Exec
17 Julai, 2009 at 10:32 pm | In Life, Mari Fikir, Soal Hati | 16 Comments17 Julai 2009,
Jumaat,
8:57pm (waktu tempatan)
Shah Alam,
Baru balik dari kerja.Berpenat…
Betul la kata sesetengah manusia, alam kerja memang tak sama dengan alam belajar. Ada yang kata alam belajar senang dari alam kerja.Tapi pada aku la, aku tak rasa belajar tu senang.Kalau ada orang suruh terus terang, aku buleh kata, aku grad kat Jepun adalah atas dasar kasihan sensei-sensei kat sana.Tapi memanglah bukan nya aku tak usaha langsung.Tapi sikit sangat.
Hari ni, macam biasa, tak la tensi sangat kerja.Tapi takde la sampai tak tensi langsung.Cuma time nak balik tadi, ada something yang buat aku rasa terguris sikit.
Aku kerja kilang. Ha ha ha.Mamat kilang rupanya aku ni.Ha ha ha lagi skali, Ha ha ha. Ada satu proses kat kilang tu, yang kitorang kat kilang panggil sebagai, overpack.Proses ni adalah memasukkan kotak-kotak yang kecil ke dalam kotak-kotak yang lebih besar.Kotak besar tu takde la besar sangat , dalam ukuran maybe 100 cm x 100 cm x 70 cm. Satu kotak tu buleh isi dalam 4 kotak kecil.Then selotep kotak tu, tampal label, n masukkan dalam lori.Tak mau la cerita panjang-panjang.
Aku officer kat production control.Kira executive la..tapi gaji tak la besar, cukup la makan mee goreng. Tadi aku buat over pack, join budak-budak cleark yang buat pack, sebab aku rasa macam tak cukup orang, and nanti lagi lmbat kalo yang buat tu sikit orang je.
Pastu ada sorang tegur, budak department lain, “Ko pon buat kerja ni??Ko dok la depan pc ko..”
Ok, disini, saya terasa hati.. ha ha ha..
Budak tu memang biasa dengan aku.Tapi tu la..Aku tak salah kan dia pun.Akhir-akhir ni, aku dah terasa tak best nak buat overpack.Padahal dulu masa mula2 masuk kerja, tu la kerja aku hari-hari.
Executive dengan pekerja biasa ada jurang.
Hakikat tu memang wujud.Tapi tu la.Seronok bila berkawan dengan worker.Ceria.Gelak-gelak.
Kalo tgk muka exec macam Manager, Assistant Manager.. Kadang-kadang je sengih.Pastu nk buat lawak pon tak berapa nak buleh..
Ye la, takkan ko nak gi kat Assistant Manager, pastu ko cucuk-cucuk tepi perut dia sambil kata, “Boss, boroi la perut U.. Ha ha ha..”
Tapi bila baik dengan worker, tapi kita di kedudukan exec, adalah sesuatu yang tidak kene..
Bila hari-hari kau gelak-gelak dengan worker, satu hari kau kata kat worker ” Bedah, Tolong fotostat kan kertas ni..” then bedah akan jawab, “Kejap ye, saya buat benda ni kejap.. kejap lagi saya fotostat..” dan kesudahan nya, bedah lupa fotostat..
Kalau exec yang serius setiap hari kata kat bedah camtu, bedah akan senyap dan ambil kertas tu lalu ke mesin fotostat.
Itu bezanya.
Exec atau leader akan tekan orang bawah dengan kerja dan macam-macam benda, tanpa memikirkan perkataan “kasihan”, “penat”, “tak ikut turutan” dan sebagai nya.Kalau kita baik orang bawahan, kita akan dengar keluhan diorang dan kutukan diorang terhadap golongan exec.
Hakikatnya, tanpa tekanan exec ni, kerja takkan jadi lancar..
Sebab tu lah, aku kadang-kadang percaya dengan kata-kata..
Tak boleh baik sangat dengan orang bawahan..
Bila fikir-fikir, baru lah terasa, manusia ni tak perfect.Sampai bila pun, kita tak mampu nk puaskan hati semua orang, even kita try sungguh-sungguh.. Last-last, hati sendiri jadi korban, hati sendiri yang tak puas..
Cukup lah untuk kali ini.
Kita jumpa lagi di lain hari..
Assalamualaikum..
Lagu dibawah tiada kaitan apa-apa.Cuma masa menulis post ni, aku dengar lagu ni.
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.



