Tag Bebudak Yamadai
19 November, 2009 at 10:48 pm | In Bergelak Kah?, Life, Mari Fikir, es_ei_sa | 4 Comments1.Kekasih saya adalah :
Orang nye lawa.. hak hak hak.. biar la orang kata ape pun, tapi pada aku la.. kalo nak cari awek yg berhajat nak di jadikan bini, bek cari yang lawa.. kalo orang lain kata tak lawa pon, biar la pada pandangan kita, dia lawa.. even orang sekeliling akan kata, lawa tu tak bawa mati.. tapi sekurang2 nya, time hidup buleh la berlawa sakan..
2.Saya sedang mendengar :
Akane Iro no Yakusoku.. from Ikimonogakari.. lagu yang tak up to date.. sila dengar lagu lama, sbb lagu-lagu lama agak best.. setiap lagu ada nostalgia tersendiri..
3. Mungkin saya patut :
Lebih kerap bersenam.. aisey.. aku gi gym ari senin aritu.. pastu esok nye sakit2 badan.. rabu aku dah tak sihat, selsema , makin sengal2 badan.. arini aku MC..
4. Saya suka:
Menghabiskan duit kat benda yang tak nampak.. tgk wayang ke.. karoke ke.. bayar parking ke.. berat betol kalo nak beli barang..
5.Sahabat-sahabat baik saya:
Ramai.. tapi yang baik tu, adalah yg still contact lagi smpai sekarang.. tu yang betul2 baik ar..
6.Saya tak faham :
Bahasa Uganda
7.Saya kehilangan :
Kekurusan
8.Ramai yang berkata :
“Alan tu best la.. dah la lawak.. hensem plak tu..” tapi diorang suka cakap blakang2
9.Makna nama saya :
Mohd=nama rasulullah
Shahrul=bulan
Azlan=aku pun tak tau.. rasa nya cam takde maksud
10.Cinta itu adalah :
Perasaan yg boleh datangkan kebaikan dan keburukan.. perlu dinilai dengan akal.. bukan nafsu..
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Duduk dalam penjara.. tunggu hukuman gantung yang entah bila.. sambil tu mula beribadah, ingat Allah.. taubat..
Di tempat yang lain, ada yang tengah leka dengan maksiat.. walaupun dia tahu ajal tu bila-bila je boleh tiba..
12.Saya akan cuba :
Senyum.. agar tiada hari2 yang sedih..
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
forever.. ha ha ha..
14.Telefon bimbit saya :
Entah apa model tah.. malas nak cek.. tapi nokia la..jenis yg tolak2 tu.. pastu ada la keycain ultraman kecik situ..
15.Bila saya terjaga dari tidur :
tido balik sekejap dalam 5minit..
16.Saya paling meluat apabila :
Tengok orang laki ngorat orang pempuan kat facebook ke friendster ke..
17.Pesta/Parti adalah :
Parti sirap?? sirap yang bancuh jadi air sirap tu..
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Semut.. pinggang nye ramping..
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekolah rendah kot.. tak mengenal erti penat.. tapi cikgu2 skolah rendah sangat garang.. hu hu hu..
20.Hari ini :
Tak gi kerja.. MC.. hu hu hu..
21.Malam ini saya akan :
Makan ubat sengal2 jap lagi.. hu hu hu..
22.Esok pula saya akan :
Gi kerja cam biasa.. lek ar.. esok dah Jumaat..
23.Saya betul-betul inginkan :
Semua orang ikut cakap aku.. ha ha ha..
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Aku nganga mulut dan mendapati pecah mulut yang seketul tu dah semakin besar.. sakit gak ar..
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Arked Permainan.. aku dah cakap kat atas, aku suka abis kan duit kat benda yang tak nampak..
26.Makanan Barat atau Jepun:
Western.. ha ha ha.. Aku tak brapa buleh makan benda2 mentah ni..
27.Bilik yang terang atau gelap :
Tengok la.. nak buat apa.. ha ha ha.. tapi kalo ye pun, tak mo la gelap2.. samar2 la sikit.. baru romantik..
28.Makanan segera adalah :
Appolo Roka.. Choki-choki.. tu masuk kategori makanan segera tak?
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
” Mak, angah nak mandi..”
30.Siapa yang anda mahu tag??
Cik Rizal.. bos masa kerja kat Hirose dulu..
1+1=1
1 November, 2009 at 10:31 am | In Life, Mari Fikir | 3 CommentsSelamat Pagi semua rakan-rakan dan para pembaca,
Saya baru sahaja selesai bersarapan di restoran Umi, berdekatan rumah.Makan nasi lemak telur goreng dan nestlo ais, abah pula makan nasi impit dan teh tarik serta air suam.
Niat di hati saya nak bayar, tapi tiba-tiba datang seorang member abah, lalu duduk makan semeja, dan terus membayar kan semua makanan yang ada di atas meja.Itulah di namakan rezki.Alhamdulillah
Oh, mungkin ada di luar sana yang tertanya-tanya, mengapa kami tidak makan di rumah sahaja.Emm..soalan yang baik. Sebenarnya, mak tiada di rumah hujung minggu ini.Mak pergi Pulau Pangkor, hari Jumaat lepas, berkursus dan akan pulang ke Banting hari ini.
Terasa sunyi pula mak tiada.Berdua dengan abah.Kalau dulu kecil-kecil, masa abah bekerja lagi, bila mana abah pergi outstation atau kursus, terasa kosong rumah tanpa abah.. Masa tu, mak belum lagi bekerja.Suri rumah sepenuh masa.Tapi antara saya dan abah, pasti nya abah lebih merasai ketiadaan mak di rumah.
Imbas kembali,memori masa saya masih bersekolah.Mak berkursus selama seminggu.Lepas mak pergi je, abah demam.Hu hu hu.Teruk pulak tu.Merana la dia sorang-sorang.Tapi bila mak balik, sekejap sahaja abah kembali pulih.
Hu hu hu..
Sekian, saya akhiri ke skema an ini.
Sehingga berjumpa lagi ye..
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.



