Azam

Zali hembus nafas lelah panjang. Lega rasanya dapat duduk di kerusi plastik putih itu. Seharian berhempas pulas dengan kerja akhirnya dapat juga dia berehat tenang sambil bersembang kosong bersama teman.

“Sekejap je dah 2015. Cepat betul masa berlalu. Betul la kata orang, dunia dah nak kiamat.“

Hakim yang duduk berhadapan dengan nya masih ralit dengan telefon. Jari jemari menari laju menekan skrin. Tiada respon dari Hakim.

“Azam aku tahun lepas nak kurus tak berapa tercapai la. Tapi tahun ni aku ada azam baru. Aku nak buat bisnes. Target aku dalam tahun ni juga, aku nak jadi antara orang terkaya di Malaya.“

Zali ucap penuh semangat. Hampir sahaja dia berdiri kerana kobar semangatnya itu. Mujur ditahan Hakim.

“Azam tahun lepas pun tak lepas dah nak buat azam baru. Ko patut fokus satu-satu. Baru boleh berjaya.“

“Takpe kim, kita ni kene pandang ke depan. Kita kalau ada cita-cita tak boleh tangguh. Kita kene terus maju.”

Hakim hanya senyum sinis.

“Eh, kau takde azam ke kim. Ke azam ko sama macam tahun-tahun lepas.”

“Ada.”

“Apa.”

Hakim gelak kecil lalu berkata

“Azam bin Ahmad.”

“Aku dah agak dah. Kau ni. Lawak tu dah basi kim. Kita kene usaha gigih. Lagi-lagi tahun ni ada GST. Kalau kita tak mula dari sekarang, susah kita nanti.”

Zali keluarkan kotak rokok dari kocek bajunya lalu di koyak plastik yang membaluti. Gambar sengsara di kepala kotak sikit pun tak dihirau.

“Kau tengok kedai mamak ni. 24 jam buka. Tak reti penat. Tu baru satu kedai. Aku rasa dia ada 2,3 cawangan agak nya kat Selangor ni. Orang-orang kita patut ambik contoh.”

Teh tarik yang dipesan Hakim tiba. Kebetulan pemilik restoran itu, Hamid, yang menghantarnya.

Zali yang nampak teruja melihat kelibat Hamid terus menerpa tanya.

“Hamid, saya tengok you punya kedai banyak maju. 24 jam non-stop customer datang.”

“Tada la tuan. Sikit-sikit saja.”

“Hamid, so tahun ini apa kamu punya azam. Mau tambah cawangan lagi ka.”

Hamid letak gelas teh tarik yang dipegangnya sejak tadi di meja, lalu berkata

“Kamarul Azam.”

Sengih.


28

28) Hari ini, tarikhnya bernama sama dengan bilangan datangnya, 28.

28) Kalau di bilang unit masa hari, nampak terlalu jauh tempoh yang sudah berlalu.
Tapi kalau suruh di cerita, dalam tempoh singkat, habis lah segala hikayat.

28) Dunia hanya mainan. Kita dibuai keindahan hingga kadang kala kita lupa apa yang menanti selepas kehidupan yg sekarang kita lalui ini.

28) Selamat hari jadi aku. Macam-macam dah berubah. Tanggungjawab makin besar. Penghargaan tertinggi buat mak abah tersayang, isteri tercinta, khaliss my son, family dan sahabat handai ter dekat.

28) Terima kasih buat semua watak dalam jalan cerita kehidupan ini sepanjang 28 tahun. Tanpa anda, dunia saya tiada cerita, tiada seri. Mungkin tanpa anda juga, cerita tentang saya tidak wujud.

28) Seringkali, hari jadi adalah hari yang agak sentimental buat saya. Mengenang kembali apa yang telah berlaku 28 tahun kehidupan.

28) Sehingga sampai hari ini, kehidupan sekarang, pernahkah terfikir dahulu, kehidupan hari ini akan berlaku sebegini cerita nya. Maha suci Allah, merancang segala sesuatu penuh hikmah.

28) Kehidupan dari hari esok, siapa pun tidak tahu. Sama seperti hari ini, tatkala difikirkan tentang nya semalam. Pada esok, kita mungkin tersenyum atau mungkin menangis, mengenangkan hari ini.

28) Kehidupan terhad pada ruang lingkup masa.

28) Cukuplah dulu sampai di sini. Jarang-jarang update blog, lain kali datang lah singgah lagi kalau sudi.

28) 28 point untuk entry kali ini.

28) Betul, tak cukup kalau kira. Itu adalah nombor yang ditulis ditepi. Sesuai untuk tarikh hari ini dan hari jadi.

28) Ya, sedikit geli. Tak boleh lari. Kehidupan memang begini.

28) Darab 2 baru jadi. Sehingga jumpa lagi.


My Way

Hari Sabtu lepas aku pegi tengok cerita korea, My Way tajuk nya. Cerita ni cerita perang kategori 18SG. Kalau sape2 tak suka scene ganas2 tembak2, tak payah pegi tengok kot.. video bawah ni pun agak ganas..

Sinopsisnya, ada 2 orang manusia, kenal sejak kecil, sorang Korean, sorang lagi Japanese. Diorang ni kuat berlari, and banyak kali masuk pertandingan marathon. Kira rival la dari kecik sampai la besar. Satu hari korean ni entah macam mana dijadikan askar kerahan untuk Jepun, dan dipaksa pergi berperang demi Maharaja Jepun. Ironi nya, rival Japanese dia ni plak jadi Ketua Tentera Jepun untuk batalion yg dia ada dalam tu. Filem ni tentang perjalanan hidup diorang dari jadi tentera Jepun, kepada tentera Soviet and last skali jadi tentera German..

Kalau sape pernah tengok Saving Private Ryan, scene perang mula2 dalam Saving Private Ryan, pertempuran tentera America dengan tentera German dekat pantai Normandy tu, menjadi scene last dalam cerita My Way ni. Apa yang menarik nya, cerita My Way ni, adalah dari cerita betul, berkisarkan sekeping gambar, yang menunjukkan seorang Korean, pakai baju tentera German

Pengarah cerita ni tertarik dengan kisah pasal gambar tu dan buat la cerita My Way ni. Apa yg memang betul-betul terjadi adalah seorang rakyak Korea, yang terpaksa jadi tentera untuk 3 negara, Jepun, Russia dan German. Agak menakjubkan dia boleh tempuh banyak pertempuran dan masih hidup walaupun dah jadi tentera 3 negara. Lain-lain dalam My Way ni pasal Olimpik la, member dia orang Jepun la sume tu pentipu je..

Pasal gambar tu boleh baca kat link bawah ni..

http://english.hani.co.kr/arti/english_edition/e_entertainment/507281.html

Tapi aku suka la cerita ni, panjang sikit dalam 2 jam setengah cerita dia.. Battlefield tak tengok lagi, tapi yg pasti battlefield bukan cite betol.. huhehuhe..


Semangat Update Blog

Assalamualaikum,

Lama tak berupdate blog ni.. last post 22 Februari 2011, cerita pasal pegi menghantar abang boi kawin di Kedah, dan 2 hari lepas adalah majlis kesyukuran dan cukur jambul anak abang boi yang pertama.. hehe.. lama betul tak update blog dekat setahun lebih.. dulu masa kat nihong, paling tidak pon sebulan sekali la update..

Biasa la tu.. kat nihong kehidupan adalah depan pc.. kat Malaysia tak la sekerap nihong duduk depan pc.. dan cerita2 kehidupan di Malaysia seolah2 tiada apa yang nampak menarik untuk diceritakan..

Tapi takpe..

Lepas baca blog Wan kosen tadi, rasa cam ada semangat sikit la nak update.. tak tau la kalo semangat ni esok lusa padam, terus lah kehambaran blog ni berterusan.. 

Persoalan nya, ada ke lagi sape2 yg follow blog ni setelah setahun lebih tak berupdate?

Kalau ada, terima kasihlah.. teruskan sokongan.. anda tidak akan menyesal.. keh3..

Jumpa la lagi next post.. semoga adalah post nye.. hehe..


Alor setar bukan Aziz satar

image

2 juta tahun xupdate blog.. update la sikit.. hehe.. kat depan tv ni guna phone update.. hehe lgi skali.. hehe..

Baru2 ni, awal bulan 2 aritu, aku bawak kete pegi alor setar.. sebab utama pegi adalah kerana menghantar abang boi kawin.. dia dpat orang jauh, so kne la mghantar beramai2.. so aku adalah salah sorang driver.. dari banting gerak 6 krete klo xsilap.. and ni lah perjalanan paling jauh aku n kereta aku tempuh setakat ni..

Perjalanan tu lebih kurang 500 km.. dlm 6 kerete, ada gak la kete family padil sebuah.. sbb dia ngn papa mama (parent abg boi) dah berjiran lama so diorang pon follow la berjauh2.. Xde apa yg nk diulas tentang perjalanan pegi.. tpi perjalanan balik tu terasa jauh terpaling..

Bayangkan, kitorang start balik dari alor setar sekitar pukul 4 pm, tpi sampai banting, sekitar 330 am.. dekat 12 jam dlm kete.. aku drive sorang-soreng. Tapi aku xkesah pon.. ye la.. xkan nk bgi abah yg dah nk cecah umur 60 plak yg bawak.. bagi orang yg dah biasa travel masa musim perayaan, ni mungkin pngalaman biasa, tpi pada aku, ni pengalaman no 1.. Apa2 pun, syukur alhamdulillah, semua selamat sampai.. kereta pon xde yg meragam..

Tapi aku rasa, antara bnda yg penting bila kita jalan jauh, tpi slalu dilupakan ialah no telefon kecemasan.. contohnya, no telefon hotline lebuhraya dan hotline insurance kereta.. yg aku tau, insurance kereta ni kalo rosak boleh call n diorang boleh dtg tolong.. sama la mcm highway nye hotline.. so, save la no2 penting mcm ni dlm henset..

Tu je la tuk kali ni.. klo rajin tulis lagi.. Assalamualaikum..


Baca buku sekali sekala..

Assalamualaikum,

hehe.. orang baca buku,pastu review, aku pon nk baca buku, nk review gak.. kehkeh..

itu hari ada member suruh tengok2 kan buku n suh belikan la kalo terjumpa.. masa tu member tu cakap maybe ada kat KLCC nye kinokunia tapi itu hari aku tak jadi gi klcc, aku gi sunway pyramid.. aku tengok2 kan gak la kat popular kat situ tapi tak jumpe.. yang aku jumpe, buke cerita perang, sebab harga dia murah, RM15 je, aku pon beli la.. hehe..

Ok, buku ni keluaran syarikat PTS.. tajuk dia, siri pahlawan islam, Muhammad al-fateh, penakluk konstantinopel.. buat yang tak tau, konstantinopel ni nama lama.. sekarang ni, konstantinopel lebih dikenali sebagai Istanbul. Buku ni kalau tak campur pendahuluan ngan glosari kat belakang tu, adalah 329 muka surat.

Aku kan, sebenarnya buku2 tebal gini yang aku pernah baca, Konserto Terakhir dan Bukit Kepong. Haa.. tu je 2. Itu pun terpaksa, sebab masuk dalam SPM, tak baca kang, tak reti nak goreng2 plak masa exam.. selain dari 2 buku tu, memang tak pernah la.. so buku ni, MUNGKIN.. jadi yang ketiga.. tapi entah bila habis, aku pun taktau la.. malam pertama lepas beli buku ni, aku dengan semangat berkobar2, start la baca.. aku baca gak part Pendahuluan.. sebab pendahuluan dia bukan tulisan ucapan2 pengarang, tapi lebih kepada sinopsis cerita.. haha.. tu pun lepas baca satu perenggan.. aku tertido..

Kali kedua buka buku ni, aku berjaya la tamatkan pendahuluan.. yang sebenarnya tak sampai 4 helai pun.. pas abis pendahuluan, aku stop and buat bende lain.. malam semalam aku baru abis baca BAB 1. Aku tertarik kat buku ni sebab, aku tak pernah plak rasa camne baca buku cerita perang.. kalo movie cerita perang, memang la biasa nya tak menghampakan.. tapi feel baca buku perang, tak tau camne.. so ni nak try la ni.. hehe..

Serba sedikit tentang cerita ni..

Kota konstantinopel ni memang sejak dulu jadi rebutan banyak pihak, antara sebab nya, dikatakan kota ni berkedudukan stratergik antara Asia dan Eropah.

Sekiranya aku menguasai Konstantinopel, maka mudah la aku menguasai dunia..

Itu yang cakap tu Napoleon Bonarpate..Orang perancis.. entah tak ingat.. tapi cam glemer je dalam buku sejarah.. kata2 ni pun aku petik dalam buku ni la.. taktau la macam mane nak check betul ke dia cakap gitu ke tak..

dalam buku ni ada tulis, Nabi Muhammad SAW ada bersabda,

Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan..

(H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Antara tokoh2 hebat yang pernah try untuk tawan konstantinopel ni, Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufian, Sultan Sulaiman and Khalifah Harun Al-Rasyid.. tapi semua nya gagal.. and last sekali, Sultan Muhammad Al-Fateh ni la yang berjaya.. macam mana dia boleh tawan? entah aku pun taktau.. kena la baca buku ni sampai habis.. tah bila la nak habis..

Ok la.. nk tulis banyak2 pun taktau sbb aku baru abis BAB 1 je pun.. keh2.. doakan la semoga berjaya habis.. hehe..

So, semoga korang sume mendapat lindungan dah rahmat Allah.. n aku gak.. insya Allah..

Assalamualaikum..

http://pts.com.my/


Fujitsu

Malas la plak nak update blog akhir2 ni.. huhu.. bukan akhir2 ni, tapi sebenarnye sejak 8 taun lepas.. selalu ada terpikir nak update macam ni macam tu, tapi bila depan pc, eh, nnti la.. esok lusa pon boleh update.. lama2, 8 taun tak update..

Takde pe nak cerita sangat.. just benda2 yang berlaku dalam life yg fana ni..

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.. ada dalam quran tu kalau rajin check la.. tapi komputer boleh dikira bernyawa ke? huhu.. baru2 ni pc yang aku guna sejak kat Jepun dulu dah berosak.. tak la rosak ape pun sebenarnya.. dia nye screen je aku rasa terhuzil skit..

Aku beli tahun 2006. Jejak je kaki kat jepun, minggu pertama tu aku dah gi Yamada Denki ngan okasan beli. Duit JPA bagi masa kat Malaysia dulu tu aku guna. Ye la, kat Jepun ni PC boleh kira nyawa gak la.. hidup kat jepun bukan ada kawan2 sangat.. kahkahkah.. hape korang ingat boleh kawin ngan awek jepun ke? kahkahkah gelak lagi.. so PC ni la yang menerangi kehidupan siang dan malam.. makan pc minum pc tidur pc.. sume pc.. and bila pc rosak, hidup adalah serba tak kena. Tapi keadaan tu tak sama ngan Malaysia. PC rosak kat Malaysia sedih gak la.. tak sedap hati gak, tapi still ada tv yang cakap nye boleh paham.. still ada kawan2 yg boleh gelak2 ajak minum kutuk2.. lagipun aku ada henset Android yg ada Wifi.. keh2.. bleh la tgk FB depan tv sambil tengok cerita si capik.. kalo tak pun, time kerja aku still leh FB stalking che nash..

PC lama brand Fujitsu, model Biblo tak ingat no siri, sebenarnye tak pernah ambil tau pon.. processor, intel celeron M. Lama tahap gaban.. and tak canggih langsung.. masa beli dulu all in Yen 15 0000 lebih kurang. PC ni sejujur nye, slow. Tapi kualiti mmg bagus, bayangkan, aku guna dari 2006, April and baru rosak tahun ni, 2010, Oktober. Oh, ada sekali rosak masa kat Jepun. Dia nye sound dia hilang. Tu pun sbb speaker. Aku dapat speaker tu dari senior Kemboja, Deth, dia nye woofer dah huzil sikit, tapi speaker lain ok, so aku ambik la. Pastu lama2 guna, aku rasa woofer tu mengeluarkan bunyi mcm tak best, and aku fikir bek takyah woofer ni lagi bagus, tapi sambungan wayar dia cam rumit skit, and takleh nk buang gitu je. Aku pun memandai2 gi buka woofer tu, and potong wayar dalam tu selamber je. Hasil nye, speaker ni akan jadi MAX volume secara tibe2 tak tahu bile.. sukahati dia je.. and sampai satu tahap tu, dia MAX volume then senyap terus. OK. time tu senyap sbb dia dah rosakkan sound pc aku. So, sbb under warranty, antar la balik pc gi yamada denki betolkan 2 minggu baru siap. Tu la sekali dia rosak, and 2nd kali nye haritu, and aku takmo betolkan sbb kos dia dekat RM600.

Untuk menyelamatkan data2 dalam pc ni, aku nak keluarkan hard disk dia, and masukkan dalam hard disk enclosure supaya leh jadi external hard disk. Satu petang aku gi kedai pc cakap nak beli hard disk enclosure, dia tanya jenis hard disk SATA or IDE. Huhu hape tu? Rupanya hard disk ada 2 jenis ye, SATA and IDE. Yang baru2 ni biasa nye SATA, dah takde dah orang nak guna IDE. huhu.. taktau.. aku pon terpaksa la tangguh kan niat nak kuar kan hard disk, sampai la aritu aku gi balik kedai tu bawak sekali PC ni, suh orang tu kuarkan, ha tengok sendiri jenis pe, pastu pasangkan skali dalam enclosure dia. OK, aku nye hard disk ni IDE. Enclosure dia mahal skit sbb dah takde orang nak beli. RM50 sume siap pasang.. huhu boleh la..

No life without PC. Ayat reke sendiri.. tapi aku rasa sume orang setuju kot. Kecuali mak bapak and keturunan atas2 mereka. So, selepas buat research skit kat tenet, and tengok2 mane murah.. aku pun beli la gak pc.. brand fujitsu gak, model LH530.

Intel® Core i3-330 (2.13Ghz, 3MB, 1066Mhz)
Genuine Windows® 7 Home Premium
2GB DDR3 1066MHz
14.1″ Super Fine HD LED back-light with 220nits High Brightness
320GB SATA
ATI Mobility Radeon HD5430 with 512MB Dedicated Memory

kalo beli kat online store fujitsu Malaysia, http://www.buylifebook.com/ harga dia RM2199 tapi promotion dia kasi RM2099, free backpack and penghantaran. OK, sape taktau backpack tu ape? backpack tu beg laptop yang sandang belakang cam budak sekolah.. aku pun baru tau masa tgk fujitsu nye online store tu.. kehkehkeh.. tapi aku tak beli kat online, aku beli kat digital mall, PJ. Dia letak RM2199, free headset ngan tambah 2G RAM so jadi 4G. tapi mintak murah dapat RM2130. So sekarang hidup la aku ngan pc nisetelah hampir seminggu.

Tambah ngada2 lagi, aku beli gak laptop cooler. Huhu.. kali ni beli kat alamanda plak..

http://www.coolermaster.com/product.php?product_id=4472&category_id=16

 

Kenang2 balik sedih gak la.. PC ni banyak berjasa.. tapi ye lah, kene redha la kan.. yang pergi tetap pergi.. papepon thanks la kepada pc ni, taktau nak letak mane. Nak buang sayang.. kalau ada muzium bleh la letak situ.. huhu..

K la, kalo rajin tulis lagi.

Bye. Salam.


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.