Senja Ahad

19 Julai, 2009 at 9:42 pm | In Life, Nihong Bye2 | 4 Comments

Esok kerja..  Minggu depan ari sabtu kerja..

Teringat lak last day dekat Tokuyama..

Hari tu kene kosong kan bilik, lepas tu pegi ke Ube, lepak sana sampai la malam 29 Mac, naik bas dengan Lupang n Kreng, ke Kansai Airport, dan bertolak pulang ke Malaysia ke esokkan nya..

Sebelum balik, sempat la jumpa guru kelas, Ike Chan, Sensei Research, Halima n Pakcik Hostel, Kanemoto San..

Pemandangan dari Kosen

Pemandangan dari Kosen

Antara view yang tercantik penah tengok

Antara view yang tercantik penah tengok

dari pintu depan kosen

dari pintu depan kosen

Hostel

Hostel

Sayonara Tokuyama

Sayonara Tokuyama

Sekali lagi lagu kat bawah ni takde kaitan apa2.. Cuma masa tulis post ni aku dengar lagu ni.. tapi ada kaitan sikit-sikit kot.. hu hu hu..

Exec

17 Julai, 2009 at 10:32 pm | In Life, Mari Fikir, Soal Hati | 16 Comments

17 Julai 2009,

Jumaat,

8:57pm (waktu tempatan)

Shah Alam,

Baru balik dari kerja.Berpenat…

Betul la kata sesetengah manusia, alam kerja memang tak sama dengan alam belajar. Ada yang kata alam belajar senang dari alam kerja.Tapi pada aku la, aku tak rasa belajar tu senang.Kalau ada orang suruh terus terang, aku buleh kata, aku grad kat Jepun adalah atas dasar kasihan sensei-sensei kat sana.Tapi memanglah bukan nya aku tak usaha langsung.Tapi sikit sangat.

Hari ni, macam biasa, tak la tensi sangat kerja.Tapi takde la sampai tak tensi langsung.Cuma time nak balik tadi, ada something yang buat aku rasa terguris sikit.

Aku kerja kilang. Ha ha ha.Mamat kilang rupanya aku ni.Ha ha ha lagi skali, Ha ha ha. Ada satu proses kat kilang tu, yang kitorang kat kilang panggil sebagai, overpack.Proses ni adalah memasukkan kotak-kotak yang kecil ke dalam kotak-kotak yang lebih besar.Kotak besar tu takde la besar sangat , dalam ukuran maybe 100 cm x 100 cm x 70 cm. Satu kotak tu buleh isi dalam 4 kotak kecil.Then selotep kotak tu, tampal label, n masukkan dalam lori.Tak mau la cerita panjang-panjang.

Aku officer kat production control.Kira executive la..tapi gaji tak la besar, cukup la makan mee goreng. Tadi aku buat over pack, join budak-budak cleark yang buat pack, sebab aku rasa macam tak cukup orang, and nanti lagi lmbat kalo yang buat tu sikit orang je.

Pastu ada sorang tegur, budak department lain, “Ko pon buat kerja ni??Ko dok la depan pc ko..”

Ok, disini, saya terasa hati.. ha ha ha..

Budak tu memang biasa dengan aku.Tapi tu la..Aku tak salah kan dia pun.Akhir-akhir ni, aku dah terasa tak best nak buat overpack.Padahal dulu masa mula2 masuk kerja, tu la kerja aku hari-hari.

Executive dengan pekerja biasa ada jurang.

Hakikat tu memang wujud.Tapi tu la.Seronok bila berkawan dengan worker.Ceria.Gelak-gelak.

Kalo tgk muka exec macam Manager, Assistant Manager.. Kadang-kadang je sengih.Pastu nk buat lawak pon tak berapa nak buleh..

Ye la, takkan ko nak gi kat Assistant Manager, pastu ko cucuk-cucuk tepi perut dia sambil kata, “Boss, boroi la perut U.. Ha ha ha..”

Tapi bila baik dengan worker, tapi kita di kedudukan exec, adalah sesuatu yang tidak kene..

Bila hari-hari kau gelak-gelak dengan worker, satu hari kau kata kat worker   ” Bedah,  Tolong fotostat kan kertas ni..” then bedah akan jawab, “Kejap ye, saya buat benda ni kejap.. kejap lagi saya fotostat..” dan kesudahan nya, bedah lupa fotostat..

Kalau exec yang serius setiap hari kata kat bedah camtu, bedah akan senyap dan ambil kertas tu lalu ke mesin fotostat.

Itu bezanya.

Exec atau leader akan tekan orang bawah dengan kerja dan macam-macam benda, tanpa memikirkan perkataan “kasihan”, “penat”, “tak ikut turutan” dan sebagai nya.Kalau kita baik orang bawahan, kita akan dengar keluhan diorang dan kutukan diorang terhadap golongan exec.

Hakikatnya, tanpa tekanan exec ni, kerja takkan jadi lancar..

Sebab tu lah, aku kadang-kadang percaya dengan kata-kata..

Tak boleh baik sangat dengan orang bawahan..

Bila fikir-fikir, baru lah terasa, manusia ni tak perfect.Sampai bila pun, kita tak mampu nk puaskan hati semua orang, even kita try sungguh-sungguh.. Last-last, hati sendiri jadi korban, hati sendiri yang tak puas..

Cukup lah untuk kali ini.

Kita jumpa lagi di lain hari..

Assalamualaikum..

Lagu dibawah tiada kaitan apa-apa.Cuma masa menulis post ni, aku dengar lagu ni.

Natsukashi

5 Julai, 2009 at 10:09 pm | In Bergelak Kah?, Life | 9 Comments

Gaduh

Jumaat lepas, gaduh ngan assistant manager..

Aku tak suka sebenarnya gaduh-gaduh ni, tapi panas plak bila dipersalah kan atas perkara yang rasa nya bukan salah aku.

Tapi ye la kan, production control ni kene berurusan dengan manusia hari-hari.Manusia plak ada perasaan, hati, akal, nafsu.. ha, macam-macam la karenah nya.. Kalo kerja dengan mesin, mesin tu ikut program kita, kita kata A, mesin pon A lah.. kita kata B, mesin pon, B lah~  tapi ye la, mesin pon kadang2 rosak gak.. tapi biasa nya, mesin tak lah lari dari ape yang kita nak..

Tak syok la bila bermasam muka ngan orang yang kita akan jumpa selalu.Tapi ramai yang kata, kerja memang gitu.Hari ni gaduh, esok gelak-gelak.Huhu, entah la.

Natsukashi

Natsukashi adalah perkataan adjektif dalam bahasa Jepun yang bermaksud, perasan yang kita rasa bila teringat atau terjumpa benda or something yang kita dah lama tak buat.. atau.. apa-apalah yang dah lama tak buat ke.. entah ar.. tak kisah la, asalkan kata kerja..

Tadi pegi men badminton kat Dewan Semarak, Kanchong Darat, Banting.Kanchong ni, buat pengetahuan sape yang tak tau, adalah kampung Haji Sidek, yang anak dia Misbun, Rashid n tah ada la lagi tak nak sebut ramai-ramai nanti penat.Kitorang yang duduk pekan banting ni, memang kampung sebelah ngan kanchong ni.

Teringat cerita masa dulu-dulu, men badminton kat dewan tu, sekitar sekolah zaman awal sekolah menengah..

Ada sekali tu, kitorang pegi ber lima.. aku,padil,che nash,azli(bukan nama sebenar) ngan abu(bukan nama sebenar).Naik 2 motor, aku ngan padil, abu ngan azli, nash sorang.Oh,silap.3 motor rupanya.

Di pendekkan cerita, masa balik, lepas abis main badminton tu, kitorang pon bercadang nak singgah kedai runcit kat ujung jalan sambil beli air tin, minum sekejap.. So, abu ngan azli, nash pon jalan dulu.. tunggu la kat kedai ujung tu..

Tapi yang pelik nya, aku ngan padil, nash sampai dulu.Persoalan nya, mana abu dan azli. Ooo..rupanya diorang lambat sikit.Kat sini persoalan lagi skali, apsal lambat sikit.. Haa..belum terjawab lagi..

Bila abu sampai, dia pon masuk kedai beli air.Time abu dalam kedai tu, tiba-tiba ada 2 orang brother datang.Nek motor rxz.kaler merah.2 motor.

Mane budak tadi!!

Brother tu jerit. Aku ngan padil tertanya-tanya sambil seram.Eh,apa kena brother ni.

Pastu, brother tu pegi kat motor abu, dia ambik plat motor dalam bakul tu pastu.. PAK!! dia patahkan plat tu kat handle motor..pastu dia campak kat semak tepi kedai tu.

Huh!Agak ganas disitu.. Tak semena-mena, abu pun keluar dari kedai dengan satu tin air di tangan.Kalo tak silap.Muka blur.

Kau datang kampung orang, jangan nak buat kurang ajar!!

Jaga sikit mulut ko!!

Time tu brother tu ditenangkan oleh member dia lagi sorang.Member dia pon kata kat abu,ntah tak ingat apa dia kata, tapi dia cam bagi nasihat elok2 ar.Tanpa ada unsur tengkingan.

Time tu nash dah cabut dulu dah.Pastu abu pon terus blahh tanpa ambik balik plat motor dia.Tapi yang paling cool, Aku ngan Padil.Lek je kitorang minum air tin dekat depan kedai tu sambil tgk adegan dramatik atas motor tanpa mengetahui punca sebenar terjadi pergaduhan.

Tak sampai seminit lepas abu blah, brother tu tengking aku ngan padil plak,

Ko nak aku patahkan reket korang plak!!

Aku ngan Padil pon,

oklah-oklah..kitorang blahh..

tapi cakap dalam hati ar..

Masa balik tu, tejumpa Abu ngan azli ngan nash tengah gelak-gelak.. Abu pun cerita la..

Abu kata, masa tadi tengah dalam perjalanan nak balik.. tiba-tiba plat motor dia tejatuh tak pasal-pasal depan rumah sorang brother tu.Pastu abu pun patah balik nak ambil plat tu.Time tu dia tgk brother tu tgh pegang-pegang plat tu. Dia cakap kat abu,

Dah kaya sangat ke dik, buang-buang plat?

Abu pun macam diam.Tak tau nak kata apa.

Tapi yang geli nya, lepas ambik plat motor tu, lepas dah jauh sikit, Abu pandang belakang, pastu jerit

Tak lawak!!

Kat sini, mungkin pembaca pelik.Kenapa Abu begitu.Haa~~ tu la.Dia memang geli.Perkataan tak lawak tu masa tu memang tengah popular ar..menjadi siulan anak-anak muda ke mana sahaja. Ha ha ha..

Pastu brother tu cam tersilap dengar aku agak.Sebab tu ar dia kejar abu.Aku fikir, dia ingat Abu mencarut kot.Hu hu.. tak tau ar..

Lepas abis kisah tu, kitorang still datang lagi main badminton kat Dewan tu, even brother tu ada cakap, kalo dia nampak muka kitorang lagi, abis la kitorang.Hu hu hu..

Tapi sebab kitorang ganas, kitorang tak kesah.Ha ha ha..

Lepas dekat 8 tahun, dewan tu still ada lagi.. memori tu pun still tak lupa lagi di ingatan.Kedai runcit tu pon masih ada lagi.Cuma dewan tu dah ada renovate skit2.. kedai tu pun mcm dah tambah sikit2..

Cuma hari ni, yang main badminton, ada aku ngan padil je, member2 yang ada dalam kejadian tu.Yang lain member2 yang takde dalam kejadian tu.

Huhu.. kenangan kadang-kadang buat hari-hari tensi jadi indah seketika..

Esok kerja.Hu hu.

Oh, tazkirah sekejap.Tadi siang ke semalam tah, ada terbaca, hadis, tak ingat yang penuh, tapi mafhum dia, antara sebab-sebab yang bawa orang masuk neraka, adalah 2 rongga badan, mulut dan kemaluan.

Bawak-bawak la beringat..

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.