Nenek..
10 Ogos, 2009 at 11:42 pm | In Uncategorized | 8 CommentsIsnin (3 Ogos 2009)
Aku mulakan langkah cergas pagi itu.Semangat berkobar mengenangkan temuduga yang dipanggil tiba-tiba tanpa perlu di pohon seperti temuduga2 kerja yang lain.. Rezki barang kali..
KLCC.. menara itu yang jadi tatapan harian satu ketika dulu.. kini kembali lagi ke pandangan kasar bola mata.. Temuduga kali ini penuh dengan pelbagai ujian.. bertulis,lisan.. Tiada tekanan langsung.. mungkin kerna tidak terdesak dan sekarang pun sedang bekerja.. santai dan bersahaja dengan jawapan yang tak perlu fikir panjang.. hentam saja.. Cuma sedikit kelam-kabut bila berbahasa Inggeris.. Perkara biasa dalam diri.. Perlu perubahan..
NenekĀ masuk wad, demam.Mak dengan abah balik Muar.Malam ni atau esok mak balik Banting balik.Macam mana temuduga hari ini?? – Mak (sms)
Nenek macam mana?? Teruk ke?? – Aku (sms)
Masuk wad, doktor pasang gas kat mulut.Mak balik ngan abah naik kereta papa mama.. – Mak (sms)
Orang tua bila sakit, gementar rasa nya. Umur di hujung senja, janji Tuhan kadang kala tiba nya bila-bila masa.. Nenek yang sudah berkerusi roda kehulu kehilir, masih mampu senyum kala anak cucuk pulang ke kampung..
Dalam raut tua itu, ada manis di wajah.. tanda ikhlas nya sebuah sedekah..
Ahad (9 Ogos 2009)
Di kampung halaman, Banting , Selangor..
Berjalan-jalan bersama mak dan abah. Beli baju serba sedikit. Baju lama dah sendat. Terasa bagaikan semua benda sentiasa nak emak di sisi. Baju sendiri pun nak mak yang pilihkan..
Nenek dah keluar hospital ke belum mak?? – Aku
Belum.. tapi dah tak duduk wad kritikal. Hari tu kritikal. Sekarang dah duduk wad biasa.- Mak
Ingat kan dah keluar hospital.. – Aku
Belum.. – Mak
Esok, Isnin yang sejarah.Isnin yang kembalikan aku ke kota batu, Kuala Lumpur.. sesuai dengan nama.. penuh lumpur, tapi umat adam berlumba sakan, menimba rezki dari tanah Maha Esa itu..
Isnin (10 Ogos 2009)
Sekian lama aku tinggalkan fajar sadiq, kali ini aku bangun.. bangun untuk tunduk kepada Pencipta.. Kadang kita lupa, kita hanya berusaha untuk sesuatu, sesuatu yang kita tidak tahu, betul atau tidak? berhasil atau tidak? jadi atau tidak? Namun tetaplah usaha.. kerna hujung nya usaha itu, bukan kita untuk tentukan..
Tiada apa yang menarik tentang kerja.. kecuali terasa diri ini termuda dalam 12 yang lain.. juga ter ‘rendah’ dari yang lain.. Kecil hamba mu ini ya Allah..
Panggilan.. – Along
Tak jawab.. – Aku
Panggilan.. – Ana
Tak jawab.. – Aku
Sedang dalam sesi penerangan tentang keyboard dan tetikus.. tak mampu untuk jawab..
Panggilan.. – Ana
Tak jawab.. – Aku
Lan, along telefon kau tak dapat. Nenek dah meninggal.Pukul 4.30 tadi.Kau tanya dikna, Along pun tau dari dikna.Mak abah dah sampai Johor.. – Along (sms)
………….. – Aku
Nenek dah meninggal.Angah tak dapat balik tak apa la.. sedekahkan fatihah saja.. – Mak (sms)
Terngiang suara nenek.. saat aku pulang ke kampung 3 bulan lepas.. ada satu macam kelainan yang dapat aku rasakan dengan nenek. Entah apa.. sukar dijelaskan.. ada harapan yang nenek selitkan dalam kalimah nya..
Dua jiwa.. rasai dua alam.. dalam satu masa..
Buat abah, tabah la hadapi kenyataan.. Ibu mu sudah tiada.. redhakan segalanya.. pergi nya baik.. moga bila tiba giliran kita nanti, segalanya baik juga harapnya..
Innalillahi wainna ilaihi raji’un..
Alfatihah buat Allahyarhamah Hajah Rufiah bt Idris.
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempat kan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

abah dan nenek , raya tahun 2008
Last Day at Hirose
8 Ogos, 2009 at 2:18 pm | In Life | 11 Comments
dari kiri; ika,pakcu,kudin,aku,shah,apis
Semalam hari last dekat Hirose.Semalam juga lah aku hantar surat resign.Mat daus ngan apis pon hantar semalam gak.Dalam 3 orang tu aku orang yang last antar.
Tak sangka sesingkat ini perjalanan kerja aku dekat Hirose.Lebih kurang 3 bulan 20 hari.Hari Jumaat lepas, (31 Julai) aku dapat call offer datang interview.Hari Isnin (3 Ogos) aku pegi, Khamis (6 Ogos) aku datang medical check up, and sign agreement,Semalam (7 Ogos) aku antar surat berenti pastu senin ni (10 Ogos) aku start kerja baru..
Macam tak percaya suma ni berlaku sekelip mata ja.Walaupun satu ketika dulu aku sebenarnya pernah berangan aku lah yang akan ganti tempat Rizal nanti tapi tu la..kita ni merancang n berangan2 je..Tuhan juga la akhirnya..
Jelas kekecewaan Cik Rizal bila aku cakap aku nak berhenti walaupun sebenarnya dia dah boleh hidu sejak Isnin lagi.Ura-ura Mat daus nak berenti adalah gosip yang paling hangat sejak Syukri berenti sbb Mat daus tension suma kerja dekat dia..
Kemudian, apis plak ada kata dia dpt offer pergi interview.. dan berani nya apis, rabu tu dia jumpa Cik Rizal personal, bagitau dia dah pergi interview tapi dia 50-50 lagi.. Tapi apis bgtau, lepas Yajima , orang paling atas dekat Hirose Shah Alam tu menakut2kan dia tentang tmpat kerja baru tu, dia pun makin tak suka dekat Hirose..
Aku plak, memandangkan aku dah abis tempoh 3 bulan, n sepatutnya dah confirm, tapi tak dapat2 lagi surat confirmation, aku pon pegi la interview walaupun takde niat pon nak melarikan diri.. Kebetulan aku cuti isnin tu sbb lari dari kene present ape tah.. hu hu hu.. Aku la yang paling senyap sekali dan takde sape pun sangka aku nak berenti.. Aku takmo cerita kat sape2 sebab aku takmau tersebar gosip kata aku nak berenti, dan admin mengambil langkah kasi surat confirm cepat2 supaya aku tak leh berenti. Ikut law, kalau nak berenti lepas confirm, kene kasi surat sebulan sebelum boleh keluar dari kilang..
Buat kesekian kalinya aku tempuh saat-saat sedih berpisah ngan life dan orang yang hari2 kita gaul.. Even 3 bulan lebih je, tapi tak sangka la aku buleh jumpa geng2 huru-hara ke geli ke ape ke kat kilang ni.. Keputusan tinggalkan kerja sekarang ni bukan satu keputusan mudah.Bukan cam pilih nak beli kuih apa pukul 3 waktu rehat petang.. Berat hati, tapi kalau fikir masa depan, peluang depan mata, dan kekucar-kaciran management kat kilang, aku pun mengambil langkah menolak tepi kesedihan yang ada..
Simpati dekat Cik Rizal bila dia terus terang kata dia frust sbb 3 orang skali keluar.. dan ketiga-tiga nya, pergi kerja tempat yang sama.. Dia cakap lagi, dia kene marah dengan Yajima dan kene buat report hantar ke Japan.
Buat Cik Rizal yang dah berjasa kat aku, baik betol ngan aku, jaga betol sbb taknak kitorang lari, sampai kan ada officer lain yang mengungkit-ungkit, boss tak layan diorang macam tu dulu.. Tapi tu la hakikat dunia ni.. Seumpama ayam yang mati di makan manusia.. walaupun kita sembelih ayam tu, tapi kita makan selamba je tak kesian langsung kat ayam..
Untuk warga Hirose Malaysia dan Hirose Japan mahupun Sales Department Hirose Japan, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan sehingga semalam.Kalau jumpa di mana-mana janganlah malu-malu nak tegur ya.
Ha ha ha..
Hirose bagus sebenarnya, tapi kedekut la sikit.. huhuhu..
Buat cik Rizal, 2 rangkap pertama lagu Hujan ni saya tujukan buat cik Rizal..
3 nen kang ijyou, iro iro, osewa ni narimashita.. mata itsuka..
Bila, aku sudah tiada Simpan semua lagu ku Jangan di tangis selalu Mungkin, itu sementara Bila jumpa pengganti ku Jangan di lupakan aku
Syakai Jin
5 Ogos, 2009 at 12:07 am | In Uncategorized | 9 CommentsSemalam aku try2 je pegi interview.Tak sangka plak malam tu juga dia sms bgitau suruh datang buat medical check up ari khamis or jumaat..kerja help desk.Gaji agak lumayan la kalau compare gaji sekarang..
Apa sebenarnya yg aku cari dalam kehidupan bekerja ni?
Aku pun tak paham la.. kerja macam mana yg boleh kasi puas. Aku kejar duit ke?
Bidang asal yang aku blajar dekat jepun dulu, engineering.Paling kuat pon, kalau jadi engineer,3k lebih la kot.. tu paling kuat.. starting masuk kerja nak dapat 3k lebih aku rasa agak susah.. Di mana akhirnya seorang engineer? dia akan jadi senior engineer kot.
Aku tak suka kene pressure bila buat kerja.Aku rasa mmg aku kene kerja sendiri la..Kalau la aku kerja sendiri, aku nk kerja apa? berniaga? syok ke berniaga?Jual goreng pisang ke?
Entah la.. tapi yang pasti, aku nak kerja yg mmg membuat kan aku tak hilang Japanese yang aku ada sekarang..
Kerja baru ni pun kerja yang berdepan dengan manusia. Lama mana kita nak kerja yg lari dari manusia.Engineer sekalipun, satu hari bila sampai satu tahap, dia akan jadi Manager atau jawatan lagi besar, yang memerlukan kemahiran berdepan dengan manusia.Time tu nak lari mane?
Takkan nak duduk takuk lama je sampai bila-bila..
Disebalik kemurahan rezki dapat kerja ni, apa la agaknya yang jadi lepas ni..
Tersungkur ke.. jatuh bangun balik ke.. atau putus asa sampai berlama-lama..
Lek la, baru 23..
Cari pengalaman hidup.. penuhkan ilmu di dada.. tengok semua benda..
Yosh!!
………….
Entah ar.. takde keputusan nak pegi ke tak.. hu hu hu..
Glosari
Syakai jin : Masyarakat bekerja / bukan student lagi dah
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.



