Sakunen no Kyou

14 September, 2009 at 12:07 am | In Cerpen Remaja, Soal Hati, es_ei_sa | 11 Comments

Malam itu, aku tido di rumah Lupang..

Buka mata.Rasa nak sambung balik tidur tapi tak boleh.Aku bangun dan terus ke bilik air.Mandi pagi-pagi.Jarang rasa nya mandi pagi dekat Jepun ni..

Keluar bilik air, aku tgk henset ada msg..

“Aku dah dekat rumah Wan.”

Lepas Lupang siap pakai baju suma, Lupang pun tanya..

Dia tunggu dekat rumah dia ke?”

“Tak la, dia dah dekat rumah Wan..”

“Korang tgk la bedua.. aku ngan Teng nak main bowling.. Ha ha ha..”

“Wei, takkan ko nak biar kan aku tgk wayang bedua plak ngan dia?!”

Aku pujuk-pujuk Lupang.. walaupun sebenarnya aku tak kesah.. Yang penting dapat tgk Ultraman.. tak tgk sorang2 pun dah rasa bertuah..

Lepas semua ada dalam kereta, begerak la kami berempat ke Fuji Grand.. dengan kereta Honda Fit Lupang.. yang sekarang ni ada dekat Malaysia dan didaftarkan di JPJ atas nama aku.

Sampai di Fuji Grand, Lupang dan Teng memang merealisasikan apa yang diperkatakan selama ni..

“Korang pegi la tgk.. aku ngan Teng main bowling.. Karang dah abis, korang balik la sendiri.. Ha ha ha..”

Aku sengih.Siot.

Walaupun sebenarnya takde la siot sangat..

Berdua la kami beratur beli tiket.. bersama sekumpulan kanak-kanak sekitar usia alam tadika bersama ibu dan bapa mereka..

tiket ultraman

tiket ultraman

Bila wayang mula, aku pun tumpukan la perhatian pada apa yang memang aku nantikan selama ni.Ultraman.. dan dia, kadang kala tanya bertanya kenapa?siapa?dan macam mana? Aku dengan kesungguhan yang ada, menjelaskan apa yang mampu..

Seusai menonton, si dia mengaku tertidur..

“Aku kalau tgk wayang memang tetidur la.. “

“Ooo.. tidur..”

Kami cuba menghubungi Lupang dan Teng tetapi gagal.. Mereka sekali lagi merealisasikan apa yang dikata..

Kami balik ke rumah berjalan kaki..

“Nama penuh kau ape..”

“Akmaliyana..”

“Tu je..”

“Aah.. Akmaliyana bt Abdul Aziz..”

“Ooo..”

“Nama kau plak?”

“Alan..”

“Alan?”

“Mohd Shahrul Azlan..”

“bin?”

“Md Ansor..”

“Ooo..”

“…….”

“…….”

“Kau orang mana.. ko dok KL kan..”

“Aku dok Ampang.. tapi mak aku orang Kelantan.. bapak aku Terengganu..”

“Ooo.. Aku dok Banting.. bapak aku Jawa tapi aku tak..”

“Tau.. ko sekampung dengan Adib.. “

“Ha ye la.. dulu kecik2 slalu gak la jumpa..”

“……..”

“……..”

Malam tu, aku berbuka di rumah dengan Lupang dan Teng.Si dia msg..

” Datang la ambik lauk.. banyak lauk buka dengan orang Iran tadi..”

Aku dan Lupang datang mengambil lauk.. sambil teman si dia menunggu van untuk ke tempat kerja sambilan nya..

“Ok, aku pegi dulu..”

“Bye..”

“Bye..”

Dan untuk kali yang kedua,

Malam itu, aku tido di rumah Lupang..

lagi..

Itu lah kisah hari ini..

Setahun yang lalu..

1 nen kang, otsukare sama deshita..

hiki tsuzuki, yoroshiku onegai itashimasu..

Isshouni, gambari mashou..

————————————————————————————————

Sakunen no Kyou = Hari ini pada tahun lepas

Operator ka..

7 September, 2009 at 11:59 pm | In Bergelak Kah?, Life, Soal Hati | 9 Comments

Lama tak mengupdate blog ini.. baiklah, tanpa membuang masa, mari saya ceritakan tentang kerjaya baru saya..

Saya sekarang tidak lagi bekerja di Shah Alam.Saya juga tidak lagi duduk di Putra Heights.Saya telah berpindah ke Pandan Perdana yang beralamat di Kuala Lumpur.Oh, bermakna, tiada lagi bil air percuma.

Saya telah bekerja sebagai tukang angkat telefon.Tukang angkat telefon untuk sebuah syarikat barang2 computer..

————————————————————————————————-

Ok, tak best la tulis camtu..

Sejak kerja baru ni, aku rasa penat betol la.Even dah duduk dekat gak ngan tempat kerja tapi berpenat gak.. Penat doh angkat tepon, pastu bila dapat customer yang marah-marah, lagi la tension..

Aku dan lagi 9 orang member cover untuk Japan.So hari-hari pun berdepan dengan masyarakat Jepun yang mempunyai pemikiran, Pelanggan adalah raja..

Emm.. sebenarnya aku nak tulis “customer is always the king” tapi tak de keyakinan plak.. ha ha ha..

Setakat ni, aku baru angkat telefon 6 hari, termasuk hari ni.. tapi yang best bila dapat settle kan problem orang yang call tu.Ada satu hari tu, sorang pakcik umur 75 tahun call, suruh ajar dia camne nak install software.. So buat la satu-satu.. start dari masukkan cd, sampai la suruh restart pc.. total call, 1jam30minit..

Tapi seronok la juga, sbb last2 pakcik tu berterima kasih atas apa yang kita buat.. ha ha ha..

Yang tak seronok nya, bila customer call terus marah-marah.. kenapa produk ni tak boleh guna.. kenapa rosak.. pastu bila kita nak tolong, skali tak jadi.. kene lagi marah.. ha ha ha.. memang tensi ar.. tapi tempoh je la.. cari pengalaman kerja macam2.. hu hu hu..

————————————————————————————————

Hari ni dah nak masuk malam 17 ramadhan dah.. Dah lebih setengah bulan puasa dah.. tak bnyak plak lagu raya kedengaran di radio-radio.. agaknya diorang tunggu 20 ramadhan kot.. hu hu hu.. Harap2 la raya tahun ni, aku seronok betul raya kat Malaysia lepas dah 3 tahun raya aku kat Jepun..  Jangan la ada anasir-anasir tak best yang mengganggu keseronokkan raya..

Huhu.. harap2 juga, ramadhan tahun ni, bagi keinsafan dekat diri aku, dan orang lain juga.. sedarlah kita ni dan dunia ni juga, dah tak lama dah..

————————————————————————————————-

————————————————————————————————–

————————————————————————————————–

————————————————————————————————-

mesti korang ingat kat atas tu ada tulis pape kan.. ee temalu sebenarnya takde.. ha ha ha..

————————————————————————————————-

Buat esa,

Dah nak setahun dah kita ni.. selamat setahun harapnya.. moga kita sama-sama tabah tempuh semua2 nya.. Amin..

————————————————————————————————-

Bapak aku dah suh beli kereta ar.. cam takut ar.. Aku ni tak suka di perintah-perintah.. di suruh-suruh.. and rasa terkongkong.. Bila ada kereta, bermakna setiap bulan, ada satu kekangan atau kongkongan pada perbelanjaan.. kene ada satu simpanan tetap sebanyak sekian sekian..

Tapi fikir-fikir balik, sampai bila nak takde kereta.. lagi tunggu lama, lagi la abis utang lambat nanti.. emm.. entah.Still dalam pertimbangan tapi dah berat sikit ke “nak beli”..

————————————————————————————————-

Dah ar.. sambung len kali.. Slamat berpuasa.. oh, dah boleh start beli kad raya dah ek..

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.