada maksud mendalam ek?? hu hu hu
The Dreamer ; Ha ha ha.. ko ingat tulisan aku buruk ka apa.. aku rasa
tulisan ko ar paling buruk masa kat PPKTJ dulu.. ha ha ha
Komen oleh alanbest — 22 Jun, 2009 #
Saya sayang abah saya..
Hoho.
Komen oleh izzie — 23 Jun, 2009 #
akak cerita kat abang farid pasal petua sendawa iaitu urut belakang dengan senduk, dia ketawa…akak lagilah gelak bagai nak rak..setahu akak orang jawa, tak pernah lak dengar petua jawa camnih..anyway, selamat hari abah kat abah ya!:)
Komen oleh hanny — 25 Jun, 2009 #
Kak Hanny ; Eh, ye ke takde.. petua bapak saya cipta sendiri la kot.. tapi kenapa guna senduk.. entah la.. tak paham la.. ni Jawa mane tah tak tau.. hu hu hu..
Komen oleh alanbest — 26 Jun, 2009 #
Tak lama lepas tu, abah jual motor tu.Motor yang ada kenangan lama dengan dia, motor yang dia bawak pegi kerja sekian lama.Tapi abah kata, “Sebab motor ni anak aku jatuh..”
kandou2..
Komen oleh AsadulQalb — 26 Jun, 2009 #