Azam

Zali hembus nafas lelah panjang. Lega rasanya dapat duduk di kerusi plastik putih itu. Seharian berhempas pulas dengan kerja akhirnya dapat juga dia berehat tenang sambil bersembang kosong bersama teman.

“Sekejap je dah 2015. Cepat betul masa berlalu. Betul la kata orang, dunia dah nak kiamat.“

Hakim yang duduk berhadapan dengan nya masih ralit dengan telefon. Jari jemari menari laju menekan skrin. Tiada respon dari Hakim.

“Azam aku tahun lepas nak kurus tak berapa tercapai la. Tapi tahun ni aku ada azam baru. Aku nak buat bisnes. Target aku dalam tahun ni juga, aku nak jadi antara orang terkaya di Malaya.“

Zali ucap penuh semangat. Hampir sahaja dia berdiri kerana kobar semangatnya itu. Mujur ditahan Hakim.

“Azam tahun lepas pun tak lepas dah nak buat azam baru. Ko patut fokus satu-satu. Baru boleh berjaya.“

“Takpe kim, kita ni kene pandang ke depan. Kita kalau ada cita-cita tak boleh tangguh. Kita kene terus maju.”

Hakim hanya senyum sinis.

“Eh, kau takde azam ke kim. Ke azam ko sama macam tahun-tahun lepas.”

“Ada.”

“Apa.”

Hakim gelak kecil lalu berkata

“Azam bin Ahmad.”

“Aku dah agak dah. Kau ni. Lawak tu dah basi kim. Kita kene usaha gigih. Lagi-lagi tahun ni ada GST. Kalau kita tak mula dari sekarang, susah kita nanti.”

Zali keluarkan kotak rokok dari kocek bajunya lalu di koyak plastik yang membaluti. Gambar sengsara di kepala kotak sikit pun tak dihirau.

“Kau tengok kedai mamak ni. 24 jam buka. Tak reti penat. Tu baru satu kedai. Aku rasa dia ada 2,3 cawangan agak nya kat Selangor ni. Orang-orang kita patut ambik contoh.”

Teh tarik yang dipesan Hakim tiba. Kebetulan pemilik restoran itu, Hamid, yang menghantarnya.

Zali yang nampak teruja melihat kelibat Hamid terus menerpa tanya.

“Hamid, saya tengok you punya kedai banyak maju. 24 jam non-stop customer datang.”

“Tada la tuan. Sikit-sikit saja.”

“Hamid, so tahun ini apa kamu punya azam. Mau tambah cawangan lagi ka.”

Hamid letak gelas teh tarik yang dipegangnya sejak tadi di meja, lalu berkata

“Kamarul Azam.”

Sengih.

Advertisements

One response to “Azam

  • asba0212

    Hamid letak gelas teh tarik yang dipegangnya sejak tadi di meja, lalu berkata

    “Kamarul Azam.”

    Sengih.

    Bahagian ni memang hampir nak punch line, tapi tak sampai..hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: