Last Day at Hirose
8 Ogos, 2009 at 2:18 pm | In Life | 11 Comments
dari kiri; ika,pakcu,kudin,aku,shah,apis
Semalam hari last dekat Hirose.Semalam juga lah aku hantar surat resign.Mat daus ngan apis pon hantar semalam gak.Dalam 3 orang tu aku orang yang last antar.
Tak sangka sesingkat ini perjalanan kerja aku dekat Hirose.Lebih kurang 3 bulan 20 hari.Hari Jumaat lepas, (31 Julai) aku dapat call offer datang interview.Hari Isnin (3 Ogos) aku pegi, Khamis (6 Ogos) aku datang medical check up, and sign agreement,Semalam (7 Ogos) aku antar surat berenti pastu senin ni (10 Ogos) aku start kerja baru..
Macam tak percaya suma ni berlaku sekelip mata ja.Walaupun satu ketika dulu aku sebenarnya pernah berangan aku lah yang akan ganti tempat Rizal nanti tapi tu la..kita ni merancang n berangan2 je..Tuhan juga la akhirnya..
Jelas kekecewaan Cik Rizal bila aku cakap aku nak berhenti walaupun sebenarnya dia dah boleh hidu sejak Isnin lagi.Ura-ura Mat daus nak berenti adalah gosip yang paling hangat sejak Syukri berenti sbb Mat daus tension suma kerja dekat dia..
Kemudian, apis plak ada kata dia dpt offer pergi interview.. dan berani nya apis, rabu tu dia jumpa Cik Rizal personal, bagitau dia dah pergi interview tapi dia 50-50 lagi.. Tapi apis bgtau, lepas Yajima , orang paling atas dekat Hirose Shah Alam tu menakut2kan dia tentang tmpat kerja baru tu, dia pun makin tak suka dekat Hirose..
Aku plak, memandangkan aku dah abis tempoh 3 bulan, n sepatutnya dah confirm, tapi tak dapat2 lagi surat confirmation, aku pon pegi la interview walaupun takde niat pon nak melarikan diri.. Kebetulan aku cuti isnin tu sbb lari dari kene present ape tah.. hu hu hu.. Aku la yang paling senyap sekali dan takde sape pun sangka aku nak berenti.. Aku takmo cerita kat sape2 sebab aku takmau tersebar gosip kata aku nak berenti, dan admin mengambil langkah kasi surat confirm cepat2 supaya aku tak leh berenti. Ikut law, kalau nak berenti lepas confirm, kene kasi surat sebulan sebelum boleh keluar dari kilang..
Buat kesekian kalinya aku tempuh saat-saat sedih berpisah ngan life dan orang yang hari2 kita gaul.. Even 3 bulan lebih je, tapi tak sangka la aku buleh jumpa geng2 huru-hara ke geli ke ape ke kat kilang ni.. Keputusan tinggalkan kerja sekarang ni bukan satu keputusan mudah.Bukan cam pilih nak beli kuih apa pukul 3 waktu rehat petang.. Berat hati, tapi kalau fikir masa depan, peluang depan mata, dan kekucar-kaciran management kat kilang, aku pun mengambil langkah menolak tepi kesedihan yang ada..
Simpati dekat Cik Rizal bila dia terus terang kata dia frust sbb 3 orang skali keluar.. dan ketiga-tiga nya, pergi kerja tempat yang sama.. Dia cakap lagi, dia kene marah dengan Yajima dan kene buat report hantar ke Japan.
Buat Cik Rizal yang dah berjasa kat aku, baik betol ngan aku, jaga betol sbb taknak kitorang lari, sampai kan ada officer lain yang mengungkit-ungkit, boss tak layan diorang macam tu dulu.. Tapi tu la hakikat dunia ni.. Seumpama ayam yang mati di makan manusia.. walaupun kita sembelih ayam tu, tapi kita makan selamba je tak kesian langsung kat ayam..
Untuk warga Hirose Malaysia dan Hirose Japan mahupun Sales Department Hirose Japan, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan sehingga semalam.Kalau jumpa di mana-mana janganlah malu-malu nak tegur ya.
Ha ha ha..
Hirose bagus sebenarnya, tapi kedekut la sikit.. huhuhu..
Buat cik Rizal, 2 rangkap pertama lagu Hujan ni saya tujukan buat cik Rizal..
3 nen kang ijyou, iro iro, osewa ni narimashita.. mata itsuka..
Bila, aku sudah tiada Simpan semua lagu ku Jangan di tangis selalu Mungkin, itu sementara Bila jumpa pengganti ku Jangan di lupakan aku
11 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.




oh bercomel dekat kilang ye..
ape tu silap tulis 3nengkang ijyou.huhu.
Komen oleh Esah — 8 Ogos, 2009 #
hai…leh knlan ga…
Komen oleh supriadi — 13 September, 2009 #
boleh..boleh..
Komen oleh alanbest — 14 September, 2009 #
fuh, hisashiburi tengok rambut pendek alan. agak-agak apa ye reaksi din tengok gambar tu
lepas ni makin bertambah la kawan baru. opis baru, uniform baru, suasana pun baru. apa pun selamat bekerja.
p/s:3 nen kang ijou?
Komen oleh batuterang — 8 Ogos, 2009 #
eh 3nenkang ijo..ooo dr kosen dulu pon ang dah kontek2 ngan cik rizal
ka..hakhakhak (gelak style abg ang)
we ang rasa penting ka apa..ingt org nk nangis ang kluaq dr situ…
Komen oleh syamim — 9 Ogos, 2009 #
haha.. silap ar..bukan 3nen kang ijyou, nak tulis 3ka getsu ijyou.. syamim, aku orang penting doh.. ramai sedih aku nk blahh.. biasa la.. ang mcm tak ingat ja dulu, ang pon nangis masa aku nak blah.. siot ja tak ngaku..
Komen oleh alanbest — 9 Ogos, 2009 #
ko mintak keje mana mat ?
Komen oleh Zack — 10 Ogos, 2009 #
alan…dpt yg teletech tu ker wei….ke kt mane lak tu????
siap gi interviu kt twin tower lak tu….perghhhhh
gempak seiyyyyy…..mmg caRAa la ko nieee wei ALAn Geli…ko ke mane2 pn tetap bawa kegelian ko….hahaha
Komen oleh asba0212 — 12 Ogos, 2009 #
salam
nk tnye sket
kje kt hirose dulu positiona pe
kilang tu ok x environment die
sb saya punye tunang br dpt kje kt situ
isnin ni mula
saje jeh tnye
Komen oleh yaya — 22 Ogos, 2009 #
position sebagai production control officer.. atau buleh la dikatakan sebagai planner..
ok la.. environment kilang la.. tak leh la nak samakan dengan office.. tapi hirose mmg stabil.. kalo position executive agak terjamin la walaupun negara gawat..
Komen oleh alanbest — 23 Ogos, 2009 #
ooo..
tqvm for the info
hmm..tunang tu jd asst eng
Komen oleh yaya — 26 Ogos, 2009 #