kad kredit huehuehue

16 Jul

Hi rakan2, apa khabar.. harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

salam satu dunia.. bukan malaysia je..

kita mulakan dengan pantun dululah..

oh silap, mulakan dengan bismillah..

bismillah hirrahman nirrahim..

pastu pantun,

hari ini hari jumaat,

esok pulak hari sabtu,

malam tadi malam jumaat,

malam ni pula malam sabtu..

okey, tamat lah pantun.. tak lawak langsung..

aku sebenarnye nak cerita pasal penipuan kad kredit.. ye la, kita ni bukan lah orang berada mane kan.. kad kredit pon kad kredit ada limit.. itu pon orang nak tipu gak.. hadui.. sekarang ni.. macam2 cara nak menipu.. so sebagai seorang yang berada di zaman yang serba maju ni, kita pun kene lah majukan diri seiring ngan zaman.. kalau tak, kita ketinggalan.. so ambil tau keadaan sekeliling.. supaya nanti kita tak tertipu.. family dan orang2 yg kita kenal pun, mungkin terselamat, sebab kita tolong bagitau ape yg kita dah tau..

Adalah satu tengah hari yang hening haritu, tiba2 network kat office ni down sekejap dalam 10minit kot.. so bising lah mamat2 n minah2 kat office ni kejap sebab tak bleh buat kerja.. and time tu, aku dapat call dari sorang minah ni..

nurul: hello assalamualaikum

aku: hello waalaikumsalam

nurul: saya dari MBF service centre, buat panggilan berkenaan pengesahan penggunaan kad kredit encik..

aku: ye saya.. ada ape2 masalah ke..

nurul: boleh saya tau, encik masih aktif ke menggunakan kad kredit?

aku: ha, aktif la juga tapi kadang2 je..

nurul: encik guna kad kredit m***** **** or ****?

aku: ****************************

nurul: kami disini ada buat promosi VIP card untuk pelanggan yang terpilih. Kami dapati rekod encik dengan kad kredit bersih setakat ini, dan encik berjaya menjadi antara 300 orang yang terpilih untuk mendapat VIP card ni.. dan kami tawarkan kad ini secara percuma.. free of charge ye encik.. eh, bila saya tengok record ni, kita ni sebaya la encik.. hehe..

aku: oh, ye ke.. so kene gembira la ni?? apa yang bagus nya VIP card ni? dapat gelaran datuk ke?

nurul: okey ye encik, biar saya terangkan apa keistimewaan VIP card ni..

nurul pon terangkan lah, card ni kalau guna boleh dapat potongan sunway lagoon lah, sunway piramid lah, buat road tax kereta lah.. tapi yang dia paling tekan kan..

nurul: encik juga boleh bawa ibu bapa encik pergi umrah dengan vip card ni..

tak pulak aku ingat dia kata percuma ke or ada potongan..

aku: biar betul.. ala.. u bagi mula2 je free, pastu tahun berikutnya kene bayar kan?

nurul: astaghfirullah encik.. ini free ni.. kami ada laman web sendiri, encik boleh tengok kalau encik tak percaya..

network plak down time tu kalo tak aku dah mintak dah pe laman web nye..

aku: ha takpela.. saya tak berminat la..

nurul: encik mesti takut kene tipu kan? encik sebelum ni pernah kene tipu kad kredit ke? Kami ni betul encik.. kalau encik tak percaya, encik boleh tanya kawan2 encik yang lain yang menggunakan kad kredit..

aku: takpe lah takpe.. saya tak berminat..

nurul: astaghfirullah encik.. encik tak nak ke bawa ibu bapa encik pergi umrah.. besar pahala encik nanti.. lagipun encik adalah antara yang terpilih.. bukan semua orang dapat card ni encik.. kalau saya dapat, memang saya takkan lepas kan peluang ni..

aku: kalau saya taknak juga, awak hantar juga ke macam mana..

nurul: memang kami akan hantar kad ni juga, cuma sekarang, kami nak tahu, sama ada card ini nak hantar ke alamat rumah ke alamat office encik bekerja.. boleh saya tahu encik bekerja sebagai apa?

aku: mak ai, kerja apa pun nak tau ke.. u antar je la kad tu.. takyah la tau saya kerja apa..

nurul: astaghfirullah.. ini untuk rekod kami ye encik.. kami tak tipu.. encik jangan takut..

aku: tulis je la ape2 pun, saya tak kesah..

nurul: la.. takkan saya nak tulis pengangkat sampah kot sini..

aku: ha tulis la situ pengangkat sampah.. tulis je.. takpe..

nurul: okey ye saya tulis pengangkat sampah..

aku: okey..

nurul: so sekarang, encik nak kami hantar kad ni ke rumah atau office.. kad ni kalau di hantar kene ada orang kad rumah sebab perlu tanda tangan penerima untuk memastikan encik dah terima kad ini..

bersambung…

Ni dah lama dah jadi beberapa minggu lepas la.. ke bulan lepas tah.. ada kemungkinan nurul dalam cerita ni terbaca post ni, tapi lantak lah.. aku tak tau la dia tipu ke.. or betul.. tapi tak nampak macam betul.. nak beniaga, tapi macam2 tanya.. and paling penting, tak pro langsung sebagai seorang yg bertugas sebagai customer service..

Kalau rajin aku sambung la.. huhu..

7 Respons to “kad kredit huehuehue”

  1. kias fansuri 16 Julai, 2010 pada 8:49 pm #

    kehkeh3.. nape cakap saya-u bukan i-u =D

  2. zaki johari 17 Julai, 2010 pada 7:29 am #

    aku pernah dpt kol yg lbh kurg sama.mula-mula aku macam berminat sebab die offer kad kesihatan.dan die mengaku dari kementerian pelancongan negara.1st time dia kol, aku lom amik kad kredit. tp bila dia duk kol ari2 selama seminggu, aku da mula menyampah. terus aku kata aku x jdk nk amik kad kredit.

  3. asba0212 19 Julai, 2010 pada 12:16 am #

    ending ayat last skali tu best skali…hahaha….alan mmg mat power as customer service…hehehe…cayalah alan…stakt nie tkt nk pki kad kredit lg bro0…huhuhuhu…

  4. alanbest 19 Julai, 2010 pada 3:47 pm #

    eca; hehe.. memang gitu.. kasi oramputih skit..kehkeh

    lupang; aku yg jenis gitu penah gak.. tapi yg tu dia offer mcm insuran.. nampak macam betol cuma cam malas la.. yg ni nampak penipu betol.. nak tanye kerja ape la.. alamat rumah la.. huhu

    asba; huhu.. bukan ape doh.. ada ke orang call cakap kita ni sebaya la.. pastu istighfar 8juta kali.. ye la.. memang ar bagus istighfar.. tapi nape time cakap kat customer..

  5. Hazu 20 Julai, 2010 pada 1:10 am #

    mat kenapa aku tak rasa sense lawak dalam posting kali ni … kamon mat

  6. alanbest 20 Julai, 2010 pada 8:27 am #

    hazu; eh tak lawak ke? sikit ada kot mat.. tapi memang tak lawak sangat ar sbb aku serius time tulis ni.. tapi kurang2 pun, 1% ada la kot lawak.. tak gitu ke..

  7. ajitsuka 8 Mac, 2011 pada 12:23 am #

    macam man pulak dengan kad kredit yang kita tak tahu apa-apa, tiba-tiba dtg surat mengatakan baki kredit kita, sedangkan kita tak ada buat pengesahan/penaktifan kad tersebut? macam mana tu?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.