Nenek..
10 Ogos, 2009 at 11:42 pm | In Uncategorized | 8 CommentsIsnin (3 Ogos 2009)
Aku mulakan langkah cergas pagi itu.Semangat berkobar mengenangkan temuduga yang dipanggil tiba-tiba tanpa perlu di pohon seperti temuduga2 kerja yang lain.. Rezki barang kali..
KLCC.. menara itu yang jadi tatapan harian satu ketika dulu.. kini kembali lagi ke pandangan kasar bola mata.. Temuduga kali ini penuh dengan pelbagai ujian.. bertulis,lisan.. Tiada tekanan langsung.. mungkin kerna tidak terdesak dan sekarang pun sedang bekerja.. santai dan bersahaja dengan jawapan yang tak perlu fikir panjang.. hentam saja.. Cuma sedikit kelam-kabut bila berbahasa Inggeris.. Perkara biasa dalam diri.. Perlu perubahan..
NenekĀ masuk wad, demam.Mak dengan abah balik Muar.Malam ni atau esok mak balik Banting balik.Macam mana temuduga hari ini?? – Mak (sms)
Nenek macam mana?? Teruk ke?? – Aku (sms)
Masuk wad, doktor pasang gas kat mulut.Mak balik ngan abah naik kereta papa mama.. – Mak (sms)
Orang tua bila sakit, gementar rasa nya. Umur di hujung senja, janji Tuhan kadang kala tiba nya bila-bila masa.. Nenek yang sudah berkerusi roda kehulu kehilir, masih mampu senyum kala anak cucuk pulang ke kampung..
Dalam raut tua itu, ada manis di wajah.. tanda ikhlas nya sebuah sedekah..
Ahad (9 Ogos 2009)
Di kampung halaman, Banting , Selangor..
Berjalan-jalan bersama mak dan abah. Beli baju serba sedikit. Baju lama dah sendat. Terasa bagaikan semua benda sentiasa nak emak di sisi. Baju sendiri pun nak mak yang pilihkan..
Nenek dah keluar hospital ke belum mak?? – Aku
Belum.. tapi dah tak duduk wad kritikal. Hari tu kritikal. Sekarang dah duduk wad biasa.- Mak
Ingat kan dah keluar hospital.. – Aku
Belum.. – Mak
Esok, Isnin yang sejarah.Isnin yang kembalikan aku ke kota batu, Kuala Lumpur.. sesuai dengan nama.. penuh lumpur, tapi umat adam berlumba sakan, menimba rezki dari tanah Maha Esa itu..
Isnin (10 Ogos 2009)
Sekian lama aku tinggalkan fajar sadiq, kali ini aku bangun.. bangun untuk tunduk kepada Pencipta.. Kadang kita lupa, kita hanya berusaha untuk sesuatu, sesuatu yang kita tidak tahu, betul atau tidak? berhasil atau tidak? jadi atau tidak? Namun tetaplah usaha.. kerna hujung nya usaha itu, bukan kita untuk tentukan..
Tiada apa yang menarik tentang kerja.. kecuali terasa diri ini termuda dalam 12 yang lain.. juga ter ‘rendah’ dari yang lain.. Kecil hamba mu ini ya Allah..
Panggilan.. – Along
Tak jawab.. – Aku
Panggilan.. – Ana
Tak jawab.. – Aku
Sedang dalam sesi penerangan tentang keyboard dan tetikus.. tak mampu untuk jawab..
Panggilan.. – Ana
Tak jawab.. – Aku
Lan, along telefon kau tak dapat. Nenek dah meninggal.Pukul 4.30 tadi.Kau tanya dikna, Along pun tau dari dikna.Mak abah dah sampai Johor.. – Along (sms)
………….. – Aku
Nenek dah meninggal.Angah tak dapat balik tak apa la.. sedekahkan fatihah saja.. – Mak (sms)
Terngiang suara nenek.. saat aku pulang ke kampung 3 bulan lepas.. ada satu macam kelainan yang dapat aku rasakan dengan nenek. Entah apa.. sukar dijelaskan.. ada harapan yang nenek selitkan dalam kalimah nya..
Dua jiwa.. rasai dua alam.. dalam satu masa..
Buat abah, tabah la hadapi kenyataan.. Ibu mu sudah tiada.. redhakan segalanya.. pergi nya baik.. moga bila tiba giliran kita nanti, segalanya baik juga harapnya..
Innalillahi wainna ilaihi raji’un..
Alfatihah buat Allahyarhamah Hajah Rufiah bt Idris.
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempat kan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

abah dan nenek , raya tahun 2008
8 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.




xpe alan….ape2 pn al fatihah kepada nenek hang…
Co0ngrats to u dpt interviu at twin tower….bgus5x
Komen oleh asba0212 — 12 Ogos, 2009 #
bukan kat klcc asba, tapi kena jalan kaki skit dalam 5minit.. Menara Park, Jalan Yap Kwan Seng.
Alfatihah..
Komen oleh alanbest — 13 Ogos, 2009 #
al-fatihah buat keluarga ko…
aku pn agak baru kehilangan nenek…
Komen oleh umi alliza — 13 Ogos, 2009 #
takziah weyh..
terlambat pula tahu lantaran tidak berinternet selama 3 hari..
Komen oleh izzie — 13 Ogos, 2009 #
WAhh…selumber je letak jawatan ..gi mintak keje lain .. mst masuk masyuk ni …
Kalau benda di atas terjadi kt nenek aku ..aku balik mesia seminggu ..bimbang gak ..nenek aku pn dh tua.. ;(
Komen oleh Zack — 13 Ogos, 2009 #
tahziah~ maafla lambat.lama tak bertenet…
and tahniah jugak! =)
Komen oleh siti — 15 Ogos, 2009 #
typo plak.. *takziah~ hehe…
Komen oleh siti — 15 Ogos, 2009 #
terima kasih la untuk takziah dan tahniah..
aku sebenarnya nak tulis thanks for the takziah n tahniah.. tapi takde keyakinan plak.. ha ha ha..
zack@wan_aksi ; takde ar bnyak mane pun..cukup makan je..
Komen oleh alanbest — 16 Ogos, 2009 #