Selamat Jadi

27 Jun, 2009 at 12:00 am | In Uncategorized | 3 Comments

筆箱さん、

今日、お誕生日、誠におめでとうございます。あっという間に24歳になりましたよね。最近、お互いに忙しくて、なかなか過ごす時間がなくて、本当に、申し訳ございません。

今日から、あなたが新しい年で、人生を感じていきます。色々な新しいことがやってくるから、焦らないで前へ向かって、自信を持って、歩んでください。

苦しんだら、回りの人たちがきっと、いるから、心強く、頑張りなさい。喜んだら、神様にありがとうを忘れないでください。

僕と今までも我慢しておいて、有難うございます。また、いつか、僕に何かできることがあれば、えんりょなく、言ってくだださい。

24歳、お誕生日、おめでとうございます。

カラス より

Abah

22 Jun, 2009 at 1:06 am | In Life | 8 Comments
saya dan abah

saya dan abah

Zaman kanak-kanak dulu, abah garang..

Penah satu time, abah penah marah aku, sebab tulis nombor “9″, macam huruf “a” , abah mengamuk betul time tu, dia suruh aku tulis no 9 dalam buku conteng.. tulis betul-betul.. sampai dah nak separuh buku tu.. nangis-nangis aku masa tu.. ye la budak kecik, sekolah rendah lagi..

Esok tu aku demam.. mak marah abah, salahkan abah sebab marah aku sampai demam.. huhu.. tapi tu dulu.. masa abah muda-muda.. biasa la tu..

Tapi abah tak penah pukul aku..

Ada satu time tu, masa makan nasi, aku tercekik tulang ikan.Sejak tu, aku jadi fobia makan ikan.Abah tak mahu aku jadi takut makan ikan, tiap-tiap kali makan, dia cubitkan ikan, pastikan takde tulang, then letak kat pinggan aku..

Ada satu time tu, aku makan nasi sampai tak boleh nak bangun.Bersandar je sbb kenyang sangat.Abah pun bangun ambik senduk kat dapur, dia urut-urut blakang aku.”Satu kasi atuk.. satu kasi nenek..” kata abah.. Entah petua Jawa mana la saya tak tau.. pastu elok la buleh sendawa..

Ada satu time tu, motor abah tak boleh start.Abah cuba-cuba start kat luar rumah.Lepas tu dia keluar ngan mak.Tinggal aku sorang kat rumah.Abah lupa nak tarik kunci kat motor.So aku pon try start.Buleh plak.. Aku yang tak tau naik motor lagi masa tu, gi masuk gear, pastu pulas kuat-kuat.

Motor tu terus jalan langgar pasu bunga kat luar rumah.. time tu petang, sume orang tengah rehat-rehat kat luar rumah.Jiran ramai-ramai datang tolong angkat motor.Nasib baik tak masuk parit.Motor abah pecah lampu signel ngan ada rosak2 lagi ape tah.

Aku lari nyorok dalam bilik air.Bila abah balik, dia dapat tau dari jiran.Dia terus marah aku.Tapi abah nak nangis masa marah tu.Tak lama lepas tu, abah jual motor tu.Motor yang ada kenangan lama dengan dia, motor yang dia bawak pegi kerja sekian lama.Tapi abah kata, “Sebab motor ni anak aku jatuh..”

Hari ini, abah dah pencen.Abah dah duduk rumah tiap-tiap hari.Dah ada tanda-tanda tua kat muka abah.Mungkin hari ni abah boleh senyum tengok anak-anak dia jadi manusia yang elok.Tapi suma tu tak akan berhasil kalau abah tak usaha gigih masa dulu.

Dalam gelak tawa abah hari-hari, ada tanda kerut di wajah nya yang bagitau, membesarkan anak-anak perlu kan perit jerih dan pengorbanan..

Buat abah,

Selamat Hari Bapa.

Lesu

11 Jun, 2009 at 12:33 am | In Life, es_ei_sa | 5 Comments

Kehidupan akhir-akhir ini..

1) Bergerak

Jadual kehidupan berubah.Tak sama dengan yang di Jepun dulu, dan masa belum bekerja, masa menganggur 2,3 minggu lepas balik ke Malaysia.

Hari-hari bangun, mandi n pergi kerja sekitar pukul 7:40 am, target sampai sebelum 7:50 am sbb ada semacam meeting kecil pagi2 pukul 7:50 am.Tak datang meeting pun tak pe tapi bersegan la kalo tak datang or datang lambat, nnti boss jeling-jeling.Masuk kerja sebetul nya / slot card kene buat sebelum pukul 8:00 am.

Aku pegi kerja naik motor je.Huhu.. Kalo orang tanya kenapa, aku jawab sebab jem, memang la alasan nya jem tapi alasan lain, sebab takde kereta.Huhu lagi.. Kenapa tak beli kereta? Belum mampu la nak bayar bulanan.. down payment lagi.. dengan nak save duit bulan2 lagi.. nanti la dulu bila ada rezeki..

Kenapa tak bawak balik kereta dari Jepun? Entah la.. Aku rasa kalau ada keinginan nak bawak balik kereta dari Jepun, korang kena la ada cukup modal untuk segala urusan dari jepun sehingga la kereta tu lepas JPJ kat Malaysia nanti.Untuk itu, saving masa kat Jepun amatlah penting.Kalo tak saving, kurang kena la mempunya duit di Malaysia. Mungkin ada yang kata apsal tak pinjam pakcik makcik ke? Jawapan nya masih sama.. Entah la.. saya tak suka pinjam-pinjam ni kalau boleh.Rasa macam menyusahkan orang.Hu Hu Hu..

2) Penat

Buat  masa ni, Hirose balik pukul 5:00 pm.Dulu sebelum gawat balik pukul 5:30 pm.Tapi buleh OT, syarat nya paling kurang 2 jam, so sampai pukul 7:00 pm la.Dan dalam setiap bulan, biasa nya memang akan ada satu hari Sabtu yang wajib bekerja.Aku ni bukan la suka sangat OT, sebab penat.Dapat pun tak la banyak mana 2 jam, tapi ye la, rezki kena la cari.Tapi biasa nya, buat masa sekarang ni, aku kadang-kadang OT sbb tolong-tolong orang lain buat kerja, sebab diri sendiri tak berapa nak ada kerja.So tolong la diorang..

Tapi nanti, bila dah ada kerja, aku akan OT sbb buat kerja aku pulak.Hu Hu Hu.. Time jadi student, slalu gembira bila kelas takde, or hari khamis sbb balik pukul 3:00 pm. Balik-balik je terus tido petang, bangun makan malam nanti. Tapi sekarang, kalau balik pukul 7:00 pm, mmg rasa tak larat buat apa.

3) Toubang

Rumah kitorang ni, kitorang duduk berlima.Rumah teres 2 tingkat.Dalam kalangan kitorang ber empat (yang sorang lagi tu mcm tak offer diri) , kitorang ada giliran masak malam.So, kalo hari tu kene giliran ko, tak la di galak kan ber OT. Tapi ok la, buleh la jimat sikit.

Lepas makan, biasa nya kitorang akan duduk-duduk tgk tv.. rasa mcm dah penat tgk tv, aku akan naik atas, (bilik aku tingkat 2) untuk mandi.Lepas mandi, akan turun lagi tengok tv lagi, muvie ke hape.Time tu mmg biasa nya tgk 20 minit je paling kuat pun, kalau ada cerita best, lama la sikit. Lepas tu, aku naik, untuk termenung.. dah tak larat nak buat apa.. Time ni la aku nak lepak2 depan pc.. men2 tenet..

4) Tensi

Bila kita penat, kita akan senang nak marah.Tenaga untuk bersabar akan susut.Lagi-lagi, kalau kat office tadi bertensi. Kadang-kandang, bila balik kerja penat-penat, ada prob lain pulak datang.. tak kesah la apa-apa pun, sakit perut ke.. itu rusak la ini rusak la.. tak buleh bukak pintu sbb kunci ketat la.. Memang masa tu, rasa nak nangis.. nak meleleh air mata..

Ni aku belum start kerja betul-betul.. Still ada Mat Daus buat kerja, aku tolong-tolong je, kang lepas ni Mat Daus dah serah semua kat aku, mau aku gigit pintu rumah tu hari-hari ke apa.

5) Distance

Memang lumrah, bila jauh.P Ramlee kata, lidah yang dalam mulut tu, yang rapat dengan gigi pun, buleh kene gigit, apa lagi yang jauh.. yang tak dapat tengok hari-hari. Bukan taknak.. tapi tu la.. macam-macam alasan ada..

Ramai geng-geng kat kilang yang dah kawin.Bila tanya diorang,

Ko takde gaduh-gaduh ke dengan bini ko??

Diorang nanti jawab,

Biasa la tu, nanti ko kawin ko tau la..

Kita pun tanya balik,

Tak tension ke gitu..

Dan dia buat kita senyum bila dia kata..

Kau bayang kan.. kau penat-penat kerja, lepas tu kau balik maghrib-maghrib, sampai rumah, kau bukak pintu, anak kau ada kat situ gelak-gelak panggil kau  ” Ayah..”

Kau akan rasa, penat-penat kau sampai pukul 7 tadi tu hilang.. terbang.. melayang..

Kita pun senyum la sorang2.. berangan2..

Tapi lepas 2,3 saat, kau tak jadi senyum.. sebab kau baru perasan kau tak kawin lagi.. kau pun tak de anak nak panggil kau “Ayah..” cam member kau..

Tapi ada gak la bantal2 peluk ngan ultraman atas katil tunggu.. jadilah~~

6) Tawakal

Ya Allah,  berilah aku ketenangan, ketabahan, kekuatan, kesabaran dalam menempuh ujian, cabaran dan kehidupan yang engkau telah tentukan hujung nya. Tetapkan lah hatiku.. imanku.. dan berilah aku hidayah mu agar dalam perjalanan ini, aku di temani cahayamu, moga aku berjaya dalam segalanya..

Amin..

Glosari

Touban = Giliran

Dilindungi: Dikir Barat

7 Jun, 2009 at 9:55 pm | In Uncategorized | Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


Aka Iro no Fude Bako

1 Jun, 2009 at 2:29 am | In Mari Fikir, Soal Hati, Susah Faham, es_ei_sa | 12 Comments

Katakan lah saya seorang budak sekolah rendah.

Ya, saya pernah jadi budak sekolah rendah.Pensel, adalah nadi utama sebagai budak sekolah rendah.Tanpa pensel, budak sekolah rendah tak boleh menulis.

Pensel di simpan dalam bekas pensel.Saya ada sebuah bekas pensel.Bekas pensel saya warna merah.Saya suka warna merah.Saya sayang bekas pensel saya.Hari-hari saya bawa bekas pensel saya ke sekolah.Saya jaga elok-elok.. Saya simpan alat-alat tulis saya dalam bekas pensel saya.Termasuk pensel, nadi utama saya sebagai budak sekolah rendah.

Bekas pensel tak pernah lalai menjaga pensel saya.Ada ketika nya, tanpa sengaja, saya terjatuhkan bekas pensel saya.Tapi pensel saya tak pernah rosak.Semua disebabkan bekas pensel yang bagus.

Sekarang, saya bukan lagi pelajar sekolah rendah.Saya sudah bekerja.Saya dah tinggalkan dunia sekolah rendah.Namun, bekas pensel kesayangan masih setia menjaga pensel saya.Dari dulu hingga sekarang, apa yang saya simpan dalam bekas pensel, tak pernah rosak.Tapi, macam mana agak nya bekas pensel merah saya. Adakah dia rosak di dalam walaupun luaran nya elok?

Entah la, kesian bekas pensel saya.Dah beberapa kali dia jatuh.Tapi dia masih menyimpan pensel saya dengan elok.Saya tak buat apa-apa pun untuk bekas pensel saya yang setia menjaga pensel saya.

Saya harap, pensel saya takkan rosak bersama bekas pensel merah kesayangan saya.Biar lah dia menjadi satu-satu nya bekas pensel saya.Sampai bila-bila..

Akai Iro no Ude Bako

Aka Iro no Fude Bako

Glosari

1)  Aka Iro no Fude Bako :  Pensel Box berwarna merah

dunia23

29 April, 2009 at 7:11 pm | In Life, es_ei_sa | 6 Comments

Arini (28hbln) patut nya dapat gaji.. tapi tak tau ar gaji aku masuk ke tak.. sbb klau ikut kiraan, gaji di kira smpai 21 hbln utk setiap bulan.. aku start kerja 20hbln aritu.. takkan dapat gaji sehari je.. hu hu hu..

Aku dah start dengan kehidupan baru.. hidup kembali ke tanah air.. Malaysia.. dah start kerja.. tapi tak tau la brapa lama bertahan kerja ni.. kerja kat Shah Alam.. kat syarikat Jepun kat Shah Alam.. Hirose Electric (M) Sdn Bhd. Kilang buat connector kat seksyen 26.. Not as engineer ar tapi.. takpe la cari pengalaman.. arini adalah hari ke 7 bekerja.. tak start lagi tugas sebenar kat Hirose..

Minggu lepas 5 hari just dok melangok je n tolong-tolong orang len buat kerja n burak2 ngan staf2 kat situ.. Minggu ni plak.. start smalam, mula la training.. selama seminggu smpai ari khamis ni.. pastu baru ar mula tugas sebenar kot.. kerja kat Product Control Department.. uruskan order n keluar masuk barang untuk  company dari Jepun or Local..

Tak banyak yg buleh story sbb baru lagi kerja.. nanti2 la.. dah kenal nnti ramai2.. aku cerita la pasal Hirose..

kek arijadi ke 23

kek arijadi ke 23

Thanks buat family.. member2 yang kasi hadiah ke.. ucapan ke utk hari jadi kali ni.. terasa gak dihargai walaupun aku ni jarang nk ingat hari jadi orang.. family sndiri pon tak apal arijadi diorang.. hu hu hu..

*****************************************************************

28 April 2009.. 23 tahun dalam dunia.. kalau fikir tentang zaman kanak-kanak, mungkin terasa tua.. tapi kalau fikir tentang masa depan, terasa muda.. jauh lagi perjalanan.. ada lagi cita-cita yg belum tercapai.. harapan tinggi melangit.. tapi usaha tak seberapa..

Alhamdulillah.. buat kali ke 23 nye, tubuh badan dan roh ini menempuh tahun demi tahun.. kita mengeluh seringkali bila ditimpa bencana.. ujian.. masalah.. sakit.. sibuk.. yang itu manusia ingat.. tapi manusia lupa untuk bersyukur pada udara yang kita sedut seharian untuk bernafas.. air yg kita minum.. rezki yg kita perolehi..

Entah dari mane, suatu hari datang gembira.. riang.. senyum tawa.. tapi, tiada satu lafaz pun untuk tampilkan syukur..

Dan bila suatu hari datang sedih.. duka.. kecewa.. kesal.. gagal.. maka, habis penuh lah satu alam dengan kata-kata kufur.. kata-kata benci.. dunia, lihat lah besar nya azab ini..

Yang Islam.. yang kafir.. yang tahu tentang akhirat.. sedar akan dekat dan hampirnya kita dengan kiamat.. namun, peringatan tanpa tindakan.. apalah gunanya..

Sedarlah hendaknya diri ini.. dan yang lain..

Burger

15 April, 2009 at 1:45 am | In Bergelak Kah? | 14 Comments

Tadi lepas maghrib aku beli burger kat tepi masjid.. tapi lepas isyak smbil tgk wrestling ngan abah baru aku makan.. pastu abah tanya..

Burger ape tu ngah..

Aku pun jawab..

Burger ramli..

Eh, ko silap tu..

Eh, betul la.. abis betul nya ape..

Buger ramlai.. kan eja nye “y” bukan “i”

Pastu abah gelak tekekeke..

Pastu abah tanye lagi..

Buger ayam ke buger daging..

aku jawab ar,

Buger daging..

Pastu abah kata,

Ooo.. ko penah makan buger perut ayam??

Ha??

Pastu abah tekekekeke lagi..

Seven

14 April, 2009 at 12:54 am | In Bergelak Kah?, Life, es_ei_sa | 8 Comments
Tags: , ,

Dalam kegawatan ekonomi ni, yg mana syarikat2 besar macam Sony pun buleh terjejas, aku terasa bertuah dan bersyukur ar ada rezki di panggil temuduga..

Gaji nye sikit ar tapi.. tak sampai 12 000.. ha ha ha..

Tiba-tiba rasa cam tak lawak plak.. sorry ar..

Time interview tadi, nasib bek dia kasi cakap sama ada nihonggo ke english.. tapi dia prefer cakap english.. tapi aku melawan cakap

saya lagi suka cakap nihonggo..

Time tu aku terasa aku ganas.. macam Bandi Amuk..

Panel ada 4 orang, 2 Japanese, 2 Melayu.. sorang melayu tu mcm tak reti cakap jepun je.. dia tak tanya apa2 pun kat aku.. Haha.. sedap2 je cakap dia tak reti.. tah hape la jawatan dia kat situ tah..

Tapi tu ar.. apsal suma kat situ termasuk akak yg uruskan aku punya interview tadi pun panggil aku SHAHRUL.. padahal time dia tanya tadi aku dah bgtau dah

Panggil saya AZLAN..

Ye la.. ye la.. memang ar nama aku.. tapi cam terasa huzil ar..

Time medical check up pun orang klinik tu cam panggil aku SHAHRUL.. ntah, tak ingat sangat..

Tak puas ati btol pasal medical check up tadi.. Bro india tu suh bukak baju, sbb nk X ray.. aku tanya la..

Buka suma??

dia jawab..

Ya la.. suma la..

Aku cam besegan ar mula2 sbb dalam bilik tu ada nurse pmpuan dalam umur lebih kurang ar ngan aku.. awal 20an ar.. tapi takpe ar.. takkan ar nk kata

Takmo X ray.. tak mo X ray.. nak balik.. nak balik..

kot..

Time aku lekap kan badan kat benda x ray tu.. aku dengar minah2 nurse tu terkekekeke kat blakang..  Udah~~ apa la diorang gelak ni.. takkan diorang gelakkan aku kot?? Suar aku kuyak ke?? takkan time tu nk toleh.. takkan nk pegang2 punggung raba2 takut ada kuyak..

Tawakal la.. aku relakan di kekeke.. Siot~~

Masa ambik urine, gitu gak.. dia cam tersenyum2 plak masa aku kasi urine tu..

Tak penah tgk air kencing ke ape..  Abis tu, aku cam nk lari dah tak mo datang klinik tu sampai 8 juta taun.. tapi tu ar.. tu klinik panel company nk kerja tu.. sakit demam kena pi gak..

Aduyai~

Ape2 pun.. semoga semua nya yg akan datang lepas ni, cabaran n dugaan, dapat di tempuhi dengan tenang dan penuh pengharapan pada yg Esa, Allah subhanahu wataa’la..

p/s; arini ulang bulan tgk ultraman ke 7.. Selamat ke-7

Nafas

10 April, 2009 at 2:41 am | In Mari Fikir | 6 Comments
Tags: , , , , ,

Arini, Najib baru je umumkan kabinet baru yg akan menggerakkan Malaysia bersama2 dengan kepimpinan dia..  Nafas baru untuk sekelian pemimpin Malaysia.. Semoga berusaha dengan sungguh2..

Hari yang sama, di Shah Alam, Sirul dan Azilah, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, setelah rayuan mereka ditolak.. tah berapa lama lagi diorang buleh bernafas ntah..

2 situasi berbeza dalam dunia yg sama..

Teringat time zaman skolah rendah dulu, slalu dengar khutbah jumaat kata,

Bekerja lah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal lah seolah2 kamu akan mati esok hari..

Cari la duit banyak2, tapi di samping tu, jgn lupa ibadah kita pada Allah.. kene seimbang dunia akhirat..

Wallahu A’lam..

Kerdil

9 April, 2009 at 2:30 am | In Uncategorized | 4 Comments

Salam..

Currently in Malaysia..

Ok,  apa kata kita batalkan hasrat tulis dlm english.. ekekeke..

30 hbln aritu, petang, secara rasmi nya aku menghabiskan kehidupan 3 tahun di Jepun.. Jejak kaki kat Malaysia, mcm ada suara sebut..

“Habis dah 3 taun..”

Aku bertulak dari Kansai, sedang member2 se kosen yg lain bertolak dari Narita.

Sebak kalau ingat2 balik.. Kerdil nye rasa diri ni bila tgk keliling yang lain tu bukan bech sendiri..

Sama gak keadaan nya ngan Taklimat JPA keesokkan hari nya..

Kerdil nye la rasanya..

Lepas ni nk kerja plak.. entah apa la yg tunggu.. bakal kene marah hari2 lagi ke ape ntah.. camne la perjalanan lepas ni.. rasa cam nk duduk rumah lama2 lagi.. tapi kang gemuk plak.. asik makan je.. peluh kuar pun sbb panas.. bukan sbb bergerak.. huhu..

Umah dah ada streamyx.. huehohehoheh.. tapi bila download speed dia sikit gila.. tapi tgk youtube ok plak.. huh, takpaham..

Dok umah ni saban hari bersama emak dan abah.. nnti la len kali cita pasal mak ngan abah plak..

Salam..

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.